Wednesday, April 28, 2010

17months old!


Dialah penyeri..dialah penghibur duka lara hidup linda.Pejam celik..pejam celik..danisha dah pun setahun 5bulan.Tak keja ni seronok jugak sebab dapat tengok anak membesar depan mata sendiri.Tapi bila time suami linda sign on kapal,jadi buhsan pulak lama-lama terperap kat rumah.Hurm..jadi layan sajalah si kecik ni :)

Danisha dah dapat words baru lagi.. "sedap" dan "pandai" .Haa..la ni kalau time dia makan ja,asyik sebut "sedap.." .Linda cakap la "pandai.." .Dia pun ikut.hihi..Pastu linda ajar sebut "abc".. "aac..aaa..acc.." itu yang dengar dia sebut.Danisha tak pandai sebut "B" lagi.Lagu dah bunyi elok dah..haha! anak ibu..anak ibu ^___^

Sapa tengok cite Bersamamu semalam?kan ada story pasal keluarga susah kat Sungai Petani tu.Ada satu part yang tunjuk anak dia baca & sebut tu..kalau korang tengok tau la..heeee..Danisha dengar ja budak2 tu baca pastu dia tepuk tangan..pastu sebut lak "pandai"..bijak!bijak! *____*




Rutin harian
Aktivit sepah-menyepah! :P


Saturday, April 24, 2010

Kami Kesunyian & Kerinduan

really miss him soooo..much :(

Hari ni hari ke-4 hubby sign on..Baru 4hari ni.Aduyai!! macam mana nak lalui 4-5bulan ni?? Malam ni baru la ada mood sikit nak update blog.Biasa la,bila hubby dah atas kapal linda tak ada cite menarik nak update.Dah le kena terperap kat rumah sebab kereta putih ku belum sampai lagi.Nasib baik ada buah hati pengerang jantung ibu, si danisha..tak lah buhsan sangat dengan telatah dia.

Alhamdulillah..danisha pun tak merap atau buat perangai sangat sejak hubby sign on.Demam pun tak.Malam hari pertama hubby pi,nak tido linda selimut danisha dengan baju ayah dia.Tau apa dia buat?Dia buang..ish ish ish..betuah betul la.Mungkin dia dah faham sikit-sikit mana ayah pergi.

Masa hantar hubby kat airport pun danisha tak teriak.Suruh salam ayah,danisha takmo.Tapi ibu,atok dengan wan dia salam.Mungkin danisha ingat ayah nak bawa pi jugak kot.Nasib baik dia tak nangis time linda nak amik dia dari hubby.Suruh bye..bye ayah pun dia tak buat.Danisha asyik senyum saja masa hantar hubby haritu.Cuma lepas hubby dah masuk boarding,kami pun gerak nak balik..turun tangga tiba-tiba danisha jerit "abah!!" Aduhai anak ibu ni,betul-betul buat ibu jadi sayu la time tu. Terima kasih ya Allah sebab kuatkan dan tabahkan hatiku selalu..



~Gelagat-gelagat Danisha otw balik rumah lepas hantar Ayah...

Mula-mula muka happy je..

Dah mula buhsan..masam..
anak ibu sedih kot..

Mungkin dia hairan kenapa ayah tak ada time balik ni..

Last-last sampai ke bawah..
Sabar ye sayang..
sayang ada ibu..ibu ada sayang..


Tuesday, April 20, 2010

Today is the day ... :(

Hari ni adalah sisa-sisa terakhir kami bersama sebelum hubby naik flight petang ni.Lastly hubby akan sign on Seri Balhaf kat Dubai.Linda setakat ni tak emo lagi sebab dah tahu cuti hubby dah habis,so bila-bila masa je dia boleh sign on kapal bila us visa dah siap.Tapi...jap lagi hantar kat airport bila tengok aksi dua beranak tu..mula lah nak berair mata ni.Bila balik,sampai rumah terus la hujan..sob..sob..sob.. Kena kuatkan semangat.Tak boleh tunjuk sedih kat hubby dengan danisha.Nanti hubby lagi sedih..

Semoga perjalanan hubby selamat semuanya..insyaallah..



Malam terakhir berjimba-jimba dengan ayah..

Sunday, April 18, 2010

Last holiday..maybe??

Good news or sad news???...

Hurmm..kalau bab-bab macam gini untuk wife seafarers memang la berita sedih kan?..
Us visa hubby linda sudah pun selamat siap.So panggilan dari Seri Balhaf sudah mula kedengaran.Cuma panggilan dari opis misc je belum kedengaran lagi..Apapun linda terpaksa lah terima hakikat yang cuti suamiku sudah pun habis sebenarnya.Mulai saat-saat ni kenalah mula kuatkan semangat nak lalui detik-detik perpisahan nanti.Macammana la gelagat dua beranak tu nanti..

13hb-15hb April baru-baru ni,kami turun kl lagi sebab teman hubby amik us visa.Lepas tu dah alang-alang turun kl,hubby terus naik opis dengan buat medical check up sekali.Siang tu linda dgn danisha lepak kat hotel je.Gamak boring kami pi jalan-jalan kat dalam The Mall.Petang tu kami pi Low Yat sebab hubby nak cari speaker nak bawa naik kapal nanti.Linda pun amik kesempatan sekadar usha-usha iPhone 3gs & dslr Nikon..*bee..nanti sign off kapal beli la bg adiah kat honey ye..heee..


Kat playground hentian Tapah..
otw ke KL
Hentian Tapah


Masa untuk mengisi perut sebelum ke Low Yat...

Malam pulak kami ada jemputan dinner kat rumah Izza di Pantai Dalam.Linda kenal izza sejak join friendster sampai lah ke facebook.Danisha pun tak wujud lagi masa linda mula kenal izza.Kami tak pernah jumpa pun lagi.Asyik plan tak menjadi saja.
Linda teringin nak jumpa anak sulung izza..Nurul Irdina Soffiya..comel sangat-sangat.Sejak irdina baby asyik tengok perkembangan dalam friendster dengan facebook saja.Sampailah malam 14hb April 2010..akhirnya kami telah dipertemukan.Ya Allah time tu bila tengok danisha dengan irdina betul-betul macam kakak dengan adik..huhu..

Bergambar dengan sahabatku Izza-baby Miqael-kakak Irdina..
Dinner kat rumah Izza..

^________________^



Buat Izza sekeluarga~ terima kasih banyak-banyak sebab sudi menyambut dan melayan kedatangan kami sekeluarga.semoga hubungan silaturrahim yang kita jalinkan ni terus berkekalan ye..dan moga kita dipertemukan lagi..insyaallah :)

Berdating dengan Suamiku.. *__*


Cerita dah banyak hari dah ni..huhu.. Sibuk sangat sampai nak update blog pun tak menentu.Ni kisah minggu lepas-lepas punya.Dah lama linda tak tengok wayang.Last sekali masa sebelum pregnantkan si danisha.Lama sungguh tu.Hubby ada gak curi-curi sekali kat Melaka tengok wayang sorang-sorang.Dulu masa takdak danisha memang kerap gila masuk kuar wayang.Tambah pulak kalau time hubby tengah cuti.Tak kira mana kami pi, harus tengok wayang.

Sebenarnya dah lama plan dengan hubby nak kuar tengok wayang.Asyik tertunda-tunda last-last nasib baik jadi jugak.Danisha?? Heee.. anak ibu tu kena tinggal dengan atok dia kejap.Kasik la ibu ayah nak berdating jap ye.

Haritu kami tengok cite "Clash of the titans".. Memang la cite tu ngarut gila babas sampai terbabas babas..na'u zubillah!! rosak-rosak! Tapi gambar dalam cite tu memang cantik..

Dah abis,sebelum balik rumah singgah Giant sebab hubby nak beli sustagen dgn vitagen untuk umpan danisha la.Dah tau kang kami sampai rumah,marah la dia kena tinggal..hihi..

Kami kuar dating naik motor je..haha!
belasah jerk..asalkan dapat tengok wayang :P

Monday, April 12, 2010

Hobi Baru Danisha

Haa..kebelakangan ni danisha dah ada hobi baru.Bila dah buhsan..orang tak layan dia..dia mula la buat hobi ni.Senyap-senyap dia pi amik lepas tu dia lari duk diam-diam.Kalau dia diam tu kena jaga-jaga.Banyak benda yang dia buat kalau dia diam.Nak tau apa benda nye??

. Yang paling best sekali lari jauh-jauh..duk sorang-sorang..diam-diam tu tengah buat projek(berak) la! haha~
. Dapat buku ke/majalah ke/suratkhabar ke..
. Diam buat muka tak besalah..macam gambar kat bawah tu.. :P

Hai semua!! ni hobi baru saya..
^_______^

Saturday, April 10, 2010

Daddy dreams.. ^__________^


Pagi kemarin saja gi jalan-jalan kat Tesco lama.Dah lama tak pi sana sejak dah buka Tesco Extra.Ye la Tesco Extra lagi dekat dengan rumah linda.Padahal nak beli ubat gigi danisha je pun..hihi.. Pastu bawa la danisha main-main kejap.Ayah danisha apa lagi,dah nampak "jet"..pantas pi beli token nak bagi danisha naik..

Pasti korang hairan apa la kaitan tajuk entry ni dengan cerita linda ni..kan?kan? kalau tak hairan pun u olls buat-buat je lah hairan..huhu..

Sebenarnya cita-cita hubby linda dulu nak jadi pilot.Dah dapat pun tawaran.Tapi...disebabkan mak dia tak bagi,terpaksa lah impian dikuburkan.. sian hubby linda.Lastly jadi lah marine engineer misc sebab kerja tu mencabar.Takpe bee..janji kerja tu halal untuk sara kita sekeluarga.. :)




Bakal pilot yang popular!! *____*


Monday, April 5, 2010

sunway vacation ~Part 2


Ni kisah sambungan entry lepas.Kali ni pasal vacation kami ke Lagend Water Chalet,PD dari 25hb-27hb Mac.Tempat ni kali ke-2 kami pi.Yang first time dulu linda tengah pregnantkan Danisha 6m+.Sudah la pi bulan ramadhan.Aktiviti tido je lah..hehe..Masa tu kami nak duk Lagend Water Chalet tapi lepa bagi Lagend Resort Suite pulak.So..2nd vacation ni dapatlah lepaskan hajat kami tu.Syokkk..boleh mancing dari anjung bilik.Harga tengah promosi sampai end year ni.Kalau tak harga semalam saja memang mahal.Usha la kat website dia.Tapi kami join Sunway Vacation Club..maka free lah! (tidak la jugak..mula2 join kena la bayar.Dah setel bayar syok la mcm la ni,nak jln best la dpt stay hotel 5star).. huhu ^____^


1st time datang sini kami duk kat Lagend Resort Suite.
Nampak banggunan tinggi belakang linda tu?
haaa..yang tu macam hotel biasa je cuma + dapur yg tak dak peralatan.haha!

Ini bilik yang kami check in.. Lagend Water Chalet..
Dua beranak tu tengah sibuk nak turunkan langsir.. *___*

Ni bilik..


Ni anjung..


Ni bilik air...
best..bath tub ala-ala jaquzi gitu..nak mandi air hujan pun ada gak..
Tu belakang linda lantai nampak air kat bawah.. orang jahat boleh sekodeng la! hahaha
^_________^
Jalan-jalan sekitar blog chalet kami..









Lokasi.. Zoo Melaka..
Masa kami kat PD tak ke mana pun sebab cuaca panas sangat la nak jalan-jalan pun.Cuma hari ke-2 saja gagah pi Melaka.Pastu siort je hubby linda bawa pi zoo.Aiyooo..sudah la panas pastu letih la nak bejalan.Last-last tak sampai separuh zoo dah patah balik dan BALIK.hahaha!


Berpeloh-peloh si danisha time ni.
Memang dia kuat peloh macam pak dia pun.. :P

Tu aksi seisi suai kenal dengan...

hehehehe...

Ish ish ish..apa la yang si danisha cakap kat kuda tu...

Tengok tu..panas teramat panas..
Sang zirafah pun pandai duk bawah bumbung tu..
Ayah ni memang la nak kena "bab..bab" :P


Sekian dulu.... ^____^

Saturday, April 3, 2010

My 1st Award!! ^__________^

Jutaan...ribuan..ratusan.. hehe.. untuk bakal mama yang chomel..Nani (ArianiAizat).. sebab orang yang pertama yang sudik kasik award ni untuk kak linda.Blog yang baru nak menapak,yang tak seberapa meriah sangat ni..ada jugak yang hingin nak kasik award.Kak linda suka ni nani!! hahaha! maklumla 1st award.Ni yang nak kena kasik adiah kat bakal Mommy Nani ni..tunggu si kechik chomel kuar dari peghut dululah..aci ke tak aci?? Heeee..
Ni lah awardnya..
.
.
.

so,what do i do now?
Thank the person that gave you the award:
i just did
Pass this award onto 15 blogger you're recently discovered and think are fantastic:
. kak eina
. gee ryder
.yatt
. lia
. azimah azri
. sofi
. zilot
. adieq zura
. farihin
. innzchubby
.*alamak..i dah tatau la nak add kat sapa lagi..nampak sgt blog i tak glamer..huhu.. aci ek tak cukup 15..
state 7things about you:
. sangat menyanyangi my mini family!.. hubby & danisha..
. seorang ibu yang tabah & sabar nak membesarkn danisha bila hubby jauh di lautan..
. tak penah 1hari/1malam pun tak tido dengan danisha sejak dari dia lahir lagi.. :)
. suka berkawan tapi memula tu agak pendiam la sikit..hehe..
. kuat makan bila hubby di samping kami.. haha..
. hobi kami suka sangat gi cuti-cuti M'sia.Insyaallah nanti-nanti kalau ada rezeki lebih nak terbang lagi jauh pulak :)
. sangat suka berFacebook!! huhu..
Ok..pada sapa-sapa yang ada dalam list linda tu, sila lah amik award yang tak seberapa ni.Sapa-sapa yang nak bagi award kat linda lagilah di alu-alukan.. haha.. gila award ka linda ni :P

Thursday, April 1, 2010

Bila si Ayah bawa kami Sunway Vacation

Ish..blog dah lama tak berupdate ni.Nasib baik tak nampak habuk..Heee...biasala bila si suami tengah cuti ni asyik sibuk memanjang.Berganda-ganda sibuk jadinya.Tak sibuk pun jadi sibuk jugak.

Hubby pulak sebenarnya cuti dah abis.Bila cuti dah abis ni mula la tebiat sedih2 mai.huhu..Tapi..memandangkan us visa hubby still hold lagi,so opis tak berani nak bagi hubby sign on kapal.Ye la sekarang us dah banyak songgeh.Itu tak boleh..ini tak boleh.Opis suh tunggu visa dah siap baru boleh sign on. Horeyyyyyy!!!!!! Tapi...kesian pulak kat hubby.Ye la,bila dah over cuti ni..mula la susah hati.Mana taknya..cuti tak bergaji,ongkos dah mula ciput.Semua benda dah bertukar "no..no..no" huuuuu.. Hubby dah siap plan kalau dalam masa seminggu ni opis masih tak bagi sign on,terpaksalah hubby mula cari keja part time.OMG!!..lagi linda kesian dgn hubby.. *dalam ati rasa mcm nk join hubby keja part time gak le.aci tak aci??..hihihihi

Ok..ok..buka topik len pulak ye..entry ni nak cerita last holiday dengan hubby baru-baru ni.Holiday bertajuk "Sunway Vacation". Dari 21hb-26hb Mac kami berjimba-jimba dengan ayah.Mula-mulanya 21hb-24hb kami stay kat Sunway Resort Suite,Bandar Sunway.Nak jalan2 pun macam tak best la..sebab jauh,pastu transport awam susah sikit..jadinya aktiviti jln2 pun jadi terhad la.Sedih jugak tak dapat jumpa kawan2.Nasib baik la ada Sunway Piramid.heee...

Entry ni linda story masa kami stay kat sunway dulu ye ~21hb-24hb..Jom layannnnn...


Si kecik ni suka sungguh main2..lari sana..lari sini..berjoget2..heeee

tiba-tiba diam... cari-cari..
tengok apa yang danisha buat..
wah..wah..pandainya anak ibu! ^______^


dah boring ibu bawa danisha pusing-pusing kat sunway...


jalan...jalan.. tiba-tiba danisha diam lagi
hahaha! sampai tertido dalam stroller dah rupanya.Patut la diam semacam..

Dah tak larat jalan ibu nak pekena bowling kejap lah..
tengah-tengah main,danisha jaga..terkejut.

Haa.. ibu kasik strike tau!!
mak aii.. kecik-kecik dah pandai.. *____^

Ibu! amik bola ni..
Ya Allah..si kecik ni yang sibuknya time linda main bowling tu.Orang p baling bola.dia pun sibuk berlari ikut belakang linda..hehehe.. Orang nak amik bola,dia pun sibuk nak amik bola..
Tak reti duk diam-diam langsung.Kita yang tengok dia pulak yang letih..huhu..
Nasib baik la linda p main hari Isnin.So takdak orang la.Kalau tak abis semua orang dia nak kacau pe..
atoi.. danisha..danisha..

Aktiviti seterusnya...
Ready to go.....

Yeyyy....!!!

Bila tengok ni teringat dalam cerita Avatar pulak..cantiknya..

Seisi bergambar bersama peminat! hihi..
Danisha diberi peluang jadi host.Uncle tu bagi mikrofon suh dia cakap.. "hai".."hello"..
nak tau apa reaksi danisha?? haa..macam kat dalam gambar tu la..
tersenyum-senyum sambil pegang mikrofon. hahaha!
Pastu linda nak amik balik mikrofon tu danisha macam nak tak nak je lepas.
Anak ibu jangan buat pasal pulak dalam ni.Kang melalak jenuh ibu..heee..



Muka takut dalam seronok.. hehe..


Aktiviti seterusnya...

Bawa danisha bermandi-manda kat swimming sunway..
Ni first time nak bawa danisha gi main air.Sebelum ni tengok bath tub pun dah teriak.
Kalau bagi mandi dalam bath tub memang melalak dia.
Kali ni saja nak ajar dia tak takut dengan air.Siap beli pelampung kat dia lagi..hee..
Dah bawa main air,dia dah mula suka.Hari2 bagi main dalam bath tub..
Punya seronok sangat jangan cakap keluar dari bath tub..keluar dari bilik air pun tak mau.La pulak dah..
Happy time!! ^________^