Monday, May 23, 2011

Kini di mana-mana dah boleh SPA :)



Semalam macam biasa kami keluar cari ikan dan sayur.Mulanya nak cari ikan kat Penarik..area tepi pantai..tapi banyak ikan dah habis.Pusing-pusing nak cari satu area kat Losong ada ikan fresh tapi tak jumpa pulak.Last-last alang dah sampai ke bandar KT,kami singgah la Mydin.Beli bekalan untuk masak sampai la linda balik sp nanti..

Baru-baru ni ternampak fesbok sapa tah ada upload mobile seat-xe Ogawa..linda tunjuk la kat hubby.Bestnya kalau beli ni.Boleh letak mana-mana saja.Tambah pulak linda selalu sakit belakang.Hajat nak pi spa tak sempat-sempat lagi.10 tahun yang lepas linda pernah terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawa.Allah maha penyayang & maha kuasa..dipanjangkan usia linda lagi sampai ke hari ni..alhamdulillah..kesan dari kemalangan tu hari-hari linda sakit belakang.Kalau buat keja berat atau kerja teruk..lagi berdenyut-denyut sakit..

Melalut dah..patah balik pada cerita semalam di Mydin..
Sementara encik suami tunggu linda jamu-jamu mata,hubby masuk Ogawa.Cari-cari hubby tak jumpa,linda cal dia suh linda gi Ogawa.Kami try la mobile seat-xe tu..Memang best la! boleh letak kat kerusi keta lagi.Bagus la macam kami yang suka jalan-jalan ni.Function lebih kurang sama macam kerusi urut cuma dia macam pelapik saja lah.Bukan besar gedabak macam kerusi urut tu.Sekarang tengah ada promosi sempena hari ayah yang akan datang,ada diskaun 60%.Harga asal 1k+ sekarang tinggal rm4++..tempat lain linda tatau la ada % ke tak.Hubby tanya nak tak..haha! kalau orang nak belikan kita terima dengan senyum lebar la kan..hik hik..
lepastu hubby belikan Mini Eye Massager dengan AuraMate personal air purifier (pewangi+sedut habuk) sekali .. :)

Tadi siang gi Kerteh kami dah rasmi seat ni..syok! terima kasih hubby...





vroommmm..vroommm...

Budak takdak lesen ada hati nak bawa keta Akek(atok) dia..


No comments: