Thursday, April 10, 2014

Ulangtahun ke 5


# entry ni cerita Disember tahun lepas ya 


Alhamdulillah..anak ibu dah 5tahun (kalau ikut tahun 6tahun sebenarnya) 
Ulangtahun danisha setiap tahun dapat sambut dengan semua sepupu-sepupu dia.
Senang birthday kena masa cuti sekolah hujung tahun ni.Selalu takdak peluang lagi nak buat besar sikit dengan majlis kesyukuran.Kali ni kalut sangat sebab sebelum majlis tu ayah ada kos kat ALAM.Balik kedah terus buat birthday dia sebab esok tu kami nak fly balik Kuching pulak.Insyaallah kalau ada rezeki,bila ada masa yang sesuai ingat nk jugak buat jemput kawan-kawan semua.. :)


 Kek pun last minit baru nak oder.Terima kasih kat kak Rohaida sudi jugak buatkan :)


Danisha yang teruja tengok kek dia.
Dia ni sebenarnya memang suka tengok kek.Kek tu dah melambangkan "birthday" bagi dia. 
Tu yang dia seronok tengok kek.



Yang lain pun seronok jugak.
Tu yang syok dapat sambut birthday danisha masa cuti sekolah dengan sepupu-sepupu dia.
Tengok tu kerumun penuh keliling kek tu.Kita yang seronok tengok bila semua happy.




Adik nak jugak menempek sekeping :)



Kek rainbow pilihan untuk ulangtahun ke 5 ni..
kaler ceria sesuai dengan budak-budak..
Tahun ni kita cuba kek lain pulak ya..insyaallah..

3 comments:

myza said...

Wau rainbow cake..happy birthday danisha.moga mnjadi ank yg taat n cerdik :)

Linda Arshad said...

:) amin,terima kasih maiza.. ni dah mula update sikit2 blog ..heee

myza said...

Mood rajin dah dtg ;)