Saturday, June 16, 2012

Berakhirnya Penantian Kami




Syukur alhamdulillah..rezeki encik hubby sign off kali ni dekat sikit.Kapal sebenarnya dari balhaf otw ke china..stop anchor jap kat bintulu untuk yang sign on,sign off dan amik bekalan makanan..dapatlah encik hubby balik dari bintulu..yipppie!! walaupun dah conform hari ni 17hb jun turun dari kapal tapi masih duk menanti flight details..takkan tatau kot opis misc ni memang segala macamnya buat kerja lembab..sorry to say benda yang betul kan huhu..semoga semuanya berjalan dengan mudah nanti..

Si comel molek danisha ni awal-awal dah dapat rasa aura kepulangan ayah dia..
sejak cuti sekolah aritu bila dengar jet/heli kat udara jerit-jerit dia 
"ayah! ayah balik.." sian kan huhu

Baru ni bawa naik feri gi penang island
dia nampak kapal2 pun terjerit-jerit macam tu jugak..
nampak pekerja yg pakai safety halmet tu pun jerit "ayah! ayah"
mana dia tau tah ayah dia kerja pakai macam tu..
sabar ya sayang..dah tak lama dah ayah nak sampai..
eeee..tak sabar nak menjemput hubby tercinta lagi dirindui kami :)


Istimewa by Rizalman



Baju Raya by Rizalman!!!
Akan berada di semua cawangan TESCO :)


WOW!! macam agak menarik kan..
samada percaya atau tak percaya korang semua haruslah kena percaya kerana ianya memang benar belaka huhu..
mesti ramai yang berminat jugak nak ngadap Tesco nanti..mana tahu ada yang menawan hati untuk cantik bergaya bersama koleksi baju raya istimewa dari Rizalman ini.
Yang penting sekali harga rekaan beliau adalah HARGA MAMPU MILIK ya uols :)
kalau tak takkan nak jual kat Tesco kan hihi..
Boleh dibeli di semua cawangan TESCO di seluruh negara!! 
Akan mula dijual pada 9hb Julai ni.
Terdapat 12 jenis rekaan yang memiliki unsur-unsur Rizalman pada setiap helaian ..

Jom kita serbu!!!

*Linda pun dah tak sabar nak terpacak awal-awal kat Tesco nanti hehehe..

Friday, June 8, 2012

♥ My Parcel



Penantian berakhir dengan senyuman gembira huhu..
Sepanjang linda duk oder-oder barang dari us,inilah kali pertama & satu-satunya parcel yang menggambarkan betapa tuan ini rajin,tidak lokek dan ikhlas membuat kerjanya..
Seronok dapat bungkusan sendiri yang bayar umpama dapat hadiah dari tercinta kekeke..
Asyik-asyik danisha yang dapat..kali ni melabur sikit untuk ibu pulak :)










taraaaaaaaa.........


Suka sangat baju ni..tambah-tambah pulak ada simbol "ANCHOR" tu kan heeeeeee
Beli online je yang yang mampu..kalau butik kat sini jangan harap la..
lalu depan butik je yang mampu.




Tuesday, June 5, 2012

TeKa TeKi





Tengkolok yang di pakai adalah SAIZ M...
sangat sepadan dgn yang memakainye...
macammana anda nak UBAH tengkolok tu jadi SAIZ L...
haha jawab... :)


Monday, June 4, 2012

Saya Sukakan Buku



Danisha memang sangat-sangat sukakan buku.Sejak dari dia baby lagi linda dah mula belikan buku walaupun masa dia si kecik baby tak tau apa lagi kan.Mungkin sebab danisha macam ayah yang suka membaca dan cepat tangkap sesuatu benda yang dia belajar.Sambil main game/tengok utube pun dia sempat menghafal..contoh macam nama shapes linda tak ajar pun danisha tapi dari game-game yang dia main dia dah hafal sendiri..tengok-tengok dia duk sebut "triangle"..star+love tu memang dia dah tau la ;)
Apa yang linda ajar danisha memang cepat ingat kecuali bab nak menulis huhu..takpe..pelan-pelan ya ibu ajar


Ni cerita masa balik kenduri sabtu lepas.Kami singgah kedai buku Hasani..kebetulan pulak ada sale sempena cuti sekolah.Seronoklah memborong sikit buku untuk danisha.Linda banyak belikan buku aktiviti Pra-school kat dia.Lepas ni nak mula ngajar tulis,lukis & kaler-kaler pulak.Dah boleh jadi cikgu tadika ni heeeeee..





Jom layan sikit picca danisha yg belagak macam dah pandai membaca buku cerita 
^___^