Monday, November 29, 2010

Idola Kecil ku :))


Tengok lah gelagat anak dara sorang ni.Pantang betul dengar lagu ni.Selalu dalam iklan kan kejap sangat.Ni kebetulan anak2 buah linda dah balik,dalam hp dia ada lagu ni.Kami try test pasang kat si danisha.Macam gini pulak jadinya hahaha..layan sajalah si kecik ni :))


i want nobody..nobody..
but you!



Waktu kejadian : 29 November 2010
Isnin,10 pagi



Saturday, November 27, 2010

Danisha 2Tahun !!



Kenangan Melahirkan Mu...
Ketahuilah setiap duka kami..
hilang semuanya pabila melihat wajah kecilmu itu..


Nur Danisha
28 November 2008 ~1 Hari~


Alhamdulillah..hari ni 28 November 2010,genaplah 2 tahun umur Danisha.Syukur ke hadrat Ilahi dipanjangkan usia untuk kami terus bersama insan tersayang.Semoga anak ibu terus membesar dengan sihat..membesar dengan bijak..dan menjadi anak yang solehah..amin..

Terkenang balik detik2 sampainya waktu nak bersalinkan danisha dulu.Sampaikan linda tak reti nak takut sebab tak tahu nak takut macam mana bersalin nanti.Sudah rasa,sudah kena barulah tahu.Peritnya nak melahirkan seorang anak.Sebab itulah Allah dah menjanjikan tergolong dalam golongan orang mati syahid & tempatnya Syurga Jannah untuk ibu2 yang meninggal dunia melahirkan anak :))

Seminggu sebelum hari melahirkan danisha...
linda dah mula rasa sakit2 pinggang yang kerap.Last medical check up boleh perut buat senak macam nak beranak.Sampai rasa macam nak pitam dibuatnya.Dah la rutin2 hari medical check up linda pi sorang.Time tu hubby tengah buat kos di Terengganu.Alhamdulillah Allah pelihara semuanya.

Malam sebelum melahirkan danisha...
Lepas Insyak rasa sakit pinggang yang melampau.Nak terkencing,terberak semua ada.Masuk toilet tengok2 dah turun tanda..keluar darah sikit.Cepat2 call hubby suruh dia bertolak balik Kedah.Kesian hubby sorang2 drive dari Terengganu.Susah hati jugak linda,sebab asben ni suka ngantok bila drive.Sebab tu selalu pi mana2 linda akan teman dia.Alhamdulillah Allah pelihara kami sekali lagi.. :)

Malam sebelum pi hospital...
Linda sempat mandi dengan bunga Fatimah kot..minum air tu..buat solat sunat,mintak hajat dipermudahkan semuanya.Sempat makan minum dan last sekali dah ready semua,linda sempat baca 3surah dan amalkan baca doa minta mudah bersalin.Sakit cuma sikit2 tapi agak kerap.Sampai dah tak tahu nak tunggu sakit macam mana,dalam pukul 3pagi ajak mak abah linda bertolak ke hospital.Sempat singgah atm dulu..dan sempat menggunyah-ngunyah buah apple huhu

Hari di hospital...
Dekat pukul 4pagi dah selesai daftar semua,linda masuk wad.Masa terbaring atas katil baru lah mula rasa sakit yang amat sakit.Mujur la mak ada di sisi teman linda sepanjang hari tu.Sempat duk fikir lagi..sempat tak hubby linda sampai nak tengok linda beranak danisha secara live ni..tup..tup.. brubbbb.. alamak mak!! apa yang basah ni?? haha lawaknya daku..air ketuban dah pecah la tu.Panggil misi,lepas linda tukar uniform..misi terus tolak masuk bilik bersalin.Masa tu baru la rasa takut ya amat.Jantung berdebar-debar dengan rasa sakit yang tak tertanggung ni.Dengannya si suami tak muncul2 lagi..entah di mana.Mulut ni setiap minit "ya Allah..ya Allah"... punya la takut last2 mintak misi panggil mak linda masuk teman.Syukur masih ada ibu untuk teman.Mak lah baca2 ayat suci..baca2 doa..Terima kasih mak!!

Dah tak tahan untuk menahan lagi..Misi2 pun mai la tolong ajar push2.Bila dah time nak beranak betul2 baru doktor masuk.Alhamdulillah..tengah2 push..nampak wajah suami tercinta sudah selamat ada di sisi linda :)) hubby tolong bagi semangat sambil pegang tangan.Walaupun hubby curi2 keluar sebab rasa nak pitam hihi.Akhirnya dah push..push...seberat 3.45kg,tepat jam 5:49 pagi,hari Jumaat lahirlah si pengerang jantung..buah hati ibu & ayah.. Nur Danisha Binti Muhammad Nukman..

