Thursday, February 23, 2012

Sepetang di taman..



Dikau gembira..ibu pun gembira jua..


Hari-hari kami semakin buhsan sejak ayah jauh dilautan..danisha pun dah pandai dan banyak akal la ni.Merap sangat-sangat...bila dia mula buat perangai linda akan ingatkan diri..kalau dia tak merenggek dengan ibu dengan sapa lagi dia nak buat perangai..ayah dah jauh.Hanya ibu tempat dia bersama...sayang danisha!

Petang suatu hari yang lepas bawa danisha main-main kat taman belakang rumah linda saja.Malas nak drive jauh-jauh..danisha la asyik minta ais krim..ais krim.. Mula-mula nak bawa pi kedai tapi teringat taman mainan ni..damai saja lepak kat situ.Orang pun tak ramai..
sambil layan danisha main-main,sambil la menenangkan jiwa..




nasib la kan..terpaksa la main dengan ibu..
kalau tak macam mana nak naik turun kan kekeke~

dah.dah..jom balik...

..Semoga Bersua Lagi..


Danisha rindu ayah..


Miss you ayah...

melayan danisha yang nak pi giant :)


Rimas tengok..
dah panjang kan?..sayang nak potong..ayah pun tak kasi potong..



Sejak seminggu kebelakangan ni danisha sangat-sangat merap..dengan linda dah macam isi dengan kuku..dah tak boleh berenggang langsung walapun duduk dalam satu rumah.Bila datang mood merenggek dia..aduh..macam orang kena histeria.Duk fikir macam mana la kalau ada hal nak keluar rumah..susah nampak gayanya ni..hurmm.. makin susah la ibu nak lari tengok wayang macam ni huhu..

Kadang-kadang tengah linda belek-belek phone dia minta nak tengok gambar ayah.Kadang-kadang tengah main,tengah baring-baring..terkeluar dari mulut danisha

"ayah..ayah..ayah"

..sebak ibu dengar anak ibu macam ni..haruslah dia rindukan ayah.Kalau dulu 2bulan 24jam berkepit dengan ayah,ini tiba-tiba ayah jauh dilautan..4bulan..5bulan..6bulan belum tentu masanya kami berpisah :(
Bila ayah cal cakap dengan danisha..dia akan cakap

"jom balik!..jom balik!.."

Aduhai anak kecil yang dah mula pandai mencari dan merindui ayah..bersabarlah sayang.Semoga tuhan memberi kekuatan kepada kita semua untuk mengharunginya..



Thursday, February 9, 2012

Zoo Melaka :)


Cuti-cuti haritu masa kami stay kat PD..sempat turun zoo melaka buat kali ke-2 nya..kali ni dah nekad nak pusing bagi habis.Sebab yang kali pertama dulu dah sekerat jalan kami patah balik sebab tak tahan cuaca terlalu panas.Kali ni kami gerak awal sikit..target dapat naik train sebelum driver rehat tengahhari tu :) Lagipun linda masih baru nak kuat-kuat..tak berapa boleh nak jalan cargas-cargas sangat..nasib rezeki kami baik aritu..Plan nak ke afamosa pun cancel..takpalah tunda cuti-cuti akan datang pulak..banyak plan akan datang ni hihi..
Sian hubby duk kena homesick lagi atas kapal tu..baru on seminggu lebih dah fikir cuti-cuti :)
sabar ya cayunk!



Jom layan gambar kami kat sana



mek tu muka dah masam..huhu

ayah,senyum sampai telinga..
danisha dah payah nak bergambar


tengah pujuk danisha nak bergambar..









*sigh...rindu mr hubby la :(

gajah ni baik..masa sembur air,dia tak sembur kat orang..dia sembur kat bawah.
linda dah susah hati takut dia sembur..naya saja basah lencun kekeke

danisha tengah standby nak bagi gajah makan tebu

hoyeyyy!!
danisha bagi makan elephant

dah kenyang..jom amik gambar buat kenangan :)

agak-agak yang tanduk dah besar-besar tu dah berapa umoq dia?

ada jugak belang-belang yang ni..
sian saya baru nampak ~

syhhh..yang ni bahaya..jagan kacau

sedapnya tido..

"adoi..lenggohnya kaki.."

ini kes si kura-kura tanggang..hihi

muka ganas tak tahan..
tengok dari jauh pun dah gerun..aweks tu tak gerun ke?kekeke

agak-agak apa dia nak buat tu?
sapalah yang teruk sangat gi buang botol-botol tu kat kandang dia..
binatang tu pun cerdik..kutip pi letak tepi :)~


dah penat

nak balik dah..


Sunday, February 5, 2012

Jalan2 cari Makan 2011 terakhir



Nyummilicioussssss...!!


Harus korang tengah telan air liur menatap gambar ketam di atas kan??kekeke..linda dah lama ngidam nak cari jugak restoran ni.Rasanya tahun lepas kalau tak salah pernah tengok kat tv diaorg pergi makan kat situ.Nampak menu sedap betul..Nampak pulak ada KETAM!!! aduhai..itu memang dah fav nombor satu linda tu..kalau dulu sanggup turun Singgah Selalu kat JB nak makan ketam black papper tu..sekarang dah takyah gi jauh-jauh dah..sebab dah jumpa tempat baru yang terbaik jugak.Memang berbaloi lah makan kat sini..ada yang nak cuba ke??

Ni restoran cina muslim kalau tak salah..betul-betul berhadapan UNIKL kampung baru..haritu kebetulan last trip ke kl kami stay kat hotel Legend (sunway..) sekarang dah tukar nama..dekat sangat-sangat nak pi..serius memang terbaik..

Sebenarnya linda nak makan yang tengok menu kat tv aritu..tapi encik hubby gi oder special oder aritu pulak..layan sajalah..sempat amik gambar ketam saja sebab yg tu first sampai..yg lain sampai kemudian terus tak tahan tengok hahaha! kami oder itik,sayur+tauhu..+sup..nama betul menu tak ingat dah..itik dia masak memang sedap sangat dengan lembut+manis..aduss teringat la pulak.Parah la macam ni! linda makan sampai lincin.lepastu perut bagai nak pecah..aduss..hodoh rupa..kekekeke..

Tapi yang tak bestnya..banyak sangat penjual2 dan peminta sedekah keluar masuk dalam restoran tu..kita nak makan pun naik tensen..sabar sajalah..Yang jual-jual tu warga asing pulak tu..aduhh..dah orang cakap taknak lagi dia duk tanya-tanya.. ~


Tak sempat nak amik banyak gambar restoran tu sebab ... i malu!!!
meja makan biasa ada..nak duduk atas rumah ada..nak duduk bersila atas anjung pun ada..
kami makan bersila..baru syokk :)


sekarang danisha dah boleh harap minta tolong amik gambar..
dia lah yang amik ni..cantik tak??



Macam biasa..last sekali jom layan gambar-gambar anak dara ni :)





.tamat.


Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul & 7th Anniversary :)


Salam Maulidur Rasul semua... :)



Alhamdulillah hari ni jugak 5 Februari 2012,ulangtahun perkahwinan kami yang ke-7..




*taken by danisha :)

I truly..madly..deeply love you and always will


Pejam celik..pejam celik..cepatnya masa berlalu..macam tak percaya dah 7tahun kami kawin.Syukur masih diberi keberkatan walaupun kadang-kadang ada masa kami bergaduh jugak.Di akhir-akhir tahun lepas banyak dugaan yang melanda bahtera kami..dengan kehilangan sesuatu.Namun linda sangat-sangat gembira sebab hubby walaupun tak seromantik lelaki lain dan sangatlah tegas dia tetap seorang yang penyanyang & mahu buat yang terbaik untuk kami..

Terima kasih hubby sebab sempat jugak amik masa untuk cal petang semalam untuk wish anniversary kami..ohhh..rindu hubby lah :(
so jangan lupa ya..7th untuk 7hadiah!! hihi..

Hubby linda dah selamat sign on seri balhaf 31hb disember baru ni di bintulu..semalam kapal dah mula bergerak nak pergi balhaf.. oh..sangat-sangat rindu! danisha pun malam tadi tiba-tiba ketuk-ketuk mainan sambil jerit "ayah..ayah..ayah..".. bikin ibu dengar tiba-tiba nak emo lah danisha ni. Setiap kali dia cakap dengan ayah bila cal, "jom balik..jom balik.." aduh budak ni..ayah baru pergi keja tak sampai seminggu dah ajak balik..
sabar ya sayang..insyaallah ada rezeki kita dapat beraya dgn ayah tahun ni.