Friday, December 31, 2010

Tahun Baru,Azam Baru



Selamat tahun baru 2011 semua!! pejam celik,pejam celik..kejap saja masa berlalu meninggalkan kita.Entah sampai bila Allah swt pinjamkan usia di muka bumi-Nya ini..Mendoakan agar dapat memperbaiki diri lebih baik dari tahun lepas & dapat mempertingkatkan ibadah kepada-Nya..Semoga menjadi isteri solehah dan ibu penyanyang..insyaallah. Sama-samalah kita renungi diri kita sebelum & selepas ini.. :))




Hopes for a bright future
Affection & love
Peace for the heart
Prosperity that's unlimited
Year round fun

Good bye 2010
Welcome 2011

dari linda & danisha...



Monday, December 27, 2010

Terlalu Merindu


Rumah mak linda dah kembali sunyi sepi.Habis anak-anak buah dah balik.Lepastu mak abah pun turun Bukit Beruntung sebab hantar anak2 abang.Tinggal la bertiga dengan danisha & kiki huhu.Ada lagi yg nyibuk2..ayam2 dan si kera2 yg jahat!! :P

Bila anak2 buah dah tak dak,betul2 rasa sunyi.Kalau tak dulu pening kepala dengan rumah yang jadi huru hara.Siang malam asyik gado dengan lepa hihi.Dah tinggal dua beranak ni mula la teringat si suami jauh di lautan..sob..sob..sob.. linda betul2 rindukan hubby :(

Tadi keluar dengan danisha.Tak pi jauh2 pun.Cuma pusing-pusing Sungai Petani saja.Sampai la mek ni mengamuk ajak masuk dalam keta sebab dia dah mengantok sangat2.Cuba tengok gambar bawah ni.Tak sampai 5minit linda drive,toleh-toleh dia dah pengsan.Dengan gaya sopan yang tak tahan tu hihi :))




opsss..sudah terlentok

Kami yang terlalu merindui ayah!!



Gambar latest dari hubby masa turun US 18hb Dis baru ni...syok la dah berapa kali kapal keluar masuk port tu.Tempat shoping pun best2 belaka.Syukur alhamdulillah,hubby ingat jugak nak beli hadiah kat kami ^____^ .Sekarang ni Seri Balhaf tengah otw ke uk pulak.Jangka 2hb Jan sampai port.Syok la hubby.Jeles betul dapat gi merata.Dah la musim snow la ni..


owhh..really miss him so much...
:(


Barang-barang yang diborong mengalahkan org nak sambut krismas :P
Yang penting ada terselit hadiah anniversary utk saya! dan hadiah untuk si kecik Danisha.. :)


Ini lah rupa kenderaan nak keluar kat port us mana tatau..huhu


.tammat.


Friday, December 17, 2010

DinoTrek 2


Sepetang di JJ Perda.Khamis lepas rombongan kami ke DinoTrek 2.Masing-masing ingat best gila.Rasa macam tak berbaloi langsung.Untuk budak-budak ok lah,tapi untuk mak pak budak rasanya tak ok lah.Danisha masuk-masuk dah dengar suara-suara dinosour dah jerit-jerit.Nampak dinosour gerak-gerak dia tutup mata hihihi.. nasib tak teriak nak keluar.Bagi dia tengok anak-anak buah main game sambil minum susu ok la sikit.

Jom layan gambar masa kat sana.. :))



kalau tengok real anak-anak tu gerak-gerak..
danisha biasa la..takut tengok tu


terpaksalah amik gambar dia dari jauh



susu sebagai umpan nak hilangkan perasaan takut dia..





sekian saja..entry yang buhsan pulak..huhu :P


Tuesday, December 14, 2010

Aktiviti Danisha




Pabila si kecik ini mahu berinai..
-kali pertama danisha try pakai inai.Tahan dan baik sangat-sangat..
sampaikan kita sentuh tak bagi.Lepas tu masa nak buang,melalak dia..
bak kata org tua-tua.."inai mendisiplinkan diri" :))


Malam-malam mengaji dengan sepupu-sepupunya :))
-kalau mood ok macam gini lah dia..