Semoga suatu hari nanti bila Danisha baca semua ni,MENGHARGAI & tahu betapa peritnya ibu nak melahirkan sayang dulu..

Dan untuk hubby tercinta jugak..moga bertambah meghargai diri ini bila dah tengok secara "live" melahirkan buah hati kita itu...


Bila agaknya nak boleh sambut birthday Danisha dengan ayah??..

Boleh buat birthday party kat KFC..
tiup..tiup..lilin dengan ayah & ibu..

Makan-makan KFC sehingga makan pinggan kertas KFC ni..

Eeeee..mesti best kalau dapat semua tu :))

Permata Ibu...

Kesayangan Ayah...


Sunday, November 21, 2010

Salam Aidil Adha :))


Tak terlambat lagi kot linda nak wish Salam Aidil Adha buat semua..Sibuk sikit raya haji ni sebab anak-anak buah ada kat rumah.Dengan buat kenduri akikah lagi.Penat..penat.. Ni baru la ada kesempatan nak buat entry raya haji.. :)

Tahun ni sedih tak sedih pun kena la buat-buat tak sedih :(
Mana tak sedihnya,tahun ni semua hari penting hubby takdak di sisi..Hari Raya Aidil Fitri..Deepavali.. :P ..Aidil Adha..ni minggu depan birthday danisha..dah la 1st birthday danisha dulu pun hubby atas kapal jugak.Sedih..sedih..Dah takmo sedih-sedih..sambung balik entry ni..

Ni linda ada selit-selit gambar kenangan di hari raya :)


Danisha yang cheeky dan notty...
Ayah jangan sedih-sedih atas kapal.Danisha happy sebab ramai kakak di rumah ^___^


Tengok muka si danisha yang dah mula buat perangai sebab dia ngantok..


Danisha sayang ayah!!
Ayah jauh sangat jadi danisha sayang la benda ni..hihi


Danisha tengah geram tengok pepatung..

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua dari linda & danisha,sekeluarga...

^____________^


Wednesday, November 17, 2010

Sudah Jatuh Hati


Alamak aiii..linda sudah jatuh cinta dengan stroller ni.Dulu memang minat tapi disebabkan model yang lama ada kekurangan beberapa function,tu yang tak jadi beli.Tapi kali ni Quinny Zapp baru dah keluar!! "Quinny Zapp Xtra" .Memang puas hati la dengan design kali ni..

Specifications..
Adjsutable Backrest: 3 Positions (Forward Facing) 2 postions (Rear Facing) ~>yg ni paling penting sebab si danisha suka baring & tido..

Age Range: Birth - 4 years
Car Seat Adaptors: Included
Colour: Rebel Red of Rocking Black
Raincover: Included
Reversible Seat: Yes
Shopping Basket: Included ~> yang ni pun penting sebab ibu suka sopin :P




Gambar dari SiKecikComel.blogspot :)


*p/s to my hubby...boleh kot beli yang ni nanti..hihi..ingat dulu dah janji ^________*



Monday, November 15, 2010

Rindu sama Dia


Rindu yang tak boleh diterjemah dengan kata-kata lagi..
Hanya Allah swt yang ketahuinya..
Betapa rindunya saya pada suami tercinta di ketika ini...
Rindu tersangatlah rindu...






i praise Allah for sending me you my love
you found me home and sail with me
and i'm here with you
now let me let you know
you've opened my heart
i always thinking that love was wrong
but everything was changed
when you came along
and there's couple words i want to say...

For the rest of my life
i'll be with you
i'll stay by your side
honest and true
till the end of my time
i'll be loving you
loving you...

For the rest of my life
through days and nights
i'll thank Allah
for open my eyes
now and forever i
i'll be there for you...

i know deep in my heart
i feel so blessed
when i think of you
and i ask Allah to bless all we do
you're my wife and my friend and my strength
and i pray we're together in Jannah
now i found myself
i feel so strong
yes everything was changed
when you came along
i know deep in my heart
and now that you're here
infront of me
i strongly feel love
and i have no doubt
and i'll sing it loud
that i will love you eternally


Saturday, November 13, 2010

Ostrich..


Kembara diteruskan lagi...kali ni destinasi wajib setiap kali hubby linda cuti.Takde kena mengena langsung pun dengan gambar kat entry ni..hihi.. cuba teka!!

Padang Besar!! ni la salah satu tempat wajib dikunjungi.Seronok kalau nak shopping kat situ.Tapi kalau boleh elakkan pi hujung minggu sebab ada penjual yg ambil kesempatan nak naikkan harga.Awas tu ya! Jangan segan silu nak mintak %.Kalau lepa tak bagi jugak,jalan ja buat bodoh.Banyak lagi kedai lain huhu.eh..melalut pulak dah.. :P

Masa otw ke Padang Besar,dah banyak kali duk lalu saja depan ladang Ostrich ni.Tapi tak pernah sampai-sampai.Last-last haritu linda ajak la hubby singgah.Nak tengok reaksi danisha sama.Takut ke seronok..Korang agak-agak macam mana?Teka..teka lagi..

Jeng..Jeng..Jeng..

Tersenyum lebar mek ni..
maksudnya suka la!

Dah tak tentu arah dah..
sana sini dia tunjuk :)



Linda tak perasan kuda-kuda ni..tengok gambar baru perasan :(
tak bawa la danisha tengok..

Ibu: Dah..dah..jom balik!
Danisha: nak tu..nak tu..

Putih nak nyelit gak..huhu
gambar latest Putih..perasan tak apa yg lain??
ajen honda linda cakap hanya ada 1Putih mcm ni kat sungai petani haha!
Teka..teka lagi..kwuang..kwuang :P

Budak ni pandai ja pi belakang nak tido..
ok,dah untuk kali ni..
Sekian dulu...

^______________^


Thursday, November 11, 2010

Danisha vs Satey


Oleh sebab mek danisha ni suka bebeno makan satey,kebetulan ada kat KL lagi..so hubby bawak kami pekena "satey kajang".Tapi sayang betul sebab keenakan satey kajang dah tak sepames namanya lagi huhu..balik tu tercirit-cirit linda :P
Dah takmo pi dah makan satey kajang.Kat pasar malam lagi sedap hihi..



Posing lu sebelum makan.. :)

Kalut dah dia..
"nak..nak"

Ayah nak glamour gak..huhu :P

Nikmat makan satey versi Danisha.. :)

Ish..susah la ada lidi ni..

Aduhhh..sedapnya!!
*walaupun sebenarnya tak sedap mana pun..haha
3,4cucuk jugak la abih kat danisha :)
Lepas makan pau pulak air ayah..


*sorry kualiti gambar tak cantik.Biasa la pakai hp dah tua.. Bee,bila nak dapat iPhone 4 ni?huhu..


Wednesday, November 10, 2010

Kota Keriangan


Ini kisah sambungan cuti-cuti kami dengan ayah baru-baru ni.Sebenarnya sebelum kami gi Singapore,kami ke Genting Highland dengan KL dulu.Masa tu danisha tengah demam teruk.Seminggu sebelum tu dia demam pastu 2hari baik,demam pulak.Kesian anak ibu.Ikutkan hati nak tunda ke Genting sebab nak bagi danisha rehat saja.Tapi memandangkan kawan hubby linda dah book hotel Awana,so terpaksa lah pergi jugak.

Memang tak best langsung jalan-jalan kat Genting sebab danisha demam :(
Ayah janji nanti danisha sihat,time ayah cuti nak bawa pergi lain.Danisha pun berani main2.Boleh la main kat indoor.Meh la layan gambar-gambar tak menarik kami kat sana...


Baru sampai..nak beli tiket..

Muka budak demam yang tak dak mood langsung.. :(



Ibu dukung pun takmo..asyik nak bekepit dengan stroller dia saja


Kena paksa bergambar..hihi


Budak demam yang tak layan langsung sebarang mainan kat sana..
Ini kalau sihat jenuh nak ajak balik :)

Berangan jap konon2 di London..huhu

Cayolah!! hubby akhirnya tertawan jugak naik benda tu..

Dalam hati dah jampi serapah dah tu haha :P


Sunday, November 7, 2010

New STUFF for SALE !!


Kasut dengan dress-dress ni linda belikan untuk Danisha.Tapi sayang tak muat.Kasut tu masa beli tak bawa dia.Main agak je beli.Sama jugak dengan dress2 tu.So,daripada terbiar simpan,linda nak let go.Kalau ada sapa-sapa yang berminat/berkenan bolehlah email linda...

azlin_351@hotmail.com


NEW Clarks size 6 1/2 G
RM100 includes postage







Guess Dress -3y
RM55 includes postage



Minnie Disney Dress
saiz 3y
RM40 includes postage



^__________________^