Tuesday, March 29, 2011

2011 usiaku genap 29 :))






Syukur Alhamdulillah..hingga ke saat ini masih lagi diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi Allah ini bersama insan-insan yang linda sayangi.Linda teramatlah bahagia dengan kehidupan yang dimiliki sekarang.Semoga Allah swt terus melindungi kebahagian kami..murahkan rezeki kami selalu dan minta dipanjangkan usia..

30 Mac 2011..harini genaplah usia linda ke-29 tahun.Alamak dah makin mencecah ke angka..3.. ni..Dah tua dah linda :) Terima kasih pada kawan-kawan yang beri ucapan kat Fesbok..kat blog...sms..sungguh terharu sekali..sedih macam nak nangis la..ada jugak insan yang sudi wish... linda sayang kamu semua!!

Kalau masa 30 Mac 2008..linda dapat hadiah kejutan yang paling berharga sekali..dapat tahu pregnantkan Danisha... :)) tahun ni 2011..tak pi test urin lagi pun hehehe..doakan selalu buat kami ya!!

Hadiah awal-awal lagi dah dapat dari mr.hubby.. coach dgn fossil.. :)) petang ni dapat kek SR..malam ada special dinner kami bertiga... sayang hubby so much!!

*notatapakkaki- nantilah update cite special dinner kami sempena b-day linda..love u ols!!


Friday, March 25, 2011

Di sebalik "Kerteh" yang menjadi


Haaaa..haritu ada entry pasal perjalanan ke Kerteh yang tak menjadi disebabkan banjir.Sebelum kami balik Kedah,kami ke sana lagi.Alhamdulillah walaupun ada hujan renyai-renyai seketika,kami selamat sampai ke destinasi dan sempat tengok wayang!! yeehooo..



muka happy sebab ayah sudi bawa jalan-jalan walaupun sebenarnya ayah plan nak study di rumah saja haritu..we love u,daddy!!


Rango!!
huhu..rugi la duit mai jaoh-jaoh nak tengok movie katon..
kesian si pemangsa tu terpaksa pasrah dengan ibu dan ayah..
takpe sayang..ayah tengah download free.nanti kita tengok kat rumah ya sayang :))




eeee..buhsannya kena tengok cite "Hikayat Merong Mahawangsa"...
Mesra Mall Kerteh 21/3/2011- first time bawa danisha masuk panggung.movie pertama danisha "Hikayat Merong Mahawangsa" huhu..mula2 ok,lepastu dia takut..alamak!!nahas ibu.nasib bawa i-pod..bagi dia main2 game..
kalau dia buat ragam jugak,terpaksa la linda keluar pi beli tiket Rango pulak dah.



otw balik KT...
muka happy sebab alhamdulillah..semua plan menjadi kali ni :))


*notatapakkaki -3hari bercuti di Kedah,pagi ni kami dah nak gerak balik KT..doakan perjalanan kami selamat semuanya ya!

Thursday, March 24, 2011

Mydin..Mydin..Mydin


owh..Mydin..
linda memang tak suka bershopping kat Mydin.Tapi apakan daya..hahaha! tolong..tolong.. pi la bukak shopping complex lain kat sana..JJ ka,Sunway ka,Pavillion ka huhu! melampau la tu..

Sudah la masuk-masuk nampak gelap saja..sana sini penuh pekerja Mydin yang berkulit gelap..india ka bangla??aduhai..pulak tu perangai betul-betul menguji kesabaran.Dari syok nak bersopin dah jadi suram..lepas tu orang sana pun lawak dan geram pun ada.Kata 1Malaysia..tapi mana pi budi bicara..budi pekerti semua??tension la sopin kat sana.Nak parking pulak satu hal..lepastu parking sesuka hati lepa..ada yang sengget..ada yang suka suki buat kotak parking sendiri..bawa keta memang samseng sungguh.Nampak plat lain pulak lagi tak kasik peluang lah.Macam ni ka orang melayu sesama orang melayu?malu betul..

walau apapun yang terjadi..budak sorang ni tetap mantain cool..kekeke..


kena paksa jadi model ayah..

kena paksa jadi model ibu..


Friday, March 18, 2011

"Kerteh" yang tak menjadi


Disebabkan kami dilanda kebuhsanan,ayah takdak kelas..balik-balik terus suruh siap ajak pi MesraMall kat Kerteh.Ibu dengan riangnya bergegas la siap-siap.Konon-konon dapat la tengok wayang hihi..

Ibu jadi driver berhemah dari KT sampai la kat Machang..tub.tub..selisih dengan 2,3 biji keta dok nyala-nyalakan lampu.Dalam hati duk ingat ada pak cik polis buat road block la kot.Cepat-cepat la kejut hubby yang duk lena best kat belakang dengan danisha.Slow..slow..habis jem pulak.Polis tak nampak-nampak lagipun.Ada banyak keta benti kat tepi jalan..ada ramai orang.Ingat ada kemalangan ke pulak.Ada jugak keta yang pusing patah balik.Kami makin jadi tertanya-tanya.Apa la yang dah jadi kat depan sana tu agaknya...

Rupa-rupanya ini yang terjadi....hahahaha! sedih akak..sob..sob..sob...


BANJiRRRRRRR....!!!

sedih la ibu kita tak sampai jugak Kerteh...


nampak gayanya terpaksa la balik KT..huhu


300meter kot banjir..
daripada nak cari nahas,baik la kami patah balik huhu..


ada jugak keta-keta yang comel gagah nak redah banjir..
habis la duit korang nanti..




Bila patah balik..ibu buat hajat kat ayah..ibu nak sembahyang kat Masjid Terapung.. :))



alhamdulillah..perjalanan kami selamat semuanya...
biarpun cuaca tidak mengizinkan ke destinasi kami..




Wednesday, March 16, 2011

Lepak pantai dengan kopok Leko


Biasala kan kan..sudah nama duk kat KT-Kuala Terengganu,mana lagi tempat nak pi.Pantai..pantai..pantai la nampak gayanya.Tapi linda tak jemu sebab linda suka pantai.Sekarang KT musim hujan.Tiap-tiap hari hujan.Kebetulan petang tu tak hujan.Duk rumah pun buhsan jugak.Kami keluar beli kopok lekor lepastu pi lepak tepi pantai.Pantai dekat saja pun..dalam 5-10minit.Yang jauh sikit pun ada.Maklum la dekat jalan tepi pantai saja rumah kami.

Hubby pun kelas tak lama..cuma kelas dari 8pagi sampai 12.30tgh saja.Kadang-kadang kelas ada satu.Hari-hari keluar la kami walaupun tatau nak pi mana kekeke.Apa la yang ada kat KT ni..tak Mydin..Giant..adusss..buhsan betui..





setiap kali nampak playground danisha akan sebut "yey!!"..
pastu sibuk saja.."kasut..kasut" huhu..padahal ayah bukan nak bawa pi main pun.
Petang tu kebetulan tak hujan,ayah bawa kami lepak tepi pantai..

kali ni danisha tak dapat main benda kesukaan dia..gelongsor..
sebab ada 2,3budak tengah main.
Yang sakit hatinya tengok budak-budak tu bawa pasir.Bila lepa nak turun di tuangnya pasir.Habis la kotor!!



*maaf kualiti gambar tak cantik sebab pakai handphone saja.Nikon lupa nak bawak hihi..


Saturday, March 12, 2011

Senyum Sokmo


Alhamdulillah..kami dah selamat berangkat ke rumah sewa bujang yang tak seberapa di Terengganu.Cukuplah dengan kelengkapan barang yang ada kat rumah ni.Kami datang cuma bawa baju dan makanan saja.Dari rumah nak gi bandar Terengganu dalam 1/2jam saja. Mr.hubby saja amik sewa rumah yang dekat dengan Instep.Nak balik rumah senang sebab dekat..dalam 5-10minit saja pun.Mungkin kami akan stay sini 3-4bulan.Belum seminggu dah rasa buhsan tahap gaban.aduhai..demi menemani suamiku tercinta :)

Hari ni mr.hubby dah mula kelas.Tinggallah linda berdua dengan danisha yang kebuhsanan di rumah.Sudah la putih pun takdak..patah kaki la ibu.Mujur la mr.hubby baik hati belikan brodband untuk bini dia ni.Boleh tahan la server kat area ni walaupun malam macam semput-semput jugak kekeke...

Ni meh layan gambar-gambar danisha masa kat hentian banjaran Titiwangsa.. =)
gambar ibu takdak sebab ibu yang tukang amik gambar..


menikmati ciptaan Tuhan yang sungguh indah...


cubaan membuat "peaceeeee..." yang tak menjadi-jadi






Bila ibu dah mula tak dak keja...




sudah la jalan berliku-liku..corner lipat sana sini..
lagi teruk tambah dengan lori-lori balak ni..


Monday, March 7, 2011

Melawat sambil Sarapan =)


Dah lama tak pi jengah rumah.Tadi pagi luangkan masa sat pi rumah baru kami.Esok dah nak gerak ke Terengganu.Rumah baru macam tak dak penghuni.Rumput lalang semak dah.Tak buat apa pun lagi.Sebab lambat lagi plan nak masuk rumah tu..Harap-harap ada la rezeki lebih tahun depan.Sebenarnya kami dah tak sabar nak masuk rumah sendiri :)



Budak nakal dalam kereta..


Seronok pokok depan rumah ni dah besar..
dah mula berbunga..cantik! macam pokok sakura pulak



Rumah kami depan padang..
ada dewan..surau..playground..


aktiviti melawat rumah baru..


Master bedroom..
ada balkoni..
nanti malam-malam boleh teropong bintang..heeeee


bersarapan di balkoni rumah baru :))


dua beranak ni tengah pasang angan-angan..





Masa untuk pulang...

Insyaallah..plan nanti kalau ada masa balik nanti nak p cuci lah rumah..potong rumput..serabut pulak tengok.Sedih kan tengok rumah baru macam tu..