Sunday, May 29, 2011

Daddy study hard & Danisha great fun :)


Minggu ni dah mula kebuhsanan sebab hubby dah mula sibuk study untuk final exam.Rabu ni linda dengan danisha balik Kedah sampai hubby habis exam..Kami tak nak lah kacau hubby kat KT.Biarlah orang nak cakap apapun,berpisah demi kepentingan bersama jugak kan.Lagipun kejap saja.Nanti habis final boleh jalan-jalan makan angin lagi :) Insyaallah doakan yang terbaik untuk kami dan kejayaan hubby selalu...semoga murah rezeki kami selalu hendaknya..amin..



budak manja...





ini aktiviti danisha di rumah bila mood ibu rajin ..
moga cepat cakap ya sayang :)

video



Thursday, May 26, 2011

Wayang lagi :)




Sapa yang tatau kan movie ni.. Pirates of Caribbean : On Stranger Tides .. hari Isnin baru ni kami turun Kerteh tengok cite ni.Ingat nak sapu bersih dengan Nur Kasih the movie..mr.hubby pulak takmo.si danisha pecah rekod,banyak-banyak movie yang dia tengok kat wayang..yang ni kali pertama dia tak lelap langsung.Dia tengok dari mula sampai habis hihihi..suka betul dia :)

Harini pulak ingat nak turun Kuantan tapi hotel yang selalu kami stay tu penuh pulak.Maka terperaplah kat rumah bila encik hubby dah mula nak mula study hard untuk final exam 12hb depan..Minggu depan linda dengan danisha pulak kena hantar balik sungai petani huhu..hubby takmo ada gangguan.Takpelah..kena time tu cuti sekolah.Anak-anak buah semua balik..hoyeyyyy!! danisha banyak la kawan nanti..kalau ada sapa-sapa yang sukarela nak bawa kami jalan-jalan,lagi kami suka ^________^



suka dia dapat jalan-jalan...



Monday, May 23, 2011

Kini di mana-mana dah boleh SPA :)



Semalam macam biasa kami keluar cari ikan dan sayur.Mulanya nak cari ikan kat Penarik..area tepi pantai..tapi banyak ikan dah habis.Pusing-pusing nak cari satu area kat Losong ada ikan fresh tapi tak jumpa pulak.Last-last alang dah sampai ke bandar KT,kami singgah la Mydin.Beli bekalan untuk masak sampai la linda balik sp nanti..

Baru-baru ni ternampak fesbok sapa tah ada upload mobile seat-xe Ogawa..linda tunjuk la kat hubby.Bestnya kalau beli ni.Boleh letak mana-mana saja.Tambah pulak linda selalu sakit belakang.Hajat nak pi spa tak sempat-sempat lagi.10 tahun yang lepas linda pernah terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawa.Allah maha penyayang & maha kuasa..dipanjangkan usia linda lagi sampai ke hari ni..alhamdulillah..kesan dari kemalangan tu hari-hari linda sakit belakang.Kalau buat keja berat atau kerja teruk..lagi berdenyut-denyut sakit..

Melalut dah..patah balik pada cerita semalam di Mydin..
Sementara encik suami tunggu linda jamu-jamu mata,hubby masuk Ogawa.Cari-cari hubby tak jumpa,linda cal dia suh linda gi Ogawa.Kami try la mobile seat-xe tu..Memang best la! boleh letak kat kerusi keta lagi.Bagus la macam kami yang suka jalan-jalan ni.Function lebih kurang sama macam kerusi urut cuma dia macam pelapik saja lah.Bukan besar gedabak macam kerusi urut tu.Sekarang tengah ada promosi sempena hari ayah yang akan datang,ada diskaun 60%.Harga asal 1k+ sekarang tinggal rm4++..tempat lain linda tatau la ada % ke tak.Hubby tanya nak tak..haha! kalau orang nak belikan kita terima dengan senyum lebar la kan..hik hik..
lepastu hubby belikan Mini Eye Massager dengan AuraMate personal air purifier (pewangi+sedut habuk) sekali .. :)

Tadi siang gi Kerteh kami dah rasmi seat ni..syok! terima kasih hubby...





vroommmm..vroommm...

Budak takdak lesen ada hati nak bawa keta Akek(atok) dia..


Friday, May 20, 2011

A short trip to Kuantan :)


Destinasi ke Kuantan lagi kali ni..bila mood daddy yang rajin nak drive jauh..kalau malas sampai ke Kerteh saja la kami :) Apapun sangat-sangat enjoy holiday kami walaupun penat ya amat huhu..thanks daddy! sempat jalan-jalan..sopin-sopin sikit..tengok wayang memang perkara wajib.Setakat ni danisha dah tengok..Hikayat Merong Mahawangsa,S-Punch,Thor,Priest..danisha layan sekerat saja pun.Lagi sekerat dia lena la heeeeee...Lepas ni teringin nak tengok Pirates dgn Nur Kasih pulak..encik hubby..jom ya layan sebelum minggu study hard :) love u!!



daddy nak jugak timang anak dia yang bam..bam..

sibuk sangat la dengan "hive 5".. dia ..


lepak-lepak..makan-makan kat Teluk Chempedak dgn waterfront
sementara nk tunggu check in :)


Model cilik ibu :)






.sekian.

*p/s- bee..isnin jom turun kerteh..layan movie..plz..plz..plz.. :)


Thursday, May 19, 2011

Happy time at Bukit Gambang Water Park :))



Lama tak mengupdate blog..takdak mood la sebab broadband kat KT teruk betul.Nak load gambar pun tensen.Nasib hujung minggu ni kami balik Kedah.So dapatlah update sikit :)

Entry ni nak cite pasal last weekend kami turun Kuantan.Sebenarnya,dua minggu berturut kami turun Kuantan.Ntah la hubby linda tu tahap kebuhsanan yang sampai mana pun tatau.Lepastu ada ka dengan cuaca panas terik melampau sekarang ni ajak pi main air kat Bukit Gambang.Kami pun yang buhsan melayan sajalah hubby..hihi..


chicky danisha!!

Lepak-lepak..Makan-makan kat Mall Kuantan :)



Penat-penat..malam rest.Esok ada aktiviti best!!


Happy time!! Bukit Gambang Water Park,Kuantan..

seronok sangat-sangat.Orang ramai gila..dah la panas terik..dengan bau klorin air kuat.Tenget hidung dan sakit mata haritu.
Balik-balik kami bertiga macam udang terbakar.Lagi teruk macam "ikan kena bakar" haha!
tolon..tolon..macam mana nak cerahkan balik kulit ni??





Budak yang seronok main air :)



Terima kasih daddy bawa ibu dengan danisha jalan-jalan..we love u so much!!


Tuesday, May 10, 2011

Kasih Tiada Penghujung



Happy Mother's Day
to a wonderful MOTHER & a great FRIEND




Masih tak terlambat kot rasanya nak buat entry ni.Broadband asyik tak elok saja mood dia.Terpaksa lah tunda..tunda..8 Mei lepas takde yang special sangat pun Hari Ibu baru ni.Cukuplah sekadar mesej dan call mak linda untuk wish selamat hari ibu.Hubby pun malam tu bawa dinner japanes kat hotel apa tah.Tak sempat nak tapau kek SR encik hubby ajak pi Giant pulak.Biasalah apa yang ada kat KT ni huhu...apapun linda tetap bersyukur atas nikmat-Nya yang diberi..semoga dimurahkan rezeki kami selalu..walaupun takdak apa yang istemewa sangat hari tu..honey sayang hubby! i love you dear..


macam ginilah mr.hubby kalau dapat wifi ..
berebut dengan danisha nak main game..haru!


pelengkap segalanya...
lahirnya danisha maka saya telah menjadi seorang IBU


Kepada semua yang bergelar...
ibu,umi,mak,emak,mom,mommy,
bonda...
bersykurlah
berbahagialah
berdoalah
bercintalah
bersemangatlah
kerana tanpa keluarga siapalah kita :)



Linda ada terbaca satu artikel kat satu blog pasal Asal Usul Hari Ibu..tapi tak tahu lah tentang kesahihan artikel tu..sekadar nak share dengan kawan-kawan..link kat bawah ni kalau nak baca ya :)




Thursday, May 5, 2011

Dari SP ke KT singgah kejap CH :)


Ini cerita masa kami balik sp haritu..alaa yang masa hubby linda ponteng kelas tu haha! kami saja balik ikut jalan jauh.Taubat takmo dah ikut jalan tu.Jauh gila..lama pulak tu.Bukan saja bontot jadi leper..tulang pun patah kekeke :P Kami tak masuk pun Cameron Highland..cuma benti kat ladang tepi jalan saja.Saja nak jamu mata dan hilangkan penat jap..Ni lah gambar yang sempat amik masa kat sana..Ada banyak lagi tapi malas nak upload hihihi..jom layan..



Aktiviti WAJIB!! memetik buah strawberi..


Danisha pantang betul..
cepat saja tangan dia nak petik.Bukan dia kira dah masak ke tak..


model ibu di kebun strawberi ..

nyum..nyum..



Orkid cantik...
tu pokok kacang buncis..sawi & terung..


Ni serangga besar kami jumpa kat sana hahaha! habiss buah dia petik



Hasil tangkapan haritu..
banyak kan?tamak betul..
niat balik KT nak sedekah kat jiran sebelah sama :))


.Tammat.

Monday, May 2, 2011

Musang King KL


28hb-30hb April lepas kami turun KL lagi..saja berhujung minggu kat sana.Ingat nak la jumpa kawan-kawan.Tapi last2 takdak sapa yang dapat jumpa kat sana.3hari kat sana macam nak patah kaki sebab asyik duk ukur Mid Valley huhu..dah la dengan ada sana sini sale tak habis-habis.Lepas tu kat 5th floor Cititel Hotel buat sale jugak.Banyak branded items mcm ck,armani,burberry,dkny..yang longgok-longgok bawah rm100,yang gantung rm100 ke atas.Meriah sungguh la hujung minggu haritu.Dengan vincci sale dari rm10!! sayang vincci ni semua cantik belaka tapi banyak jenis yang menyakitkan kaki..



otw ke kl..

Alang-alang dah sampai ke kl haruslah mencari Musang King.Fuhhhh..akhirnya dapat jugak walaupun sebijik.Tu pun mula-mula hubby ada hati nak rembat 2bijik terus.Linda cakap amik sebijik dulu..sebijik tu dah kena RM49!! haha..tapi isi memang puas hati..waaaaa..buat entry ni terliur lagi la pulak.Mana nak cari ni kat pantai timur???


adussss...terliur lagi la pulak...habis tido tak lena..


si kecik Danisha anto dorian jugak!! :)