Saturday, August 27, 2011

Aidil Fitri.. bahangnya sudah dirasai :)


Macammana persiapan raya korang semua?harus la dah siap kot kan..kalau nak bershopping last minit ni buat serabut kepala sebab ramai yang berpusu-pusu la nak setelkan semua benda..
Alhamdulillah,semua persiapan linda dan danisha dah siap.Cukuplah sekadar apa yang ada sekarang.Nak raya sakan pun bukannya seronok sangat sebab tahun ni masih takdak rezeki kami lagi nak beraya dengan hubby..Nampaknya ni tahun ke-2 dan kali ke-3 kami tak dapat raya bersama..linda sentiasa doakan semoga peluang diberi untuk tahun akan datang..insyaallah..

Kemarin pun linda dah beli barang-barang dapur dan ayam yang penting..mujur kebetulan masa linda kat sana,ayam ada promosi..sekilo rm3.69! murah la kan tu..alang-alang beli la 2ekor baru rm15.Abah linda pulak pi beli kat pasar sekor rm18!! sian abah..
Kenapa ayam penting bila raya kami?? sebabnya sudah rutin setiap tahun menu special soto ayam mak linda akan buat.Lepastu raya ke2-3 boleh buat bihun sup pulak..teliur la pulak daku..hihi.. jemputlah ke rumah raya nanti ya!

Rumah linda pun dah mula nak penuh dah.Abang dah sampai 2hari lepas,along bakal menyusul dan akan bertolak dari Batu Pahat petang ni.Semoga Allah swt melindungi & dipermudahkan perjalanan mereka..syukur sebab along last minit cal linda cakap yang dia ubah fikiran nak balik beraya sini.Sekurangnya rasa rindu sedih kami tak terasa sangat di pagi Syawal nanti..


last minit shopping di Queensbay Mall Penang..

Penang gelap gelita..harus hujan lebat jugak sana..

Hujan lebat sepanjang perjalanan..dari rumah sampai penang-balik rumah huhu..
alhamdulillah kami dilindungi..
Keluar shopping dengan si danisha saja.Mujur dia tak banyak songgeh budak ni.
Cuaca pun memanjang hujan tak rasa letih sangat sebab tak panas.


hasil rembatan :)

stok baju bajan danisha la..la..la..la..la

rembat apa yang perlu sahaja..
ongkos terhad bila musim raya ni..

Rasanya cukuplah entry buat kali ini buat tatapan semua.Akan datang menyusul lambat kot maklumla sibuk nak raya ni..semoga kita dipertemu lagi..insyaallah.

Ranjutan kasih dibalut kata,
Senyuman mesra dibalut doa,
Maaf terucap dalam nada,
Menyambut hari nan suci mulia,
Maaf atas segala kesalahan,
Ikhlas dari kami sekeluarga..
Salam Aidil Fitri buat semua


slide video raya versi lagu .. "dari jauh ku pohon"..





slide video raya versi bisu.. :P





Tuesday, August 16, 2011

Inilah Kisahku...



Buat tatapan & renungan bersama di bulan Ramadhan yang mulia ini..semoga Allah terus

memberi petunjuk-Nya kepada kita semua..amin..



Allah Maha Berkuasa untuk mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya kepada yang

dikehendaki-Nya.Hanya dengan petunjuk dan hidayah Allah saja dapat mengubah manusia dan

kehidupannya dari kekufuran kepada keimanan, kemaksiatan kepada ketakwaan, kezaliman

kepada keadilan, kegelapan kepada cahaya kebenaran dan kegelisahan kepada ketenangan

jiwa. Antara seseorang itu mendapat hidayah adalah; dia lahir di dalam keluarga yang

beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana

keluarga.Orang ini agak bernasib baik...



klik bawah ni ya..






Sunday, August 7, 2011

Kembali Kepangkuan...






Syukur alhamdulillah..
sebenarnya linda dah selamat pergi dan pulang dari Ipoh bersama Putih hari Jumaat lepas..pengalaman drive sorang-sorang memang tak syok la.Selalu ada insan tersayang kat tepi dan belakang.Lepas ni ada peluang panjang kaki pulak kot hihi...minta-minta lah Balhaf dock kat Pasir Gudang nanti..boleh la jumpa daddy yang dirindui..insyaallah..

Sangat-sangat rindu sama Putih jugak!..dari 30/6-3/8 berjauhan dengan Putih..semoga Putih sihat sepenuhnya..harini sibuk nak mengservice apa yang patut..lepastu nak test drive kat highway lagi..lepastu boleh la ambil peluang sambung sopin heeeee..

Selamat Berpuasa ya!!



Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan


Dikesempatan ini,dibulan Ramadhan Al Mubarak, linda ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan buat semua pembaca blog ..semoga kalian semua beroleh keberkatan dan rahmat di bulan yang mulia ini.Pesanan linda kepada semua dan diri sendiri ambiklah kesempatan ini utk lebihkan amal ibadat dan buat pahala banyak2.. insyaallah,dan jangan la terlampau membazir bila kita berbuka puasa nanti ya..tak elok utk kesihatan dan juga berdosa kalau kita membazir ni.

Mohon maaf di atas segala salah & silap yang tidak sengaja atau sengaja..

Salam Ramadhan Al Mubarak


Ingat perkara-perkara yang penting di bulan yang mulia ini..
-Puasa
-Sahur
-Berbuka
-Berpuasa dari makan & minum serta perbuatan keji
-Sedekah
-Solat terawih & Qiyamullail
-Lailatul Qadar
-Zakat Fitrah



Tepuk dada, Tanya Iman… Ramadhan is a month of Self-ControL…

Masa berlalu begitu pantas.. Hari demi hari, Ramadhan bakal meninggalkan.. wahai diri… Kuatkan daku dengan kesempatan bulan penuh rahmat ini, bermunajat, membasahi air mata keinsafan dan membasahi lidah kesyukuran, pada sang kasih seluruh alam, ya Rabbi..

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku…