Thursday, September 29, 2011

Danisha love Mr Red...


Kemarin bawa danisha keluar jalan-jalan..kesian dia,lepas sudah mandi duk sebut-sebut "giant aa?ngan tesco.." .. tu modal nak ajak keluar la tu.Kemain dah budak ni,dah pandai ajak-ajak keluar.Tapi linda tak bawa gi situ pun.Kami lajak jauh sikit..kami pi sunway carnival..duk teringat la roti fav linda tu..Lepastu ada la cari barang sikit untuk kami dua :)
Danisha siap poo poo lah..bagi mandi,tukar baju apa.Jalan pun sambil teriak-teriak dah.. "nak roti! nak roti!"..haha..sian anak ibu..dia kalau lapar sangat macam tu lah.Malu orang dengar..mesti orang ingat anak sapa la yang hilang tu kekeke..Linda dah beli roti tapi masa pi kat keta nak amik diaper beg,plastik roti tu tinggal dalam keta.Tu yang dia duk teringat "Mr red bean" tu...ensem la katakan...



Ni lah gambar roti Mr red bean tu..dia yang pilih sendiri tu yang kecoh betul..
yang lagi dua tu linda punya fav..nyum..nyum..semua dah selamat dalam perut kami.
aduss..tengok gambar dah teringat lagi..
huwaaaa!!!



Cara-cara budak comel nak makan roti.



nak makan pun dah laga-laga hidung hihihi!..

lepas tu sibuk nak pegang pencil colour la pulak..
colour tu free gift sebab beli baju kat danisha..ok la kan :)

ok lah..sekian dulu untuk tatapan kali ini..
moga kita bersua lagi pada entry seterusnya..
love u ouls!!


Wednesday, September 28, 2011

Kami di Konvokesyen USM :)


Salam sejahtera semua!! Ada lagi ka yang sudi membaca blog diriku ini??..harap-harap adalah ya..Maaf la sebab la ni dah jarang-jarang buat entry.Linda tengah sibuk nak siapkan satu projek blog bisnes untuk kawan..wah..lepas ni boleh amik upah buat blog la pulak hehehe :) nanti dah siap lancar semua,linda promot kan blog tu ya..

Entry kali ni pasal kami sekeluarga ke majlis konvokesyen along di USM baru-baru ni.Mula-mula ingat malas nak join sama sebab kesiankan si danisha la nanti.Tapi dalam kepala otak duk terbayag-bayang bazar yang buka kat sana..haish..tak boleh jadi haha!
Sudah la lama,panas pulak..dah sah-sah la danisha taknak tido nanti.Memang betul pun dia tak tido satu hari siang tu..balik malam tu pengsan dari dalam keta.Sampai angkat..tukar pampers pun tak celik mata dah huhu..Mujur masa asar tu dah bagi mandi tukar baju siap-siap kat masjid USM.

Tahniah buat along tersayang di atas kejayaannya..
lepas ni misi buat Master pulak ya :)

Kami tumpang gembira atas kejayaannya..
Bergambar dengan along sebelum gerak dari rumah..

Kenangan la kunun-kunun..

Hanya dua orang saja yang boleh masuk dewan konvokesyen..
so linda dengan danisha tengok dari dewan kuliah ni saja.senang nak keluar ke mana-mana..

Tunggu sampai lepas saat ni..kami cargas terus ke masjid..letih sungguh dah..

Ni masa nak tunggu live show..danisha buat free show dulu hihi..

Kami duk seat depan sekali..senang tak yah lindung-lindung kepala orang..
kuang kuang kuang

Berehat di masjid jap sebelum solat & bagi mandi danisha..

Panas-panas..sedap pekena ni..
air??dah berapa gelen tatau la minum haritu..
Sapa yang tak kenal & tak biasa tengok..
ni lah buah kelapa laut..jangan minum saja tau huhu..



Photoshoot Danisha dengan hp saja sebab ibu malas nak heret nikon..
layan sajalah nooo :)

Dalam hati bara sebab nyesal tak bawa nikon.
Cantik gak port ni walaupun hanya tepi tempat letak keta saja huhu..







mana lepa ni??lambat betul la..
orang dah penat,letih,panas,ngantuk ni..huhu


.Sekian.


Thursday, September 15, 2011

Mood mencuci Rumah!!


Hari Rabu baru ni,linda dengan rajinnya amik mood pi basuh rumah baru.Hubby asyik membebel rumah tak jaga,beli mahal-mahal. Kalau ikutkan hati linda biar lah pasang grill,pasang elktrik & renovate dulu baru la cuci.Tapi memikirkan betapa sayangnya..kasihnya kepada si suami dan rumah itu maka linda pi la basuh juga.Ok lah kan,lepasni kalau abah nak pi mesin rumput boleh kami melepak dalam rumah.Rumah pun dah bersih :)

Rumah kami dah lama siap sebenarnya..dah dapat kunci pun..dah masuk air dengan api dah.Cuma tak buat satu apa pun lagi.Projek tergendala sebab encik hubby buat projek bina rumah baru untuk orang tua dia kat Kuching.Rumah sana pun dah nak siap..insyaallah kami plan tahun depan nak masuk lah rumah ni.Banyak benda nak kena buat..biasalah nak masuk rumah baru ni nak guna banyak duit.Mudah-mudahan ada rezeki lebih untuk kami..Seronok kan bila dah duk rumah sendiri.Baru la ada privacy sikit hihi..tu yang buat tak sabar tu :)
Tak sabar nak ubah suai rumah..nak beli perabot..ish syoknya kalau daun boleh jadi duit haha!



Cat pun dah kusam-kusam..kena cat baru la nanti..



Tingkat atas..
-macam biasalah ada master bedroom,2 bilik tido & 2 bilik air dan 1 ruang berehat..ada 2 balkoni..
Gambar dalam proses mencuci..




Gambar lepas sudah selesai cuci...





Tingkat bawah..
-ruang depan,dapur,1 bilik & 1 bilik air..
Gambar sebelum...
Lagi kotor sebenarnya tapi linda dah sapu baru teringat nak amik gambar hihi..
jenuh la duk gonyoh-gonyoh..

Dapur kecik kan?
Tapi takpa sebab tanah besar..hehe..nanti boleh tambah la jadi besar..


Dalam proses...

Tengok kat luar tu dah jadi semak samun..
baru saja upah mesin sebulan yang lepas..
Nak kena mencangkul,meracun pulak lah nampak gayanya..



Gambar lepas sudah selesai cuci..



Projek mega fasa 1 dah siap..
tangan habis luka-luka..berdenyut-denyut..lengoh habis..
Lepas ni turn hubby pulak la basuh rumah..i dah tak sanggup hehehe~


Monday, September 12, 2011

Bersamamu..


Entry buhsan sikit..sebab tengah buhsan..campur aduk pulak dengan perasaan rindukan encik suami tercinta,jadilah tak tentu arah..satelit phone Seri Balhaf rosak pulak..seksanya menanggung rindu yang tak sudah ni.. :(

Syukur ada si kecik danisha buat teman ibu bila di saat suka dan duka..Takdak program baik apa pun.Saja bawa dia keluar teman linda cuci kereta kat port biasa yang dekat dengan rumah bila mood malas nak pi cuci dekat Cars..


Layanlah sikit gambar-gambar danisha masa tengah tunggu putih.. :)




gaya terbaik minum susu..anak oh anak,macam-macam..


Meronda dengan Danisha :)


Akibat kebuhsanan yang melanda diri begitu teruk sekali..Sabtu lepas linda keluar dating dengan Danisha.Biarlah keluar dengan si kecik ni,janji hati kami bahagia..

