Saturday, December 26, 2009

happy time @ QueensbayMall


24hb baru ni linda bawa danisha jalan2 kat QueensbayMall Penang.Nak cari hadiah birthday untuk danisha sama.Sian danisha,birthday dah lama lepas tapi baru dapat hadiah dari ibu hihihi~ jangan marah ye sayang.Kang ibu tak bawa jalan2 dah baru tau ^_^

Your smile make me Happy ..

Dengan "Mr.Red"..
Asalnya linda nak beli towel kat danisha.Satu brand dengan bear tu.Danisha pegang Mr.Red tu terus peluk..sayang2.Linda nak amik letak dia tak bagi dah.Seronok tengok danisha sayang2 Mr.Red tu,linda pun beli je lah :)

Danisha ni susah nak tido dalam stroller.Masa jalan2 dalam jusco dia dah ngantuk gila.Tengok2 dah tertido dengan peluk Mr.Red. Soo..sweet la tengok ^_^



Rumah agam Batman...



Daddy jangan jeles.. kami ada Batman!!~



Dah penat jalan-jalan..
ni lah hadiah dari ibu untuk danisha sempena ulangtahun yang pertamanya ^__^







Tuesday, December 22, 2009

Bergumbira di Shimabara


Kami bertolak lepas subuh (time jepun).Uncle.. *terlupa nama uncle tu la :P datang jemput kami di apartment.Jauh oo rumah uncle tu.Sangat baik datang amik dan hantar kami kat apartment.
Dari Nagasaki ke Shimabara jauh jugak.Tapi best..sebab pemandangan cantik2.Lalu jalan tepi laut.Kami singgah makan kat restoran jepun,sebelum nak menjelajah tempat2 menarik. *semua aktiviti kami hari tu,uncle tu belanja..mak aii!! banyak sungguh duit dia.Apapun terima kasih ye uncle ^_^







Jangan risau..biarpun kat restoran kita masih boleh makan.Tapi hanya makanan jenis seafood/sayuran sahaja.Tapi kalau dh muskil lagi,puasa je lah..hihi~ ^__^


Jemput makan ye!
Sedap oo..kat Malaysia mana nak dapat makanan ni.Rugi tak makan.. :P



~Yatake Picnic site to Mt. Yatake




Ni adalah kawasan bukit bakau yang panas.


Luas betul area ni.Lenguh jugak la nak pusing satu kawasan tu.


Orang kat situ masak telur rendam kat air panas tu je.


Tapi bau busuk la!! punya terlalu panas tanah jadi mcm rupa selut berlumut..dengan air menggelegak..siap ada bunyi2 bila berbuih hihi~






Bergambar cukup ahli forum




Geng satu apartment




















~Muzium peristiwa Gunung Berapi & Bukit





Batu2 asal kejadian gunung berapi


Nampak gunung berapi yg dah tak aktif belakang linda tu?


Masa kejadian gunung berapi keluarkan larva tu,tiba2 hujan lebat sangat.


Sebab tu lah banyak batu2 yang turut turun sama sampai ke bawah tempat linda bergambar tu.


Kiranya tempat linda tu yang hujung sekali.


Terus pihak Jepun mengabadikn kisah tersebut dengan wujudnya muzium tu.







Batu asal




Peta kawasan yang terjejas


yang kawasan cerah tu..teruk kan?




Bekas laluan larva gunung berapi


Walaupun dah berabad kejadian ni berlaku,tapi kesannya terjejas sampai ke hari ni.Pokok/rumput langsung tak dapat hidup kat tanah bekas laluan larva gunung berapi tu.Subhanallah..Maha Besar Kuasa Tuhan kan? :)




Pandangan gunung berapi dari muzium










~Unzen-a Makusa National Park,Nita Pass


Atas bukit ni ada Cable Car.Tapi kami tak naik pun.Cuma nak menikmati pemandangan dari atas bukit tu.Nampak jelas bekas laluan larva kisah gunung berapi tu.Sungguh teruja dengan kebesaran Tuhan.













~Shimabara Castel



Istana Lama (Shimabara Castel)..
Ni destinasi terakhir kami melawat2 tanah air Shimabara..Shimabara Castel.
Elok je sampai situ bateri kamera pulak habis.Nasib baik linda bawa handphone.
Hp pun ok pe gambar tu kan?kan?kan? Lawo tak..hihi~


View dari anjung Istana...
Tu gunung berapi yg dah tak aktif lagi.
Ada sejarah hitam & muzium pasal gunung berapi tu..

View dari anjung Istana..
Mengadap laut..


Rumah Samurai..
Tersorok sikit kat dalam pokok2 tu..


Pintu masuk Istana..


Koleksi-koleksi Pakaian Samurai..


Pakaian seragam Samurai..
Hubby sambil pegang pedang samurai.


Di Anjung Shimabara Castel..
View yang sangat cantik dari atas Istana Shimabara tu..



Shimabara Castel ..



Rumah Menteri..


Arca apa tah..
Banyak lagi arca2 kat laman Shimabara Castel tu..
malas nak upload sebab arca patung jerk ^_^

Sekian untuk kali ni.. Jelajah kami di Shimabara!






Saturday, December 19, 2009

Masih Dalam Ingatan ^_*


*PS!! entry kali ni sungguh2 panjang.harap sudi la baca ye.. ^__^











08hb Mar-08 Jun 2007, linda di beri peluang ikut hubby deliver kapal Seri Bakti di Nagasaki,Jepun. Seronok la walaupun sekejap dapat merasa tinggal di tempat orang.Nak pulak negara Jepun yg BERSIH itu ^__^ ..










Sebelum hubby join kapal kelas SERI,dia naik kelas PUTERI.Lepas kawin memang linda dok sign on~sign off dgn hubby je.Lagipun time tu tak de anak lagi,senang la nak ikut lama2.

Tapi kapal kelas PUTERI besttt!! kapal tu hantar kargo dari Bintulu ke Jepun-Taiwan-Korea jer..seronok la dapat turun port selalu..actually seronok nak shopping!!

Kapal kelas SERI ni pergi jauh2..wife officer pun jarang yg boleh join kapal SERI ni.Tengok jugak negara mana yg kapal pergi la.










Time hubby naik kapal Seri Bakti,kapten dah tahan dia 8moths!! tak bagi2 sign off..linda kat rumah dh mcm hantu la.Selalu dok cal marah azizi dgn abu! haha~ *padan muke korang.lain kali buat keja elok2 sikit.jgn nyeksa org yg x berdosa seperti linda dgn hubby!

Hubby nak keja pun dh tak de mood.Ye lah dh lama gila atas kapal tu.Kapten punya la tak mo bg hubby sign off kpl tu selagi kapten tu kat situ,lastly dia bagi linda sign on Seri Bakti.Kira ok la sikit kan?kan ?kan?










Linda naik 1trip dari Singapore~Nigeria,Afrika.Next cargo Nigeria~Korea..otw tu stop bunker kat Singapore.So,kapten ckp linda off kat Singapore.Hubby tak sure lagi.Kalau ada org ganti hubby balik..WHAT!! kesian hubby linda tau.Kalau Singapore tu dia tak balik gak,nampaknnya setahun dia kat kapal tu.Ada ka patut..??hubby dah mcm org gila.Linda pun setiap kali terserempak kapten linda tanya hubby saya mcm mana...Oppsss!! sorry sir.Tp tuan memang tak patut buat mcm tu tau.. *Apa perasaan anda kalau di tempat hubby saya?? ^__^










Malas nk cite panjang2.Last opis dpt cari org ganti utk hubby tapi..ada ke cari Cargo.Hubby linda 3rd Eng.Nasib baik cargo tu paham..dan sudi ganti hubby.Dengan HAPPY nya kami suami isteri dpt sign off kat Singapore.





