Saturday, April 28, 2012

Gelombang "KUNING"



Tak mau komen banyak-banyak..
Masing-masing boleh menilai sendiri mana yang baik dan mana yang buruk.
Saya di sini sekadar nak share beberapa gambar sekitar "BERSIH 3.0" 28 April 2012..
Semua adalah proppa-proppa duniawi sahaja..
peace no war!!















Tertanya-tanya jugak kenapa dalam berita rasanya takdak langsung pun gambar-gambar damai macam ni?..




Sunday, April 15, 2012

SGN :)



Apa kisah entry kali ni kan..
"SGN" for samsung GALAXY note :)



Kali pertama tengok masa cuti-cuti di kl dengan encik hubby cuti lepas dah menusuk kalbu pulak.Encik hubby pun nampak macam dah merelakan saja impian isterinya ini.Sebab nanti dia pun boleh belasah sama.Sungguh tak adil huhuhu..

Sebenarnya petang tadi kapal seri balhaf lalu Gibraltar menuju suez..masa kapal lalu situ dapat lah line kejap..terkejut encik hubby cal petang tadi.Jadilah dapat dengar suara dalam 10-15minit.Jenuh la nak membayar bil sebab seminit rm5 haha! Kalau gayut lama lagi parah la.
Sekarang duk menjamu mata tengok perjalanan cik seri balhaf dalam http://www.marinetraffic.com/ais/ :)
Tadi encik hubby sempat bagi soalan cepumas lagi..

hubby:- "honey betul nak samsung galaxy note?"
linda:- "NAKKKKK !!!!"
danisha:- "NAKKKK !!!"

parah lah ayah sebab ada 2org yg nak ni..hihi..
kalau dapat rezeki la nampaknya..kalau tak dapat pun tak pe..
tunggu dan lihat sajalah bila hubby balik sign off nanti.

Yuna adalah duta kepada SGN :)
saya nak jadi geng dengan Yuna jugak lah..

ヘ(^_^ヘ)(ノ^_^)ノ

Wednesday, April 11, 2012

Gempa Bumi lagi



Indonesia dan Filipina adalah benteng kita, yang selalu menyelamatkan Malaysia daripada

malapetaka laut dan angin. Sebarang bencana berlaku, merekalah yang akan terkorban dulu,

dan kita selalunya terkena tempias yang walaupun buruk tapi tidak sedahsyat mereka.


1) Gambar di upload di facebook,pukul 7malam tadi di Batu Feringgi..air dah surut sesurutnya..
2) Gambar di upload dalam facebook,keadaan panik orang ramai di Queensbay Mall Penang masa gegaran yang pertama.


Amaran tsunami telah dikeluarkan. Orang semua dah gelisah. Takutnya.. Semoga semua orang selamat. Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada tahun 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh. Magnitud gegaran lapan tahun lalu itu adalah 9.1. That number so close with today scale 8.9..


Masa kejadian linda elok baru sampai rumah..tengah tutup pintu pagar tiba-tiba rasa macam ada yang tak kena dengan pagar tu.Rasa macam goyang-goyang dan berbuyi.Ingatnya pagar tu yang gelong sebab penah tergelincir so linda terus masuk rumah.Tengok fesbok dah kecoh cakap ada gempa bumi..Gegaran ke-2 betul-betul rasa dan penin sekejap dalam pukul 6.55 macam tu.




BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WALAFIS SAMA'E WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM...

Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tidak ada suatupun dapat mendatangkan bahaya di bumi dan dilangit.dan Dia Maha Mendengar lagi Mengetahui .
~marilah sama-sama bersolat hajat & berdoa agar kita semua dijauhkan dari bala bencana dan malapetaka.Mohon Allah lindungi kita sebelum tiba waktu itu.dan dengan apa yang berlaku akhir-akhir ini semoga kita tidak lalai kepada-Nya dan sentiasa dekat kepada-Nya..amin..



Sunday, April 8, 2012

Alat memasak yang comel!! :)



Sementara nak tunggu ABPBH mula..duk la layan-layan fesbok jap.Terjumpa pulak satu fesbok orang ni yang amik oder benda-benda yang comel ni..alamak jatuh cinta la pulak.Ni antara yang telah menggoda hati linda...best kan? :) danisha mesti suka..ke ibu dengan ayah dia yang lebih-lebih hahaha!





Cartoon Cake Machine






Pop Corn Maker




Cotton Candy Maker Machine




Friday, April 6, 2012

Eday scha nur :)


Alhamdulillah masa yang ada linda dengan danisha hadir ke majlis scha di kulim baru ni.Terima kasih banyak-banyak ya scha sudi jemput akak.Mujur si danisha bangun lewat sikit pagi tu..so pegi majlis petang tu tak la dia buat hal :) Pertama kali drive ke kulim sendiri tu heeeeee..linda tak penah drive ke sana selama ni.Masuk highway kulim macam skema saja tengok pemandu2 kat situ.Bawa slownya lepa hihi..
Penah turun sekali tu pun dengan encik hubby.Mujur jugak lokasi agak senang nak cari..terima kasih jugak kat arda yang join sekali.Taklah daku segan sangat sebab lewat sikit sampai hihi..jom lah layan hasil tangkapan sikit haritu..





tersenyum lebar cik adik scha..lega dah lepas 1step :)

ni sebelum ke majlis..kami singgah jusco perda jap :)


Lepas majlis scha terus nak balik sebab nak singgah rumah akak kat kepala batas..elok lepak-lepak,mandi solat apa..dapat pulak panggilan kecemasan dari mak suruh balik cepat..
Dapat berita sedih..bapak saudara linda meninggal petang tu..terus la deras cargas balik rumah sebab nak gerak balik kampung pulak..letih 2hari tu sebab ulang alik ke kampung..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman & rohnya dicucuri rahmat..

al-fatihah buat arwah...



Sunday, April 1, 2012

Awas!! Jangan Leka


Sharing is caring...

Lepas terbaca dalam facebook tadi terus seram sejuk bila mengenangkan sejak akhir-akhir ni banyak sangat kes culik & bunuh budak..Linda ni pulak suka jalan-jalan dengan danisha.Tapi syukur linda jenis suka bawa danisha dengan stroller/troli..kalau jalan pun make sure akan pegang tangan dia..Sebab tu kalau linda nak shopping barang dapur tak penah sesekali bawa danisha.Memang takut sangat-sangat walaupun kita dah sedaya upaya 100% nak make sure anak-anak selamat..mudah-mudahan anak-anak kita terus dilindungi-Nya dari segala kemungkinan yang tak diingini..
jom baca kisah di bawah ni...


"Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan berkongsi maklumat ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu.

Mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging , dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu , sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian , dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta. Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.

Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air , cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit ! Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah.

Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar!



~ Tiara Jacqualina





Jadikan iktibar bahawa BAHAYA ada di mana sahaja.Motif utama penjahat adalah

RM$$$..ragut..kidnapp...kecurian..sekarang banyak orang yang Jahat daripada org yg baik

..samalah berdoa pada Allah kerana Dia adalah sebaik Pelindung :)