Jangan lupa solat 5waktu.. :)
Ibu mendoakan moga danisha menjadi anak yang solehah dan taat kepada kedua org tua ya..amin..

baru boleh main toys..yippy!!

^_______^





Friday, December 10, 2010

Santai


Baru-baru ni bawa danisha dengan anak-anak buah gi Pantai Merdeka.Uishhh..agak lama gila linda dah tak pi sana.Last time pi sana masa tengah ngandungkan danisha. Dulu nyampah nak pi sebab semak pemandangan mata.Wahh..sekarang dah cantik..dah bersih..banyak dah lain. Playground pun bersih dan safety.Budak-budak ni kemain seronok la main.Dah la diaorang saja time tu.Danisha usah cakap la,benda yang dia suka main papan lungsur.Kalau ada buai yang jenis seat bulat macam mangkuk tu dia suka la..

Lain kali ayah balik kita ajak ayah pi main sana lagi ye sayang..enjoy the pictures... :))





Renung apa tah...ingat ayah ye cayang..







Nak bodek air la tu..air dia dah habiss..hihi

otw balik,main doktor-doktor..


Thursday, December 9, 2010

AWAS!!

Baru-baru ni ada terbaca blog sapa tah pasal benda ni.Last-last linda yang dapat semalam. Ni salah satu taktik terbaru nak mengenakan orang.Secara logiknya memang la bila baca sms tu macam tak pecaya. Mungkin sebab linda dah tau pasal ni. Just nak share kot-kot ada sapa2 yang tatau lagi pasal ni..

Taktik terbaru kenakan orang melalui sms ke handphone anda..

Ni mesej yg linda terima dari nombor +6285242990248.. " ini ayah lagi meminjam hp kawan.sila beli kredit RM30 ke no baru ayah 0178907102.Ayah lagi ada masalah di pejabat polis.Jgn dulu tlpn,nanti ayah yg tlpn.cepat "

Hati-hati kalau anda salah seorang yang terima sms macam ni.Senang cerita buat dont know sajalah.Zaman sekarang macam-macam betul la yang lepa sanggup buat..ada ka nak mintak top up huhuhu :P

*nanti linda update gambar mesej ni sebagai bukti :))


Tuesday, December 7, 2010

Mini Bday Party Danisha


Memandangkan ulangtahun danisha dekat dengan Raya Haji..jadi linda tunda lah ke lain hari. Hari ni semoga dengan keberkatan tahun baru Islam, Maal Hijrah..linda buat sikit jamuan makan-makan hari lahir danisha dengan keluarga sahaja.Ayah pun atas kapal,jadi kami tiada mood lah nak buat besar-besaran macam tahun lepas.Cukuplah sekadar nak menggembirakan hati si kecil ibu ini...Jangan kecik hati ya kawan-kawanku :)



Danisha menggayakan dress Princess hadiah dari ayah di mini BDay party nya..
pandai ayah beli..nanti2 beli lagi ya :)


Chocolate Cip & Walnut kek SR...
menjadi pilihan kali ni


sedapppp....


Birthday Girl


sayang ibu selamanya....


muka-muka yg tak sabar nak mamam kek tu...


Ya Rabbi..anak sapa ni yg comot sungguh..huhu


sedap ibu..terima kasih ayah kirim duit Bday danisha...

terima kasih acik,kak su & kak eda bagi hadiah kat Danisha..
love u olls :))



Monday, December 6, 2010

salam Maal Hijrah


Hari ini,kita melangkah ke tahun baru Hijrah.Linda nak kongsikan Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk di baca bersama.Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijah menjadi lebih baik dari sebelum ini.Amin…


Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.






Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.