Streamyx pun buat hal dekat seminggu tak dapat online.Tak tau lah keja jahat siapa yang suka sangat duk curi kabel TM kat area rumah linda ni.Kalau dulu hampir setiap bulan lepa duk curi.La dah lama tak buat keja mencuri,minggu lepas dah mula balik.Naik tensen dibuatnya..Tapi ok lah kan,boleh puasa nafsu shopping hehehe~

Sebenarnya sebelum keluar jalan-jalan dengan danisha,dia dah kena tinggal sehari dengan atok..huhu.. Kasik peluang la ibu keluar poya-poya dengan kawan jap.Kebetulan kawan baik balik cuti raya,kami keluar jalan-jalan..sempat lagi tengok The Smurfs.Memang best movie ni..tak rugi tengok tau..Lepastu jalan-jalan,linda jumpa patung Smurfs yang watak pompuan tu..besar,sedap pelok2..ingat nak beli kat danisha.Tu yang bawa dia keluar.Sekali dia cakap "tak nak!"..huwaaaaa..naik tensen lagi ibu..*padahal ibu yang nak sangat haha!
Dah habis pusing-pusing satu toy r us tu..duk tanya la si danisha apa yang dia nak.. sponge bob tak nak,minnie mouse tak nak,bear..babydoll tak nak..last-last tau apa yang dia nak??? nanti tengok kat bawah sekali apa yang dia pau ibu.. :)



si kecik danisha tengah syok main-main..

buat macam harta sendiri nampak..~

dia sudah rambang mata..huhu..

macam mak datin dak?huhu..perasan ..~

tudia..yang dia pau ibu haritu..
huh!! anak ibu ni tak padan dengan pompuan..


Monday, September 5, 2011

Coretan Syawal Kami..


Assalamualaikum semua...sempena masih dalam bulan yang mulia ini,linda ingin mengambil kesempatan memohon segala salah dan silap samada yang sengaja ataupun yang tak sengaja kepada semua insan yang mengenali diri ini ataupun tak mengenali diri ini..Dan Salam Aidil Fitri..

Rezeki menyambut Ramadhan & Syawal dengan suami tercinta ternyata masih tidak memihak kepada kami lagi untuk tahun ini.Kali ke-2 ni,alhamdulillah..linda dah boleh terima dugaan semuanya..Tak macam tahun lepas,betul-betul emo bila hubby takdak disisi..Semoga Allah terus memberi kekuatan dalam diri linda.Danisha pun dah makin tak menyebut soalan dan jawapan sendiri.. "ayah mana?.. ayah pi school".. Kalau ada mulut-mulut yang gatal tanya-tanya pun danisha dengan ibu dah cool..walaupun ada beberapa saat tersentap ke dalam mata ibu..terus linda kuatkan semangat.Takmau nangis-nangis..nanti kesian danisha tengok.Sebab dia dah pandai cakap.. "haa..nangis..sakit.."

Moga Allah swt beri kekuatan kepada hubby tercinta & rakan-rakan seperjuangan yang jauh dilautan sana jugak..sabar beraya kali ke-dua dengan Seri Balhaf..dengan kena buat biskut raya & segala persiapan raya sendiri,beramai-ramai atas kapal..sedih kan..Tapi apa kan daya.



Pagi 1 Syawal...

Alhamdulillah,last minit Along (akak sulung) amik keputusan nak balik 2hari sebelum raya.Sekurangnya linda tak rasa sedih dan sunyi sangat.Ada lagi sorang kakak (acik) dekat saja..dia bila-bila masa nak balik dia balik.Acik rumah kat kepala batas saja..Abang pun dah sampai.Petang tu semua dah ada.Meriah dah rumah dengan anak cucu.Danisha lah yang paling bahagia sebab ramai kawan..ramai kakak..ada jugak yang membuli danisha..Kesian anak ibu..

Plan nak pergi sembahyang raya..tapi kena tinggal dengan yang lain..sedihnya!! danisha la lambat betul..huhu.. Rutin macam selalu lepas semua dah balik dari masjid kami beraya dulu kat rumah.Makan dulu sikit2..eh lupa la nak amik gambar makanan..heeee..maap ya..



Berdua lagi di Syawal 2011...


Ni tersalah selit..malas dah la nk susun semula..aci ya?..hihi
sibuk la tangan dia ada bunga.. "cantik..flower..flower.."
padahal comot habis dah bunga tu..


Atok..mintak ampun danisha banyak nakal..


Sayang atok!!

danisha dengan abg syahmi..
model di pagi raya!..


anak-anak Along..





Tengahhari 1 Syawal...
nak keluar beraya rumah sedara abah-rumah pak su,pak ndak & mak jang...

Sudah menjadi rutin kebiasaan di pagi 1Syawal jugak..kami pergi beraya rumah mak menakan,pak menakan belah abah ni dulu.Sebabnya, dekat sajapun dengan rumah mak linda..
Pakat jalan kaki saja..hihi..


Ready nak pi beraya..


Rombongan nak pi beraya..
amboi laju betul lepa depan tu tingaal habis kami kat belakang huhu..

Rumah pak su..
danisha ni baru beraya rumah pertama dia dah bantal lena la pulak..
nasib rumah dekat..malas nak usung,biarlah dia lena rumah pak su dulu..
dari pukul 12 sampai pukul 3petang dia tido sana..





Petang 1 Syawal..
beraya rumah Mak Lang (Kota Kuala Muda)..

Mak linda asal dari kampung ni.Rumah usang atok ada lagi.Tapi sayang dah tak terjaga.Lagipun lepas kes tsunami habis rumah-rumah yang dekat dengai pantai dan berisiko kerajaan pakat amik..sedih la.. Mujur ada lagi Mak Lang kat sana..selalu la jugak turun kampung..


si danisha jemu tunggu atok lambat,dia bantal makan belambak kuih raya..
malam tido sampai termuntah-muntah..
sian anak ibu..nak halang dah kuih depan mata..marah pun dia tak dengar..


anak buah linda (anis rashida) memang suka melayan budak kecik tu..
untung ada diaorang ni..senang ibu hihi..
danisha memang senang sangat-sangat pun nak jaga..dia tak merap..




2 Syawal..
beraya rumah Pak Long (Felda Lubuk Merbau)..

Kami ni ramai yang susah nak sampai rumah Pak Long kalau takdak hal..bukan apa,sebab jauh sangat..Kebetulan raya dan atok linda ada sana,maka kami berkonvoi beraya sana..sempat makan nasik lagi.Adus nikmat kelaparan di hari raya huhu..alhamdulillah..rezeki..


danisha masa dalam kereta..
topi kak aishah (anak acik) dia pinjam..

ibu nak jugak interpremmm..huhu..
*sila jangan jeles! ini blog saya..saya punya suka la..kekeke..
susah sekarang ni byk sgt kes jeles menjeles kebahagiaan orang yang kacau hidup orang..


dengan nanny kesayangan.. :)


dengan ibu kesayangan.. :)




3 Syawal..
beraya & kenduri arwah rumah Pak Ngah (Bagan Ajam)..

Kami dapat berita sedih dan mengejut di awal Ramadhan baru ni..kami kehilangan arwah mak ngah (kakak mak linda)..raya yang sunyi bila dah tak lengkap ahli keluarga..arwah mak menakan pertama yang dijemput Ilahi..dan pada 3Syawal,keluarga pak ngah buat kenduri arwah..semoga dicucuri rohnya dan ditempatkan dalam golongan beriman..Al-Fatihah..

Hari terakhir beraya bersama keluarga along..sunyi betul kalau diaorang dah balik tau..memang sedih.Lepas selesai majlis di rumah pak ngah,along terus gerak balik Batu Pahat.Linda balik sendiri dari Kepala Batas dengan danisha..sampai rumah sunyi la!!


danisha dengan kak shidah..

danisha dengan kak shidah & abg syaidi..

dari kiri- linda, kak na(kak ipar), acik, along..
hidayah(anak abg), nabila(anak along), MAK..
danisha(tau kan anak sapa..huhu), aishah(anak acik), mardiyah-masyitah(anak abg)..

tak cukup forum ni..yang lelaki takdak..



Danisha dengan ibu otw balik Sungai Petani...

tengok ibu pakai sunglass dia pun nak bergaya jugak..
kepoh la mulut.. "sun..sun.." panas cahaya matahari..hihi
ibu ada sunglass baru,amik la kat danisha yang lama tu..~



Maaf Zahir & Batin...