Monday, July 30, 2012

Esok Hari Pahlawan :)




Selamat Hari Pahlawan buat semua perwira-perwira tanahair kita..
terutamanya buat ayahanda saya yang tercinta.. :)

Kat hotel ni penuh dengan abang-abang navy yang nak buat perbarisan esok sempena hari Pahlawan tahun ni.Mujur encik hubby keja kalau tak boleh ajak gi tengok..
takde keja langsung dengan bulan-bulan posa ni kan.
Sebenarnya kami dua beranak dah kebuhsanan tahap gaban duk berkampung kat hotel ni.
Ingat nak mula kuar gi sopin raya lah..linda sekarang stay kat hotel midah kl..
uols ada pendapat kat mall mana best nk gi sopin barang raya ya? 

*________*

melalut jauh je dari topik atas kan..huhu..sorry 

Wednesday, July 25, 2012

Cuti-cuti malaysia kami!!

CCM part1 ~Lexis PD

Alhamdulillah..kali ni dapat jugak bercuti lagi dengan ayah walaupun kalut nak sambut puasa aritu.Alang-alang dah nak gi kenduri kawin sahabat ayah kat Melaka,terus habiskan sunway vacation kami yang saki baki tu.Dapatlah stay kat melaka semalam..PD semalam & Sunway 3malam.Biasalah port fav kami Lexis pd & Sunway resort suite :)

Kat PD takde yang menarik pun..saja nak bawa danisha main-main pantai.Sekali masa kat melaka tu linda pulak demam+selsema.Tak dapatlah nak join 2beranak tu main-main tengah panas terik.Dah le terlupa hari minggu..ramainya manusia kat pd sampai jalan jem huhu..parking usah cakap la.Mujur rezeki kami baik..pusing 2kali dah dapat..

Gambar pun tak banyak la sangat..sebab tuan blognya tak sihat.Tapi sempat jugak la amik buat tatapan sikit huhu..layan je lah ya apa yang ada ni..malas dah nak edit-edit kali ni huhu






seronok betul dua beranak ni main
sampai takmo pandang ibu kat depan ni dah huhu


ayah yang senyum lebih
danisha dah dapat main jangan harap la nak pandang


ayah tensen..buat kolam runtuh..korek runtuh..
last-last danisha jadi mangsa keadaan




ada budak takut air lah huhu
adei..macam mana ni?anak sailor man takut air



lepas mandi..nak balik hotel
ibu dah naik pening sebab terlalu panas dan padat dengan orang




-danisha dapat kawan dah :)

petang pulak kami pusing-pusing kat resort 
bawa danisha main jap & mandi kolam lagi


 ibu muka takde mood sebab tak sihat hihi


 # dah habis..tunggu part2 CCM kat KL pulak ya ;)





Thursday, July 12, 2012

Vacation Pendek :)


Ni entry kisahnya berlaku sebelum kami turun Ipoh & cameron baru ni..Lepas seminggu ayah sign off kot kami ada turun kl sebab ayah nak gi opis..Ibu dengan danisha amik kesempatan gi ronda-ronda klcc..Saja nak bawa danisha naik train.Sibuk je dengan Chunggington :) 

Dah naik train linda malasnya nak ngangkut stroller..ada anak senang naik stroller pun susah jugak jadinya.Kejap-kejap jalan "iesha sakit kaki!!" "iesha penatlah..sian iesha".."ibu dukung!!" huwaaaaa... parah la budak ni..bukannya ringan & kecik!! mek ni kalau duduk stroller tu kaki dah meleret-leret kat lantai..kalau dia tido lagi kesian tengoknya..tinggi tak tingginya dia..dapat anak baka model gitu lah huhu..perasan jap** last-last lepas ayah dah habis keja kat opis,ibu suh datang klcc lah..sila angkut budak ni balik hotel.Sia-sia saja ibu dengan ayah kelam kelibut nak pi sale clarks aritu.Rembat kasut mahal-mahal pun "iesha sakit kaki!!"..Tapi berbaloi la juga sebab kasut purple yang dia pakai tu sale tinggal RM68 shj!! rugi la kami datang last day dan dah last minit sebab banyak dah sold out :(
si crocs jugak yang dia suka layan pun..tensen kan bila dah makin besar makin banyak akal ni huhu


~KLCC








 dah letih jalan melalak minta ais krim pulak..
linda dah lama tak turun klcc sampai cari mcD tak jumpa dah haha! haru betul
mujur jumpa kfc..jadilah kfc pun



dah balik..sampai hotel..
penat betul jalan dengan danisha sekarang ni..
ibu pun tak nyempat nak shopping~

ibu nak tempek gak sekeping gambaq ibu huhu




~Mid Valley +Garden


sibuk nak bergambar dengan mickey
padahal dia geram kat patung tu..dah nak masuk kot tali tu dah huhu


 dah tengok-tengok & bergambar dengan mickey
kami masuk kedai pet jap..
pastu ingat nak makan kat foodcourt situ..sekali tutup pulak..
linda suka makan kat situ sebab agak sedap jugak..
last-last hari ke-2 lunch dengan kfc lagi.. ~


sebelum keluar balik dari mid valley,danisha sempat main game dari susu Enfagrow..
saja bagi dia join sebab tak pernah main game open macam tu..
kemain suka lak dia tapi malu-malu kucing kekeke..
dapat la buku+sticker & balon *itu je motif dia sebenarnya haha!
masa tengah duduk tunggu train tu,ayah pulak bagi pecah balon tu..
sian danisha..last pujuk lah dia main buku sticker tu.. :)
danisha memang pantang nampak balon kalau jalan-jalan..
membebel jap dia kat ayah pasal tak puas hati balon pecah tu kekeke

Sekian..cerita pendek jalan-jalan kami.

* tunggu 15hb-19hb ni..kami datang lagi PD & Sunway!! :)

Tuesday, July 10, 2012

Bekalan dari CH balik SP :)

 ~PART 2~


Perkara wajib la kan..sebelum gerak balik kedah,kami singgah beli sayur-sayuran + strawberi + ole2 sikit dari Cameron..RM23 dapat borong 13jenis sayur!! hihi..lepas ni makan sayur je..Danisha pulak dapat free apple tapi ibu dengan ayah yang makan apple dia kekeke..dah penat pilih2 sayur,kami makan lunch siap-siap sebelum bertolak turun.Alhamdulillah perjalanan kali ni dilindungi-Nya selamat sampai ke rumah ibunda tersayang :)








Ayah tengah pilih-pilih yang mana murah..


Strawberi kat pompuan mula tepi lori cendawan goreng tu murah..
2kotak buah besar baru rm18 + percuma 2kotak kecik :)


Danisha tu la ni hari-hari jalan keja ngepow ayah :)~
tengok tu..dia nak ngepow coklat belakang ayah tu..


Lunch sebelum balik..
ada ka pi oder Teh AIS??
dah la time tu angin kuat...sejuk gedi la haha!




Kakak jual sayur berkenan kat danisha..
dia cakap Danisha ni Grand la huhu :)
kakak tu bagi apple kat dia...



Selesai semua..kami dah selamat sampai kat SP dah pun petang tadi hihi
*akan bersambung cuti-cuti malaysia 13hb ni pulak :)


Monday, July 9, 2012

Strawberi cicah coklat!!

Hi semua..
sekarang ni tengah bersakan cuti-cuti Malaysia dengan hubby tercinta & si kecik danisha :) sorry sangat-sangat sebab sekarang ni memang malas sungguh nak update blog hihi.. Ni curi-curi masa sebelum check out jap lagi..lepas tido semalam di Ipoh,main-main di Lost World Tambun..sekarang kami bersiaran dari puncak Cameron Highland!! :)
minggu-minggu seterusnya akan terus sambung vacation SIVC kami.. + alhamdulillah dapat 2 free voucer hotel 3D2N kat Matta Fair,Penang baru ni :)
stop karang panjang-panjang,jom layan picca kami di cameron..
sorry la ye,ni kali pertama update blog try guna iphone hihi..





Lepas check in..siap-siap nak keluar sekali toleh tengok danisha sedap je dah ..zzzzz..
kami lunch dulu sementara nak bagi dia tido jap dulu ..



Memandangkan cuaca pun tak berapa elok..hujan dah mula turun renyai-renyai..
kami cari strawberi farm yang ada anjung boleh makan-makan..
ni kat area Tanah Rata..kampung melayu punya :)




say PEACE!!!




ais krim strawberi tu serius sedap sangat walaupun lepa buat sendiri tau :)
yang strawberi celop coklat tu RM5+RM5, baik beli macam tu lagi untung dari beli yang batang lidi tu 3 ke 4biji harga RM2


~Bharat Tea~ 
Elok kami sampai sini..hujan selebat-lebatnya..
Tak sempat la nak turun pi petik-petik daun tehnya :)







Hujan-hujan layan pulak teh tarik floot kat anjung sambil menikmati panaroma & kena angin sejukkkk...