Wednesday, December 21, 2011

ho..ho..ho..balik Kuching :)


Salam semua...
Entry kali ni berupdate dari Kuching..special ni..terima kasih pada encik hubby sebab sudi renew dan beli prepaid broadband.Tidak lah buhsan sangat.Kali ni kami bercuti lama sikit di Kuching sebab nak sambut krismis & new year + jalan-jalan.Kalau ada rezeki nak terus lajak ke Miri dan Brunei ke heeeeee.. insyaallah kalau diberi kesihatan yang baik..amin..

Sedih bercampur gembira balik kali ni sebab kat rumah mak anak-anak buah penuh cuti sekolah ni.Tak puas stay dengan diaorang semua..terasa rindu betul.Sampaikan ada 2orang anak buah linda teriak tengok linda masuk dalam.Sian diaorg..sabar ya sayang..2minggu je acu balik Kuching..ada rezeki acu turun Johor pulak.. *nak membodek hubby turun singapo lagik..heeeee..boleh ye daddy cayunk.. :)

Kat Kuching sekarang orang tengah sibuk buat persiapan nak sambut krismas..lebih kurang macam raya kita lah..tapi kami pi ziarah sedara-sedara dengan ada makan-makan saja..24hb ni sibuk lah..nak prepare masak-masak pulak..aduhhhh..letinya..heeeeee..ni pertama kali nak merasa beraya kat sini..semoga semuanya berjalan lancar..gambar-gambar kami di sini,nantilah bila balik kedah baru linda update ya..



Aishah..teriak terisak-isak sedih tengok kami nak balik kuching..
nanti rindu kat acu dan danisha katanya... :(

Tengok danisha ni...tak lekang dengan ipod dia..aduhhh..
nak bergambar pun dah tak layan..

game..

game..

game dimana-mana jua..

Ayah borek,anak rintik..(betul ka ni?..)

Gaya rock kunun-kununnya

ibu! ibu! sampai dah..

vroommm..vroommm..

doakan kami selamat pergi dan selamat pulang ya...
insyaallah semoga kita bersua lagi..

bye semua!



Friday, December 16, 2011

Penangan seafood..

Sejak encik hubby balik cuti ni..kali ke berapa tah ni asyik makan seafood..seafood..seafood..
Dari penang,port klang..juru..adoi..linda ni sebenarnya tak boleh melantak seafood banyak-banyak.Kulit alergik pulak.Karang ada yang jadi hulk huhuhu..

Tapi banyak-banyak tempat yang penah pi,kat juru ni lah best sikit sebab buffet..sekali bayar 2,3,4,5-10 kali makan lah sampai perut nak pecah baru benti hahaha! kami dah dua kali makan kat sana dalam 2minggu berturut-turut..hihi..
Selain menu seafood..ada desert ais krim,buah2..rojak,cendol..semua amik buat sendiri saja..syok betol.. ok la kan,2org mkn tak sampai seratus..4org makan baru rm130..
sapa yang suka seafood pi la try :)


gaya budak tak sabar nak makan..

muka kelaparan & keletihan..

udang! udang! udang! yang tu saja dia suka..



sempat amik gambar first round saja..
lain2 round dah makan sampai tak ingat apa dah huhuhu..




nyummy kan?..tu belum desert2 lagik..
saja dengki kasik terliur ~..

*punah la diet ku selama ni...baru 2minggu encik hubby sign off dah 2kilo apa naik ni..

.tara.


Wednesday, December 14, 2011

Bersantai di HRH :)


Fuhhhhhh...
Dah lama betul tak update blog sejak encik hubby balik ni...adat la kan,sapa-sapa pun mesti sibuk dengan plan ke sana ke sini bila si daddy dah pulang cuti.. :)

Kami dah melangkah ke Langkawi,Klang & KL dah pun sebenarnya..tapi asyik sibuk memanjang sampai tak nyempat nak update blog.Ni mengenangkan minggu depan 2minggu nak balik Kuching pulak..baik update sikit :) rasa sepi pulak kat blog kan..ada ke yang tunggu-tunggu?heeee..perasan saja..

ok lah..ni cerita kami yang latest.Bersantai dengan geng-geng hubby kat Hard Rock Penang..enjoy the picca ya!! love uols..




Danisha sekarang dah susah nak bergambar..
dah takdak maknanya "peace!"2 tu..hahaha..
macam tu lah gayanya bila nak bergambar..

Family potrait!!
Ini gambar terindah..sebabnya kami ni susah sangat nak dapat gambar bertiga.
daddy cepat la belikan kaki untuk nikon kita tu..huhu




si comel si comel hari itu..


Danisha teruja!!..

..dengan lampu-lampu ini...

Dinner kami malam tu kat sini la..
makan sambil bersantai gitu :)
Petang dah bersantai kat cafe tepi pantai..makan pizza sambil kena angin sepoi-sepoi huhu..
Pizza memang terbaik kat situ!! sedap dari Pizza Hut tau..


Ni bapak punya combo..nampak saja gambaq kecik..
1pinggan 2orang makan pun termengah-mengah nak perabih hihi..

Sesekali dinner ramai-ramai.. :)
Tokei besaq belanja ni..
Thanks syaket!!..


Danisha yang seronok dapat balon..

Danisha yang ngada-ngada..
memanjang nak ayah dukung..
kecoh.. "angkat!angkat!.."

Memang best lepak kat sini..
dah terkena penangan pizza dia pulak.Hubby siap cakap,pizza dia memang terbaik seluruh dunia..hahaha! ya la tu..
Lepas ni boleh la mengepow encik hubby :)

ok,bye..bye!!

Tuesday, November 29, 2011

Kejutan yg mendebarkan!!


Sejak balhaf anchor kat Fujairah ni..encik hubby naik baloq nak kirim amos.Tapi ok la sebab hubby rajin cal.Last dia cal masa budak-budak nak sign off baru ni..lepastu terus diam 2,3hari..dah la time kita demam..anak pun demam.. tup-tup semalam dapat amos..

"..nanti 1hb dec ni ayg ada suprise kat hny.hny tunggulah barang sampai.nanti 1hb ni hny jangan pi mana tau,nanti org mai umah tak da lak.askum luv u both.."


Itu last email yang linda dapat..setiap kali linda send-send lagi,yang dijawab amos..

"i'm on leave"

Kalau korang apa yang difikirkan?..hehehehe..naluri saya berat mengatakan seperti yang amos katakan..tapi tidak lah mahu menaruh harapan yang tinggi..biarlah kat encik hubby kalau itu yang dia mahu suprise kan..linda hanya doa dan terus berdoa semoga ada berita gembira esok!



ayah jangan buat suprise yang pelik2..haru nanti..

we always miss u daddy!!
kami setia menunggu kepulanganmu..


Sunday, November 27, 2011

Alhamdulillah..dah 3tahun :)


Syukur alhamdulillah...danisha sekarang tengah tak berapa sihat..budak demam ni dah genap 3tahun harini,28 November..kejap saja masa berlalu.Linda masih tak percaya danisha dah 3tahun..Nampaknya ibu dengan ayah dah makin tua la danisha huhuhu...
Tahun ni juga tahun ke-3 danisha sambut tanpa ayah disisi..kesian bila mengenangkan..Harap-harap tahun depan kami ada jodoh bersama ayah pulak..

Ingat nak buat makan-makan macam biasa.Tapi terpaksa tunggu rombongan dari batu pahat sampai dulu la nampak gayanya.Bila ada tentera-tentera dari sana baru seronok sikit..meriah la kan.Kalau ada rezeki lebih boleh la jemput kawan-kawan yang sudi datang.. (:



Gambar-gambar ni sebenarnya masa kami keluar sebelum dia demam..
Takdak gambar baru so linda tempek sajalah gambar ni..







Untuk danisha anak ibu...semoga terus membesar dengan pintar,sihat dan menjadi anak yang solehah dan beriman ya..ibu mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan buatmu selalu..amin..



Saturday, November 26, 2011

Budak Deman Rindu lagi..


Kejadian tengahhari tadi...
Beriya ibu masak awal-awal..danisha pun siap teman ibu masak.Semangat nak bawa danisha pi makan ais krim.Dah siap semua,sempat posing2 lagi dalam keta dengan dia..Elok tengah linda drive tiba-tiba senyap mek ni.Drive baru 5minit tak sampai..danisha dah cakap "ibu..nak susu... nak tido! nak tido!.." pulak dah.. "kita balik tido ok?.." .."taknak..giant ekk.."..
aiyorkkk...aritu beriya ajak makan ais krim..ni nak pi giant pulak dah..haru budak ni..



Ni gambar posing suka-suka kami sebelum bergerak & sebelum dia panas.. :)

sayang danisha!!

sayang mama!..



Gambar kejadian danisha dah demam panas...

please! no mamarazi...huhu


5minit lepas tu..danisha dah pengsan..zzzzzz...linda pun nak letak bantal elok-elok..alamak!! panas pulak badan dia.Demam la pulak..Letih ibu drive sampai sana dia tido + demam panas..alang dah sampai bawa lah dia makan ais krim...

Mungkin dah tak larat sangat,ais krim yang dia suka tu..satu suap pun tak makan.Jangan kata nak makan..pandang dan sentuh sudu pun taknak..sian anak ibu..last-last ibu yang makan semua..nyum..nyum :))

ini muka tetap cool walaupun badan tengah hot..hihi

dok ngorat pakwe kat belakang..

ais krim taknak..dia buat keja lain..nak tau apa dia buat?..

TARAAAAAAAA.....
kekekeke...