Sunday, April 24, 2011

4hari 3malam :)


Cerita kali ni pasal berhujung minggu lepas di sungai petani.Kali ni dapat la balik lama sikit sebab hubby ponteng kelas huhu..syhhhh..bukan selalu..hik hik..rabu balik,esoknya khamis terus terjah pulau mutiara.Lepas hubby habis keja kat Royal Hotel kami meronda-ronda queensbay mall..Plan nak tengok wayang tapi tengah-tengah makan hubby ajak ronda-ronda kat Batu Feringgi pulak.Tapi linda yang ketagih syok bershopping last2 sampai ke petang hubby ajak balik.Takpe lah next time masih ada nak meronda sana pulak.

Tapi linda dgn hubby sempat jugak tengok wayang kat vallage mall sp.Boleh tahan jugak wayang kat situ.Lain kali buhsan boleh la layan kat sana.Memandangkan pagi tu danisha tinggal ibu ikut atok gi jalan,lepas zohor ayah dgn ibu lari keluar dating jap hihi..sian danisha kena tinggal jap :)





Kat Royal Hotel Penang...


berangan naik kuda..


kesukaan dia..

KFC seberang jalan depan Royal Hotel..
si danisha lepaskan gian main "yey..yey".
cantik jugak KFC ni sebab dia guna bangunan rumah banglo lama di Penang.
Ni jalan nak p Gurney :)


Queensbay Mall Penang

penat berjalan..penat bershopping..mari menjamu selera dulu..nyum..nyum..
tengok ada budak sudah terliur tengok mee ibu kekeke


Saturday, April 23, 2011

Lagi-lagi Contest!!


Contest | Win Hong Kong Disneyland Fridge Magnets & Designer Fabrics!!


Lama sudah tak join contest-contest ni.Hari ni terjumpa contest yang agak menarik la jugak kan..linda tertarik dengan hadiah dia :) Tak susah pun..senang saja.Sapa yang berminat boleh la join sementara masih sempat (20 April – 30 April 2011 (10 hari sahaja)).Wish me luck ya! TQ...


Caranya tak susah pun, sila klik sini (http://littlemamadiary.com/contest-win-hong-kong-disneyland-fridge-magnets-designer-fabrics/#comments) dan anda akan sampai ke entry syarat penyertaan :




Ini Hadiah-Hadiah yang ditawarkan....




K.Ros,saya dah like kan cik Izzah :)) id saya : Linda Arshad.linda dah promotekan di wall fesbok untuk syarat yang ke 7 jugak :))



Thursday, April 21, 2011

Alhamdulillah..daddy dah habis exam :)


Sebenarnya kami tengah ada kat Sungai Petani.Balik rabu,khamis,jumaat,sabtu,ahad..hahaha! encik hubby ponteng kelas khamis dgn ahad!! Tapi entry kali ni nak cerita dulu pasal aktiviti kami lepas hubby exam..terbantut punya entry nih..hihi..alah encik hubby exam sehari saja pun.Tapi bagaikan nak rak.Subject susah..biasa la..nak pecah kepala la hubby.Nanti final lagi parah apa encik hubby linda tu..doa-doakanlah yang terbaik untuk kami.Insyaallah..mudah-mudahan.Berkat pagi Jumaat nih.. :)

Encik hubby bawa kami makan kat luar.Singgah bagi danisha lepas gian main-main jap.Sian dia..setiap kali nampak benda alah ni..jerit-jerit dia "YEYYEY..YEY..YEY.." .Main tak tara mana pun sebab basah.Mungkin hujan kat situ.Lepas rehat-rehat bagi dia enjoy,elok masuk dalam keta..kuda pulak sampai benti kat situ.Uwaaaa..melepas..takpe danisha,lain kali ya sayang..Jom layan gambar kami kat sana =)









Lepas tu otw balik rumah kami singgah makan kat tempat fav linda la..heeee..restoran ni best sebab boleh makan sambil berehat.Tepi pantai pulak tu..kena angin sepoi-sepoi..perut dah kenyang..rasa macam nak terus landing saja kat situ..hihi


Kali ni pilih tempat duduk bersila kat anjung pulak.
Selalu asyik duk kat luar belakang tepi pantai..


encik hubby lepas gian main online game sambil berehat..



danisha yang chucky!! tak reti duk diam langsung..kita yang letih tengok dia..huhu :)


Tuesday, April 12, 2011

Minggu study hard..Go..Go hubby!!



Minggu terakhir sebelum hubby exam.Kesian mr.hubby..stress sungguh dia.Habis satu rumah naik stress huhu..Semalam sampai ternanti-nanti mood nak study yang tak sampai-sampai.Linda sedih tengok hubby stress sangat sampaikan dia cakap kalau masih macam tu habis takut failed dia..sebak linda bila dengar hubby luahkan macam tu.Bila dia cakap macam tu mesti dia dah takut sangat.Insyaallah doakan yang terbaik untuk hubby linda ya..minta Allah terangkan hatinya..permudahkan segala urusan dan berikan kejayaan..amin..

Ni aktiviti sepanjang 2minggu hubby mula study.Biarpun kami kebuhsanan hubby tetap luangkan masa untuk kami.Terima kasih lalink..we love u so much!!



Lepak tepi pantai sambil mr.hubby hilangkan stressnya..
Lepas tu pi pekena sotong dengan ikan pari goreng celup tepung..nyummy!
Dari pantai sampai ke kedai danisha bising macam mak nenek "horse..horse..horse..!!" sebab dia nampak orang naik kuda tepi pantai tu.Nasib tak panggil "cow" sebab dia mula konpius lembu dengan kuda..kekeke..


@ Penarik...

@ Noodle Station KT..
Tengok hubby stress sampai linda pun naik stress..takdak mood nak masak.Last dinner hubby ajak makan kat luar.Thanks sekali lagi sayang.. :))




Thursday, April 7, 2011

Jalan-Jalan Usha Resort


Sepetang kami di Gem Beach Resort.. http://www.gembeach.net/ .Sebenarnya rumah sewa kami ni dekat dengan resort-resort.Banyak resort area ni.Sepetang kami dekat Gem haritu sebab nak jumpa kawan hubby.Dia ada kos seminggu saja dan stay kat situ.Linda dengan danisha pun sibuk ikut sebab nak jamu-jamu mata kat situ.Ayah cakap nanti nak bawa danisha mandi kat situ :)

Meh layan gambar kat sana...


Aktiviti masa tengah tunggu hubby..



tu..encik hubby kat bilik kawan dia..kami segan la nak naik huhu..


dah..dah..dah maghrib..ibu hambat balik kekeke..


ni gambar selit-selit kat entry ni.Tiada kaitan dengan tajuk di atas haha!
ni masa kami turun Kota Bharu baru ni... tema hijau ..


Hujung Minggu Di Cherating :)


Memandangkan server broadband malam ni agak bagus..baru la ada mood sikit nak mengupdate dan mengupload gambar cuti kami minggu lepas.Memang laju pulak line malam ni.Upload gambar tak sampai 2minit pun..

Hujung minggu lepas kami lajak ke atas sikit dari Kerteh. Mr.hubby dengan baik hatinya membawa kami bercuti di Cherating..stay kat Suria Cherating Beach Resort 1malam.Walaupun encik hubby sangatlah susah hati sebab minggu depan nak exam...ala..1paper saja pun exam..sure lalink boleh buat nye.. amin.. :)

Layan gambar-gambar kami kat sana...

pusing-pusing..aktiviti memanaskan badan..

tengah nyibuk tengok Hari Keluarga Pusat Perubatan..






otw balik ke KT kami singgah Mesra Mall,Kerteh.
Macam biasalah..aktiviti wajib..tengok wayang!! Ni kali ke-2 bawa danisha masuk panggung.Nasib kali ni dia baik..sebab dia ..z..z..z.. tido!! hehe..

sudah selesai aktiviti di Mesra Mall..kami pun cargas balik KT..
nak rehat..esoknya mr.hubby ada kelas...sian dia

Thanks hubby!!

Wednesday, April 6, 2011

Imej baru "29"



"..My 29 new imej.."



Sekarang ni linda suka sangat pakai shirt..Nampak lebih kemas &..bergaya! haha..sendiri angkat bakul okey.. Tapi kadang-kadang belasah jugak tema-tema lain kekeke..Kalau dulu linda tergilakan memborong baju RL untuk danisha.Sekarang macam dah ubah angin sikit.Nak beli sekit--sikit shirt untuk ibu danisha pulak.Suka material rl ni sangat berkualiti.Kalau nak beli kat butik kita memang fikir seribu kali dan berkali-kali lagi.Linda cuma beli online dari us.Harga dapat murah sangat tapi pilih la yang sale items kan hihi..ok tak linda berimej macam ni?.. :)


Dinner B-day Ibu :)




Awal-awal lagi dah tempek muka danisha dulu kan..apa kesnya??malu lah nk tempek muka ibunya dulu haha! takde apa yg special pun malam tu.Sebab sungguh besar rahmatnya..elok-elok dah siap nak keluar..hujan dengan lebat sekali turun.Habis punah nak pau mr.hubby makan kat restoran tepi pantai.Tapi ok la,haritu dah dapat makan kat situ.Siap makan di bawah sinaran cahaya bulan mengambang penuh lagi..dengan sepoi-sepoi angin..haha romantika la kejap.Mai danisha yang mulot kemain pot pet macam mak nenek..habis romantika kami..huhu..

Malam birthday linda tu,hubby bawa makan kat luar.Dengan hujan lebat mana la nak pi.Takde choice menarik..linda nak makan kat restoran chinese food kat bandar KT.Memang tak nyesal.Berbaloi-baloi!! sebab sedap sangat..thanks hubby


Muka menahan kesejukan angin hujan lebat di luar..hihi


otw balik rumah..singgah Giant jap..


ni tempat fav dia..kita ralit saja,tengok dia dah sambar satu..


tekun menjawab soalan uji minda dari ayah :)