Saturday, July 31, 2010

Terapi atau Nafsu??


Tabiat Yang Teruk Lagi Payah Nak Dilupuskan :P






Comel tak baju-baju di atas ni??ngengengengee..

Fuhhhhh...memang parah kalau nampak sana sini ada "SALE" .Ini bukannya nama terapi diri dah.Ni dah jadi habit yang susah linda nak hapuskan.uwaaa..tolong!tolong! SALE silalah pi jauh-jauh dari saya..syuhhh..syuhhhh.. haha :P
Habit ni lagi menjadi sakan dengan ada anak dara pulak tu.Aduhai..macam mana ni?Linda harus stopkan tebiat buruk ni.Semua-semua baju di atas tu linda beli untuk Danisha.Atlist boleh pakai raya nanti..hiiihiii. Ini baru yang order dari us,belum tambah yang dalam facebook lagi.uwaaaa!!parah! parah!
Tapi linda memang nekad sungguh-sungguh.Ini yang terakhir!! Ya Allah,bantuilah hamba-Mu ini.Kuatkan lah keimananku ini.Dan jauhilah segala godaan syaitan dariku.Aminn..



Friday, July 30, 2010

Masa Bergumbira :))

Hari Rabu baru ni saja bawa Danisha jalan-jalan.Mula-mula tu singgah bank kejap.Sian tengok danisha asyik kena tinggal dengan linda saja sebelum ni.Mungkin dah ketagih nak jalan-jalan sampaikan dia asyik main kasut/pakai kasut sapa-sapa pun dalam rumah hihi.. Lepas gi bank otw balik singgah Tesco extra jap.Sebab situ ada tempat main ok la jugak.Cuma bukan free macam kat Giant.



Danisha yang excited dapat jalan-jalan kat luar :)

Kali pertama linda bawa masuk main kat sini,danisha mula-mula tu takut sampaikan teriak.Selalu main mainan token saja.Apa la anak ibu ni.Penakut rupanya..heee

Muka penakut yang takmo main apa langsung mula-mula tu..
(sorry..gambar tak clear sebab goyang..)

Time ni dah ok dah sikit..


Seronok dah..

Happy terus..
^______^



Tuesday, July 27, 2010

Kisah Zeebrugge,Belgium


Saja nak cite pasal perkembangan hubby sikit.Seri Balhaf tengah loading kat port Zeebrugge,Belgium.Kapal sampai situ 26hb Julai.Akan habis loading pagi 28hb Julai.Tengah hari Balhaf akan gerak ke Pyeong Taek,Korea.Pyeong Taek linda dah 2,3kali jugak sampai.Kat situ la selalu borong sutera korea/baju tradisional korea.Kerongsang pun lawa-lawa.Ya la batu korea kan cantik tak sama macam kat sini.Kat Jepun pun ada tapi susah nak cari.Nyesal linda tak beli masa duk kat Nagasaki dulu.Apa kan daya,waktu tidak boleh diputar kembali..

Sambung balik kisah hubby..
Lepas Balhaf masuk Korea,maybe masa otw patah balik ke Malta kapal akan singgah di Singapore.Jangka sampai Singapore awal September.Hubby cakap rasanya kemungkinan besar ramai yang akan sign on & sign off kat situ.Biasa la opis mesti nak save bajet.Eee..sonok la kalau hubby linda pun termasuk dalam list orang yang nak sign off tu.Haritu cakap takmo balik,semalam dah bersungut nak balik huhu.Gara2 dia kena turun engine room sebab ganti sorg yang balik emergency kat Belgium.Leceh la engineer kena duty..sian hubby.sabar ye sayang..


Jom layan gambar2 dari hubby linda.. ^___^


Port Zeebrugge,Belgium



Kapten Tan,Pak tam,Hubby...
Jalan-jalan borong coklat kat Belgium :))

Friday, July 23, 2010

Gara2 Monyet Liar

Sejak akhir-akhir ni banyak betul kelibat kera-kera liar kat kawasan rumah linda.Habis rumah jiran-jiran area rumah linda pun kena serang jugak dengan kera ni.Mana datang pun tatau.Takkan la kera-kera dari Tanjung Bunga,Penang kot.Maklumla taman tu kan banyak betul kera jahat2..huhu.Melampau betul kera-kera ni.Sekarang kan musim buah dengan ayam bertelur(yang ni memang la selalu heee),lagi la kera-kera ni berpesta sakan.Rumah linda memang banyak pokok buah.Jangan kata pokok buah yang ada,segala macam jenis pokok ada.Dari yang boleh makan sampai la yang tak boleh makan.Buah cempedak yang kecik duk balut dengan paper pun dia boleh kebas.Rambutan,manggis jangan la cakap.huh..

Time kita ada kat dapur/bising2 kat dapur dia tak datang.Bila linda duk kat depan/bilik dapur pun jadi sunyi,kera-kera ni mula la mai buat projek.Masalahnya bukan sekor dua yang mai,satu kumpulan ni.Macam baru terlepas dari sarkas.Tak larat nak halau/baling batu dah.Nanti-nanti mai balik.

Satu hari,linda lepak kat bilik pastu turun dapur.Terkejut tengok dah melarat ke tingkap dapur kera ni.Mujur la ada grill kat tingkap tu.Dah tak tahan,esok pagi tu linda buat report kat PERLIHITAN.Cepat jugak lepa respon.Pagi buat report online,lepas zohor diorang datang tengok kawasan.Lusa tu lepa mai pasang sangkar (gambar yang kat bawah tu).



Perangkap Kera PERLIHITAN
-pasang kat belakang rumah sebab kera2 ni selalu mai dari situ.

Nak tau apa yang jadi lepas tu??
Betul la linda cakap kera2 ni memang cerdik walaupun tak sekolah.Tengah hari orang PERLIHITAN mai pasang perangkap tu,petang dah kena sekor.Esok pagi tu abis semua kera2 tu datang nak selamatkan kawan yang terperangkap ni.Ya Allah..riuh rendah satu kampung.Ayah linda cakap tu ketua gengster kera mai bawa ahli2 nak korek tanah.Last2 terlepas la kera yang terperangkap tu.Lepas haritu tak nampak dah sekor pun.Serik kot.Ataupun takut kena tembak pulak ka lepas ni.Ish tak leh jadi ni..geram betul la.Macam mana pulak nak buat lepas ni??

Saturday, July 17, 2010

Need You Now

Bila perasaan rindu yang semakin menjadi-jadi,lagu ni lagi menjadi syahdu bila dengar.Ni lagu fav linda bila rasa rindu kat hubby.Mesti layan lagu ni.Sebenarnya linda memang teramatlah merindui hubby di saat ni..rindu sangat-sangat..

*Macam tau-tau pulak hubby linda ni yang bini dia tengah rindu..tengah fikir kan dia.Tadi baru je dapat satelit call dari hubby.Cukup lah sekadar 15minit untuk melepaskan rindu.Thanks bee.We miss u terribly..

Tuesday, July 13, 2010

Dilanda Keresahan :(


"Seri Balhaf" kapal ni lah yang hubby linda sign on.Semalam Balhaf dah masuk port Sabine Pass,USA.Tapi pagi ni baru running cargo.Lepas ni kapal nak hantar kargo kat India pulak.Apa kaitannya dengan tajuk entry kali ni?hatiku mula gusar ni.Resah!Resah! Takut hubby takmo balik beraya dengan kami..sedih la.. :(

Kesnya..hujung tahun ni dah tak dapat bonus.Ongkos kena kumpul betul-betul la.Hubby dah susah hati kalau sign off tak cukup duit macam mana nanti.Cuti dah la tak bergaji.Linda pun mula susah hati.Harus berjimat-cermat lepas ni.No more online shopping okie! Internet dengan Facebook ni memang nyusahkan nafsu orang la..wajib tahan nafsu.Cukup-cukup lah shopin selama nih..

Doakan semoga hubby linda dimurahkan rezeki selalu dan dapat balik beraya dengan kami sekeluarga ya..Aidil Fitri tanpa insan tersayang di sisi amatlah tidak bermakna sekali..



Kenangan Aidil Fitri dengan hubby & danisha..

Saturday, July 3, 2010

Play time... ^____^

Kalau ada ayah boleh la selalu bawa danisha pi main.Ibu ni sekali sekala ok la.Sebab dah lama tak bawa danisha pi main,petang kemarin dulu linda bawa la pi main kat Giant.Situ ja pun kat SP ni yang percuma.Nasib la budak-budak tak ramai.Tidak situ selalu ja full.Maklumla benda kalau dah free semua orang suka.Betul tak?hihihi


Naik Bob the builder

I'm flying without you...



Penat main..pekena vitagen less sugar dulu.
Fav danisha tu..
kalau nak vitagen dia dah pandai pi tunjuk peti sejuk :)


Merindui kasih Ayah

Danisha mungkin saat ni terlalu merindui kasih seorang ayah di sisi.Mungkin dia tak mengerti semuanya tapi perasaan seorang anak yang merindui seorang ayah dapat linda rasakan.sabar ya sayang...

Boleh dikatakan setiap hari danisha asyik sebut "abah..abah..".Kadang-kadang tengah dia main terkeluar "abah".Kalau kat tok wan,danisha memang dari dulu panggil "abah".Mungkin danisha fikir dia ada dua orang ayah.Linda tegur,tu tok wan bukan ayah.Dia tetap gak panggil "bah/abah".Tapi kalau ayah danisha dah balik cuti,memang tok wan dah tak layan.Kejam anak ibu ni.Ayah ada dah sombong dengan tok wan,ayah takdak tahu pulak nak merap dengan tok wan ya.Kadang-kadang takut jugak ayah linda kecik hati sebab cucu dah tak layan dia bila hubby linda balik.Tapi apa boleh buat kan,dah rindu seorang anak.Bila ayah ada macam tu la jadinya.




Danisha tengah berusaha nak on kamera nak tengok gambar :)