Saturday, April 12, 2014

Bercuti di Cameron :)


Entri kali ni cerita kami pi Cameron masa ayah cuti bulan februari lepas.
Cuti hujung minggu sekolah ja pi sebab danisha takyah ponteng.
Lagipun masa tu musim kemarau saja larik bercuti atas sana.Dapat hirup udara segar walaupun sat saja.CH tak boleh pi banyak hari sangat sebab satgi habis idea nak terpa tempat mana.
Mari enjoy beberapa keping gambar masa kami kat sana :)



Dulu dah pernah pi ladang BOH,kali ni kami pi Bharat Tea Valley pulak. Sebab last holiday ke CH pi dah tapi hujan pulak.


Rupanya gayat gila turun bawah ni. Duk seriau tanah batu lincin takut terjatuh. 
Cukuplah takmo turun dah kot kalau pi lagi huhu 
Model macam biasa lah..si kakak danisha.
Adik tido masa ni,so ayah jaga kat atas.


Dengan takut gayat,dengan panas terik kakak tetap cool bila suh jadi model hihihi










Bharat Tea Valley 




Lepas tu kami ke Mardi Cameron Highlands.Kali ni cari tempat menarik yang kami tak pernah sampai lagi.Seronok sikit jalan sebab masa ni pagi lagi. Pagi dengan malam saja pun sejuk.






Sempat lagi main-main dengan adik husna.


Cameron Lavender Garden

Tempat ni menarik dengan pokok-pokok bunga dan hiasan ja pun.Nak masuk bayar..
biasalah mana ada free huhu..





Walaupun dah berdiri atas kerusi dia tetap tak puas hati.
Dia nak terjun duk dalam bunga lavender tu baru puas hati dapat tangkap gambar dekat.
Sabar ya nak,nanti ayah dah kaya kita pi holiday kat obesea..kita pi cari ladang lavender naaa..kekeke





Yang ni tingkat atas pulak


Sibuk nak bergambar dengan pumpkin besaq








The Smokehouse Hotel & Restaurant


Permata hati ibu


Suka tengok gambaq ni..dah macam kat obesea..kwuang kwuang kwuang
perasan jap pun jadilah.



Dah berapa kali duk lalu-lalu jalan depan tu duk berkenan tengok rumah ni.
Ingat nak masuk bergambar.
Lepa buh tali tak bagi orang luar masuk.
Kalau nak menginap atau nak pi makan saja baru boleh masuk.
Maka kami bergambaq kat luar sajalah..sian ibu huhu..



Sekian dulu cerita kami bercuti di Cameron Highlands :)
(*lembab nak loading gambaq..tengok yang mana ada sajalah noo ..)


Thursday, April 10, 2014

Ulangtahun ke 5


# entry ni cerita Disember tahun lepas ya 


Alhamdulillah..anak ibu dah 5tahun (kalau ikut tahun 6tahun sebenarnya) 
Ulangtahun danisha setiap tahun dapat sambut dengan semua sepupu-sepupu dia.
Senang birthday kena masa cuti sekolah hujung tahun ni.Selalu takdak peluang lagi nak buat besar sikit dengan majlis kesyukuran.Kali ni kalut sangat sebab sebelum majlis tu ayah ada kos kat ALAM.Balik kedah terus buat birthday dia sebab esok tu kami nak fly balik Kuching pulak.Insyaallah kalau ada rezeki,bila ada masa yang sesuai ingat nk jugak buat jemput kawan-kawan semua.. :)


 Kek pun last minit baru nak oder.Terima kasih kat kak Rohaida sudi jugak buatkan :)


Danisha yang teruja tengok kek dia.
Dia ni sebenarnya memang suka tengok kek.Kek tu dah melambangkan "birthday" bagi dia. 
Tu yang dia seronok tengok kek.



Yang lain pun seronok jugak.
Tu yang syok dapat sambut birthday danisha masa cuti sekolah dengan sepupu-sepupu dia.
Tengok tu kerumun penuh keliling kek tu.Kita yang seronok tengok bila semua happy.




Adik nak jugak menempek sekeping :)



Kek rainbow pilihan untuk ulangtahun ke 5 ni..
kaler ceria sesuai dengan budak-budak..
Tahun ni kita cuba kek lain pulak ya..insyaallah..

Wednesday, April 9, 2014

Sekian Lamanya



Hai..!!
ada yang rindu kami ke??

Memandangkan ada yang tegur lama tak update blog .. pagi buta ni kebetulan takdak keja boleh lah update sikit. Rasanya saya bukan lagi tuan blog yang tegar dah bila dah beranak dua ni al-maklumlah masa yang ada la ni pun rasa macam tak cukup kaki tangan dah huhu.. 
Rasanya ada lagi benda penting yang perlu dibuat dari mengadap laptop ni. Tapi kalau hp boleh pulak kan?hehehehe.. janganlah marah..ni dah update dah sikit. Kalau nak marah jugak,marah dengan sang pencipta Instagram ye.. banyak gambar dah di update dalam tu sebenarnya :) 



Alhamdulillah kakak danisha pun dah makin besar & makin matang 
& yang paling penting makin rajin dan boleh diharap dah :)
Ni gambar 4bulan yang lepas kalau tak salah.Masa ayah baru sign off.
Kami menghabiskan sisa-sisa voucer kat Royal Chulan.



Syukur kakak danisha pun pandai main & melayan adik. Adik pun sama naik jugak.. 


Tengok tu saja-saja pi menyondol bontot akak dia.
 # hihihi.. pls abaikan bontot seksi tu ye 


Tenyeh-tenyeh muka pulak dah. 
Satgi kakak kentot baru dia tau huhu...



Ni gambar masa adik baru mula meniarap.
La ni dah merangkak,meragas semua boleh dah..Tunggu masa nak boleh jalan ja la ni.


Ok..sekian sudah
entry ni untuk memanaskan jari dulu hihi