*Thanks MISC..walaupun saya tak suka MISC!! MISC yg suka mendera perasaan saya & hubby! hahaha~















Di bawah Pokok Sakura..


Pokok Sakura ni kat apartment linda je.Petang2 linda dgn hubby suka jln2 kat jalan belakang tu.Berdating sekali sekala..hihi :) .Sangat cantik..tenang! Betul2 belakang apartment linda pulak ada padang Baseball *betul ke linda eja nih?? Selalu ada game/org buat latihan.So,kalau boring linda selalu tengok kat corridor ^_^



Pokok Sakura...


Banyak2 pokok Sakura yg linda jumpa..pokok Sakura yg ni paling cantik sekali!

Masa ni semua bunga dah kembang tunggu masa nak gugur pulak.


-Bila bunga mula berputik,daun pokok Sakura mula gugur.

-Bila kesemua daun dh gugur,bunga akan kembang sangat cantik.Nampak gebu jerk ^_^..

-Bila bunga dah semua kembang,bunga akan gugur pulak.

-Lepas tu daun tumbuh balik.


Itu yg special sgt pokok Sakura ni.Bunganya kembang dalam 4musim sekali saja(penghujung musim sejuk).Orang Jepun siap ada sambut time musim Sakura ni.Diaorg makan2 sambil menikmati keindahan kat bawah pokok Sakura.

Linda kira bertuah datang time musim Sakura!!


Nagasaki..

Nagasaki Train..



Train yang ni lah linda selalu naik melilau satu Nagasaki kalau tak larat jalan.Pergi je mana2 station cuma bayar 100yen (RM3).Janji kena ingat train mana,tau jalan dan nama station.Train ni ada macam2 warna.Yg dalam gambar ni train lama.Ada train baru jugak tp linda x pernah dapat naik.Kira nasib la..Seronok kan?? ^_^

Station Keretapi Nagasaki..


Nampak landasan belakang linda tu?Ada keretapi yg laju kat situ.Yg kepala muncung tu..tak ingat la nama train tu.Plan nak naik train tu p Osaka.Tapi hubby tak mo.. :(


Jalan ni sebenarnya jln short cut yg linda selalu ikut kalau nk gi market/shopping complex.Haa..jgn korang ingat org sana je tau jln short cut.Dari apartment linda nak g market/shopping complex yg paling dekat dalam 10minit je jalan kaki.Dekat kan??hihi~

Hubby linda pergi work,linda gi jenjalan..hihi~ Ish..dah merata ceruk linda p tau.




Jalan2 kat Glover Garden..


Belakang linda dgn hubby tu lah pokok sakura!Cantik tempat ni & yg semestinya Jepun tersangatlah BERSIH berganda2 beza dari Malaysia tau! Nak nampak secebis sampah pun susah.Tong sampah awam tu siap ada orang cuci dalam, sampai berkilau2..kalau kat tempat kita berkulat dan ucukk!! betoi tak??




Lepas jalan-jalan d Glover Garden,otw balik apartmen.
Linda dengan hubby saja jalan kaki.Nak menikmati keindahan.Jalan baru puas tengok,dari naik train :)



Jalan2 di Nagasaki Dejima Wharf..


Kat sini lah ada pertunjukan bunga api & kapal layar.Hari cuti ada org main layang2..main keta control.Nampak je panas tapi angin sejukkk..Kalau siang sangat cantik pemandangan.Nagasaki ni area teluk.




Sungai belakang Apartment..




Air bukit yang sejuk macam ais!!



Celah2 kawasan rumah orang jepun..



Kawasan rumah ni dekat dengan apartment yang kami duk je.Ada bukit kat situ..ada Nagasaki Ropeway.Ingat nak naik,tapi mahal.Pastu ada time la pulak.. :P






Pertunjukan Bunga Api & Kapal2 Layar.. di Nagasaki Dejima Wharf..





















Sampai waktunya untuk pulang ke Malaysia...(8 Jun 2007)

Actually dari apartment ada teksi datang jemput & hantar kami ke station bas ekpres untuk ke Fukuoka Airport.Dari situ kami ke Narita pulak.Fukuoka Airport adalah destinasi pertama kami.Time tu masih pagi buta lagi,dengan ngantuk..sedih nak tinggalkn Negara Matahari Terbit tu..terlupa abih nak tangkap gambar.Lagipun orang Jepun ni tepati masa tau.Diaorg tak pernahnya lewat.Lagi awal ada la.Bukannya macam orang Malaysia..janji lain dtg lain.



Masa kat Fukuoka Airport,linda beli kek jepun (yang halal ye!) untuk buah tangan keluarga kat kampung..Rasanya sedap sangat! Nyesal beli 2 jerk.. :P



Narita Airport Gate 2 destinasi airport yg ke-2..



Gambar kenangan dengan pekerja JAL..


Masa ni baru turun bas ekspress dari Airport?? Alamak camne leh lupe nama airport tu haha~ Nak p Narita Airport kami naik bas ekpress lagik!..masuk highway.Masa otw tu nampak Tokyo Disneyland.Bestnya!! Tapi tengok je dari jauh..nak pi tak kesampaian lagi ^_^


Sampai Narita Airport,naik bas pusing2 dlm landasan Narita Airport (besar gila & jauh gila!)tapi best! rasa macam naik bas pelawat landasan airport.Masa dalam bas tu,habis dia bawa pusing tengok semua pelusuk.Macam2 jenis flight ada..yang besar,yang kecik..Kejap toleh kanan,kejap toleh kiri.Iyelah jap nampak flight negara ni,jap nampak yang lain..ish senang cerita memang linda tak pernah tengok la.Lupa lak nk upload gambar.Nanti berjela-jela lak hihi~


Lepas tu lalu kat stor simpanan flight..nampak tempat "flight wash"..bukan "car wash" ye! haha~ semua peeerak sgt time tu.Kebetulan ada flight yg paling besor diorg tengah cuci.Sungguh time tu baru tau mcm mana lepa basuh flight.Dah pusing2 last2 sampai pintu.Pastu masuk balik nak kena check in,tunggu flight balik ke Malaysia pulak.Fuhh!!..letih siort..macam susah sangat nak balik Malaysia..huhu~



Lepas check in..


Flight delay pulak.Tapi best jugak sebab ada masa nak jalan2 dlm airport tu.Banyak kedai nak perabihkan duit YEN sebelum balik Malaysia.

Dan yang penting dapat voucer makan free la! ^__^



Boarding Time!!



Flight yg membawa kami pulang dari Narita-KLIA,Malaysia!

Seksanya nak balik rumah..Penat sungguh2..2hari perjalanan dari Nagasaki,Japan nak sampai ke Penang! Sudah la banyak transit..


Flight dari Narita pun transit kat KK(Kota Kinabalu),baru gerak ke KLIA.Yang bestnya masa kat KK abis semua org turun kat situ.Tinggal group kami je(4orang).Steward siap bg kacang MAS bungkus besar,bg beg..borak2..pastu tido.Dah takde orang,takde keja la sangat.
Seram pulak..flight dah beso..


Sampai KL dh dekat pukul 1pagi.Linda dgn hubby malas nak check in hotel.Esok pagi first flight kami ke Penang pulak.



Kami mula2 melepak kat McD..nak layan tenet pun dh tak larat.Sampai terlentuk2 kepala linda kat meja.Last2 ajak hubby keluar dari McD sebab linda nak p tido kat kerusi.Tengah syok2 tido ada 1group tukang cleaner (india) duk bercakap-cakap depan kerusi linda tido tu.Ya Allah!! korang bukan tak tau mcm mana kaum tu cakap.Kalah loudspeaker la! Kita dah penat macam nak hangin jerk..sabar..sabar..hihi


*korang jangan mareh ye,sebab citer ni dah macam habuk dah.Time tu tak berblog-blog lg..layan je lah ye.. hihi~




-next entry..kisah di Shimabara!!