Monday, August 30, 2010

Merdeka! Merdeka! Merdeka!




Tanah Melayu sudah lama merdeka.Tapi adakah anda rasa kita sudah merdeka sepenuhnya??
Apapun linda tetap bersyukur kerana telah dilahirkan & dibesarkan di tanah air tercinta, Malaysia..Bersyukur dengan keamanan yang diperolehi.Semoga Allah s.w.t terus memelihara negara kita,Malaysia..
Selamat Menyambut Hari Merdeka yg ke-53 buat semua!!

Sunday, August 29, 2010

Demam Rindu

Kesian Danisha..3hari lepas dia demam panas.Nasib malam ke-3 suhu dah turun.Kalau tak turun jugak hubby linda suh bawa pi refer kat Metro.3hari dia demam apa pun takmo makan.Harapkan susu dengan air masak saja.Lepas baik demam badan terus nampak susut.Macam-macam dugaan betul.Dah la dekat-dekat nak raya ni.Satu benda tak buat lagi.Kuih tak sampai lagi,baju tak siap lagi,rumah tak mula kemas lagi,bla..bla..bla..linda memang suka buat last-last minit.Kalau buat awal-awal kang besepah balik.Dari buat sakit hati baik buat dengan senang hati.


3hari demam dah tak aktif..
masuk bilik terbaring macam ni la danisha..




Ni video budak dah baik demam yang kembali aktif dan pot pet..pot pet :))

Friday, August 27, 2010

Pasrah Biarpun Pahit

Akhirnya masing-masing terpaksa redha dengan ketentuan-Nya.Walaupun keputusan yang sangat menyedihkan buat kami.Itulah hakikat bahawa tahun ini kami terpaksa beraya Aidilfitri tanpa insan tersayang.

Sebenarnya 23hb baru ni opis dah keluarkan list yang akan sign off 28hb ni.Nama hubby memang termasuk.Tapi apa kan daya..chief engineer lebih berkuasa dari sekeping notis itu.Memang kenyataan yang menyakitkan dan menyedihkan buat kami.Harapan dapat beraya bersama suami tercinta tahun ni terpaksa disambut dengan airmata.

Ibu yang susah hati sejak kebelakangan ni..tapi danisha yang demam.Danisha macam turut alami perasaan sedih jugak.Kesian anak ibu.Semoga kita diberi kekuatan dari Ilahi untuk hari-hari yang akan datang ni sayang..


Penantian Yang Tak Pernah Berakhir...



Friday, August 20, 2010

Stress :(

Dua tiga menjak ni asyik stress sangat duk fikir pasal encik suami.Nak tunggu 23hb/24hb Ogos ni result hubby dapat sign off ke tak.Malas nak bagi seribu pengharapan dah.Cargo Engineer yang sorang lagi sibuk jugak nak balik.Sampai cal opis,last-last kawan tu yang conform balik.Laki linda??adui tengok la macam mana nanti.Ada tak yang baik hati nak naik ganti time-time genting macam ni..

Khamis lepas kebetulan kawan linda,Ayu jemput kawan2 berbuka puasa kat rumah mil dia.Ada majlis harijadi anak dia lepas berbuka tu.Nak tenangkan jiwa yang gusar ni,linda pun joinlah.Sekali sekala linda bawa la danisha keluar jumpa kawan-kawan lama sekolah.Nak ajar danisha supaya tak takut sangat dengan orang.Tidak haru dibuatnya kalau pi mana-mana.Kecuali shopping centre la.Alhamdulillah..jumpa kawan-kawan lama hilang sikit rasa sedih.Riak muka memang la nampak gembira tapi dalam hati cuma Allah s.wt yang ketahui.

Tiba-tiba Ayu tanya linda.. " linda kalau husband cal sedih tak?teriak tak?.."
tersentuh jugak dapat soalan macam tu.Tapi takkan la linda nak emosional tak menentu kat kalayak ramai.
Linda cakap kat Ayu.. " husband linda bukan selalu dapat cal ayu.Kalau cal pun dapat la cakap 10-15minit.Takkan la dengan time yg limit tu linda nak teriak2 pulak.Suami pun mesti sedih berjauhan dgn isteri & anak.Sembang biasa..gurau2.Time tu lah nak cerita,ngadu apa pun.. "

Isteri kalau dapat suami di darat tak tahu macam mana perasaan atau keadaan isteri pelayar2 ni.Hanya isteri2 pelayar yang memahami perasaan isteri2 pelayar.

Ya Allah..Kau tabahkan & kuatkanlah hatiku selalu..


Danisha @ the party

Dengan kawan-kawan sekelas..miss u olls ^___^


Tuesday, August 17, 2010

Idaman Kalbu ^_____^


Sapa yang tak tau Myvi limited edition baru ni.Nak-nak kalau orang pompuan pulak.Tengok warna sudah la..*pink*pink*..aduhai..terus tangkap leleh haha! Myvi ni salah satu keta fav linda.Walaupun keta murah2 saja.Tapi ciut...kalau bikin memang cun melecun lah.
Ni cerita semua bermula dari "kalau..." huhu


kalau lah suami saya jutawan..
kalau lah suami saya baik hati..
kalau lah suami saya sayangkan saya..
kalau lah suami saya nak hadiahkan keta bawah ni..
alangkah bertuahnya saya..
alangkah bahagianya hari-hari saya.. :))







Bahagian dalam nampak exclusive jugak walaupun simple..ye ke?

