Saturday, August 27, 2011

Aidil Fitri.. bahangnya sudah dirasai :)


Macammana persiapan raya korang semua?harus la dah siap kot kan..kalau nak bershopping last minit ni buat serabut kepala sebab ramai yang berpusu-pusu la nak setelkan semua benda..
Alhamdulillah,semua persiapan linda dan danisha dah siap.Cukuplah sekadar apa yang ada sekarang.Nak raya sakan pun bukannya seronok sangat sebab tahun ni masih takdak rezeki kami lagi nak beraya dengan hubby..Nampaknya ni tahun ke-2 dan kali ke-3 kami tak dapat raya bersama..linda sentiasa doakan semoga peluang diberi untuk tahun akan datang..insyaallah..

Kemarin pun linda dah beli barang-barang dapur dan ayam yang penting..mujur kebetulan masa linda kat sana,ayam ada promosi..sekilo rm3.69! murah la kan tu..alang-alang beli la 2ekor baru rm15.Abah linda pulak pi beli kat pasar sekor rm18!! sian abah..
Kenapa ayam penting bila raya kami?? sebabnya sudah rutin setiap tahun menu special soto ayam mak linda akan buat.Lepastu raya ke2-3 boleh buat bihun sup pulak..teliur la pulak daku..hihi.. jemputlah ke rumah raya nanti ya!

Rumah linda pun dah mula nak penuh dah.Abang dah sampai 2hari lepas,along bakal menyusul dan akan bertolak dari Batu Pahat petang ni.Semoga Allah swt melindungi & dipermudahkan perjalanan mereka..syukur sebab along last minit cal linda cakap yang dia ubah fikiran nak balik beraya sini.Sekurangnya rasa rindu sedih kami tak terasa sangat di pagi Syawal nanti..


last minit shopping di Queensbay Mall Penang..

Penang gelap gelita..harus hujan lebat jugak sana..

Hujan lebat sepanjang perjalanan..dari rumah sampai penang-balik rumah huhu..
alhamdulillah kami dilindungi..
Keluar shopping dengan si danisha saja.Mujur dia tak banyak songgeh budak ni.
Cuaca pun memanjang hujan tak rasa letih sangat sebab tak panas.


hasil rembatan :)

stok baju bajan danisha la..la..la..la..la

rembat apa yang perlu sahaja..
ongkos terhad bila musim raya ni..

Rasanya cukuplah entry buat kali ini buat tatapan semua.Akan datang menyusul lambat kot maklumla sibuk nak raya ni..semoga kita dipertemu lagi..insyaallah.

Ranjutan kasih dibalut kata,
Senyuman mesra dibalut doa,
Maaf terucap dalam nada,
Menyambut hari nan suci mulia,
Maaf atas segala kesalahan,
Ikhlas dari kami sekeluarga..
Salam Aidil Fitri buat semua


slide video raya versi lagu .. "dari jauh ku pohon"..





slide video raya versi bisu.. :P





No comments: