Friday, October 28, 2011

Sereni & Shentel yg gojes!!


Dah seminggu tak dapat online sebab streamyx buat hal..dapat online tengok sana...tengok sini terjumpa blog ni..WOW!!! sangat-sangat lah gojes!! saja nak buat entry pasal headbands yang cantik ni.Pada penggemar headbands boleh la mula buat tempahan hihi...boleh la buat pakai raya ke...serius cantik kan..ada yang linda bekenan.Ingat nak beli kat danisha..tapi tengok harga terus bukan dua,tiga kali nak fikir-fikir...tapi mau 10kali atau lebih apa haha! takmo celoteh banyak-banyak..meh kita jamu mata apa yang sempat linda upload sikit antara koleksi headbands Sereni & Shentel ni..





Ada jugak koleksi headbands dengan handbag..match kan.. :)



|
|
|
3 yang bawah ni linda bekenan...

comel kan?...


yang ni sangat-sangat cantik kan?..




ni link website headbands tu....




Wednesday, October 19, 2011

Sedap Tak Terkata


Sapa pernah makan "dadih"?? DADIH ya..bukan DADAH huhuhu.. dibuat dari susu lembu yang fresh..Linda memang peminat nombor satu dari kecik-kecik dulu.Kalau 10tahun yang dulu kat sungai petani ni dia buka kiosk bentuk botol susu kat tepi KFC jam besar.Sekarang situ dah lama tutup..yang ada depan IKM..Tapi sayangnya,rasa dah tak sesedap yang 10tahun yang lepas dah.Sapa yang penah makan dari kiosk tepi KFC tu taulah macam mana rasa.Yang sekarang dah hampir nak rasa macam agar-agar susu biasa dah..huhu.. Ketagih punya pasal,kebetulan nak melawat kawan area situ..linda singgah la beli.Si danisha biasalah dah nampak benda depan mata dia mula la bising "nak! nak! nak!"..terpaksa lah stop dulu bagi dia melantak jap..ibu pun nyum nyum jugak la hihi..



Gelagat Danisha Kerana Sedap Tak Terkata..




Kobek sampai terlentok pulak huhu...

Habis sudah...

Korang telan air liur sudah la..hahaha! jangan marah ya..nanti cepat tua tatau..



*p/s~ blog yang linda buat untuk kawan dah siap..kawan linda jual tudung..jemputlah cuci-cuci mata ya! ni link dia :) http://dnayueklusive.blogspot.com/



Monday, October 17, 2011

Payung



Teruja Dengan Payung!!


Sekarang cuaca dah tak menentu..tapi akhir-akhir ni,petang dah mula hujan..
Ni cerita pasal danisha la..kesian sebab tak pernah main payung..
lepastu tambah pulak ada hujan-hujan.Jadi "teruja" pulak dia hihihi..sian anak ibu ni :)

*pssstt..psstt..rasa macam nak tengok wayang "Real Steel"..ada yang nak join??


Friday, October 14, 2011

Buat Renungan Bersama..



Entry kali ini untuk muhasabah diri sendiri dan siapa-siapa yang sudi untuk renung-renungkan diri masing-masing..Semua orang pernah buat kesalahan sama juga diri linda.Tak semestinya nak tunggu raya tiba,baru nak bermaaf-maafan kan..Jadi marilah kita saling memaafkan diri sendiri.Semoga hidup lebih diberkati dan disayangi selalu..Maka maafkan kesalahan diri ini ya..semua itu adalah kekurangan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar :)





Tuesday, October 11, 2011

Having luch with Scha Nur yang cun :)


Salam semua!!
Semalam akhirnya conform jadi kami berdating..wah..kemain susah nak menjadi..kan cik scha?hihi..alang-alang ada benda nak buat kat sana,terus ajak si scha dating.Nasib dia pun ok.Ni plan tak menyempat..kalut-kalut punya plan baru nak menjadi..terima kasih banyak-banyak scha!!
Cik adik manis scha datang dengan adik dia..sian dia..sure jemu duk ngikut kami yang ke hulu ke hilir.Masuk sana..masuk sini..Sempat lunch sama-sama..tapi rasa tak syok la sebab masa betul mencemburui kita kan..Lain kali jangan dah tak sudi dating dengan akak ye :)



cik adik manis Scha Nur..
muka berseri-seri saja.. :)

cik adik manis danisha lepas makan terus pengsan..
mujur bawa stroller..


nak jugak tempek muka tuan punya bolg ni..heeee..



Aksi-Aksi cik mek molek :)





p/s:- Scha..nanti jom dating kat MONrods Kulim pulak ya..hihi :)


Tuesday, October 4, 2011

Kami Kecewa :(


Sebenarnya nak buat entry apa pun takdak idea..tempek la gambar-gambar mana yang ada.Dua tiga hari ni duk pulun amik gambar dengan video sebab hubby suh save bagi kat kawan dia kalau si kawan tu sign on kapal balhaf.Sedia sajalah dulu kan..nanti tak kalut-kalut.

Sekarang Linda tengah sedih sebab baru dapat email dari encik hubby..katanya Seri Balhaf tak masuk dock kat Pasir Gudang.28hb ni masuk dock kat Dubai..owh....sangat-sangatlah kecewa kami sebab tak dapat jumpa :( plan la macam-macam..dengan excitednya ingat linda dengan danisha boleh drive ke sana jumpa insan tercinta lagi dirindui..plan hampa belaka..siort la opis ni..yang dekat taknak bagi masuk..jauh-jauh dihantarnya.Memang kejam!! huhu..betul kan kejam?

Taknak lah celoteh banyak-banyak..meh layan gambar-gambar gedik santai kami dua ye :)


ibu sayang danisha!!
sekarang seronok jalan-jalan dengan dia..ada jugak yang jadi peneman ibu..

love my baby yang dah tak baby dah huhu..tapi tetap baby di hati & di mata ibu! :)
.
.
.
.
.
Teropong apa tu cik adik manis??

cari ayah ke?...sian anak ibu..



habis lampu suluh ayah dibuat mikrofon lah..teropong lah..
melalak-lalak menyanyi lagu apa pun tatau..huhu..


.TaTa.