Benda ni paling penting untuk orang pompuan.
Sesuai sesangat lah dia letak cermin kat seat driver..


Ni entry angan-angan saya! ^___^
Bertuah la kalau laki linda nak beli bagi hadiah kat linda.
Baru saja angkut Accord..hihihi

Saturday, August 14, 2010

Sedih mengatasi Rindu



Tengahhari tadi linda baru terima email dari hubby.Ada berita sedih yang diterima..

"ALAM hantar email kat misc cakap course utk engineer dfde start tahun depan bulan mac.maksudnya bulan mac tahun depan baru ayg pi course.takpa lah tak jadi,bole ayg abiskan masa berjalan.yg tak bestnya ayg tak kompen balik memandangkan tak jadi pi course.kalu ada kargo engineer standby mungkin ayg balik."

Wahai MISC & Seri Balhaf yang budiman...
Kami sudah pinjamkan suami/ayah yang kami kasihi dan rindui pada kalian.
Tolonglah pulangkan insan yang kami kasihi dan rindui itu kembali.
Kami nak raya dengan ayah!!pls..pls..
Ya Allah..kau permudahkan segalanya..amin.

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan :)

Doa malaikat Jibaril menjelang Ramadhan..
"Ya Allah abaikanlah puasa umat Nabi Muhammad jika apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan 3perkara :-
1- tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orangtuanya
2- tidak bermaafan terlebih dulu antara suami isteri
3- tidak bermaafan dulu dengan orang-orang sekelilingnya."
Linda memohon dibukakan pintu kemaafan yang selebar-lebarnya untuk semua saudara-saudaraku sekalian dan semoga Allah swt memberkati serta merahmati dan sentiasa menjaga ibadah puasa kita.Amin..
Salam Ramadhan dari Linda Sekeluarga

Friday, August 6, 2010

D-jay Power of Dreams :))

Bila kami buhsan,macam ni la rutinnya.Jalan tak ke mana pun.Start enjin,isi minyak..pusing-pusing pekan Sungai Petani saja lah.Kalau rajin singgah la kat Giant/Tesco bawa danisha main-main kejap.Lain la kalau ayah ada.Tiap-tiap hari bawa kami jalan-jalan.Tunggu la ayah balik nanti,mesti lagi sakan jadinya.Maklumla..si ayah sudah bermimpi-mimpi dengan Putih ni.Asyik ibu yang belasah hihi..Takpalah nanti hubby balik,linda sure susah la nak pegang stering dah.

Si danisha sekarang ni kalau naik keta linda dah train dia pakai seat belt.Sejak dia boleh duduk memang linda bawa naik keta tak guna car seat.Dulu kalau time baby lagi,linda buh danisha dalam bakul baby je.Alhamdulillah danisha baik masa linda tengah drive.Dia pun dah faham apa fungsi seal belt tu.Hubby pun kedekut takmo beli car seat kat anak dia.Dulu jenuh linda membebel suruh beli.



Ni singgah Giant.
Danisha amik kesempatan jadi minah D-jay Putih.. :P






Wednesday, August 4, 2010

kena Tag dari Lia~ ANNA'S Birthday GA !!

ANNA'S Birthday GA !!


Terima kasih Lia sebab tag linda untuk join GA ni..GA ni anjuran dari blog Anna.Untuk keterangan lanjut pasal GA ni silalah klik di sini ya


GA ni linda nak TAG pulak kat...jeng jeng jeng..

Gee Ryder


Nani Aizat


Innzchubby


Yat Ekhram



Berpeluang Memenangi Hadiah Misteri...

Apa yg pasti adalah barangan daripada BUTIK AVON
Penentuan pemenang adalah berdasarkan lucky draw yang akan dibuat oleh Anna sendiri pada pukul 11.30mlm (10 August 2010). Dan dua orang pemenang itu akan diumumkan pada 11 August 2010. InsyaAllah


Kenapa?? :(

Dua hari lepas linda dapat mesej dari kawan.Kebetulan suami dia naik satu kapal dengan suami linda.Dia mesej linda satu berita pasal list yang sign off dah keluar.Linda tatau nak cakap samada berita ni berita sedih atau berita gembira..Hubby linda boleh tak cakap apa pun pasal ni.Tatau la dia sengaja ke apa.

Macam ni lah beritanya..sepatutnya 5hb Ogos 2010,Khamis(hari ni lah)..kapal akan masuk Suez dan anchor kejap untuk orang yang akan sign on dan sign off.Nama hubby linda termasuk dalam list yang akan sign off.Patutkah linda rasa seronok/sedih?? Sebenarnya hubby linda takmo balik!! Hubby linda minta sign off 25hb Ogos di Korea nanti.Time tu ada lagi yang akan sign off.Linda tatau la betul ke tak berita ni.Lainla kalau dengar dari mulut laki kita sendiri kan.So,linda disini dengan seribu pengharapan semoga semuanya benar belaka.Takpelah sebab linda pun tak jangka dia nak sign off cepat.Ye la baru 3bulan lebih.Linda tak kisah kalau lambat sikit.Janji Aidilfitri ni hubby linda wajib balik raya dengan kami.


Ayah!! kenapa takmo balik lagi??
Janji balik raya dengan kami tau..



Insan yang kami rindui selalu...