Sunday, January 30, 2011

Di suatu petang...


Petang kemarin menggagahkan diri keluar pi cuci Putih.Dah lama dia tak mandi,kotor sangat.Tak pernah linda pi cuci Putih petang-petang.Ni kira kali pertama la.Tempat cuci D'Nas kot nama dia kalau tak salah.Buka dari 9pagi-9malam.Haritu 2kali rajin gak linda basuh sendiri.Tapi disebabkan malas dah,cuci kedai sajalah.Tempat cuci tu pun dekat saja dengan rumah.Dalam 5minit dah sampai.Memang dah selalu bawa kat situ sebab tempat luas dan selesa.Lagipun niat nak tolong bangsa kita sendiri tak salah kan.Pakcik tu memang dah kenal linda dengan hubby.Kami ni pelanggan tetap dia :)



Tengok danisha ni..sibuk nak mengemas kerusi


Sibuk mengusung buku kaler dia..


Minum susu pun malas nak pegang.Dia letak atas meja..huhu


Perasan tak apa yang pelik??
cuba tenung-tenung...

kaki arnab tu cacat la!! hahaha..
dah jadi macam kaki kangaroo pulak dah :P



.sekian dulu.




Saturday, January 29, 2011

Misteri Terjawab


Inilah yang dipanggil "suprise sudah tak menjadi suprise lagi"..huhu.Semua ni gara-gara hubby la.Konon mula-mula takmo bagitau.Mungkin dah tak tertahan kot,dia sendiri yang bagitau.Tak pulak linda duk desak-desak/tanya-tanya.heeeee..sebenarnya banyak gambar yang hubby send mms masa dia nak beli.Linda duk sangka yang lain,tapi yang lain pulak.Apapun linda tetap suka apa yang mr.hubby belikan.Rezeki jangan ditolak.Ini ganjaran sebab handbag lama danisha dah conteng dengan pen..terima kasih sayang :))


.taraaaaa.

*ada yg kisah ke entry2 bwekk saya ini??ada saya kisah..kekeke..ini blog saya..saya punya memori indah yg akan tercatat disini..maaf ye kalau iya membwekk kan anda :))


Friday, January 28, 2011

Bahana SALE! SALE! SALE!


Aduhhh..elaun bulan-bulan deras saja mengalir huhu.. Mana taknya sale tak habis-habis ni.Sana sini SALE! SALE! SALE! Lepastu pulak satu-satu website macam berlawan haha! Sini add 20%,sana add 25%,sinun add 30%..ada % dan free shipping lah.Harus bagaimana ceq nak benti.Nak katup mata pun dah tak boleh ni.Parah..parah..dan lebih parah bila ceq saja-saja bodek mr.hubby "hny geram la tengok sana sini ada sale.tapi duit takdak...hny order nanti ayg bayar boleh?" mr.hubby balas "takpalah..hny order nanti ayg bayarkan" wow!! jangan ditolak tuah yang datang bergolek.Kalau sekali mr.hubby dah cakap macam tu,jgn toleh belakang dah.Nanti takut dia ubah fikiran.

Terima kasih banyak-banyak ya cayunk.Alah bukan selalu pun kan hny mintak.Rasanya ni baru kali pertama.Sebelum ni semua hny yg beli sendiri.Ini kira hadiah anniversary dgn birthday hny la..boleh2? We love u sooooo much!! ^_____^







Melampau gilos hihi..ada lagi ke ni??parah..parah..
harus balik mr.hubby garu kepala


Tuesday, January 25, 2011

suka..suka..suka!!


Di sebabkan tak boleh tido dari pukul 3pagi tadi,update 2entry sekaligus.Itu dinamakan "bila mood saya sudah rajin"..heee.. Lepas eletrik dah sembuh,dapat email dari hubby.Insyaallah hubby sign off sebelum 15hb Feb ni.Sabar2 puan linda..sekejap saja lagi.Tahun ni boleh sambut bersama anniversary ke-6 + birthday linda + birthday hubby..yeyyy!! banyak hadiah ni.syok2.. insyaallah doakan dimakbulkan berita ini ya..amin

Bawah ni selit-selit sikit aktiviti di rumah bersama danisha.Layan sajalah mek ni.Kesian pulak asyik terkurung saja.Bila bagi main kat luar macam arnab berlari berkejaran jadinya.Kucing liar lintas pun dia kejar lintang pukang haha!


yiieeehaaa!!
dah ready..jom serang!!

eeee...geram!
dah tak tentu arah

pelik danisha ni..
orang main bubbles kejar2..tangkap2..
dia nak kutip kat rumput pulak dah..
aduhai anak ku

ini lah dinamakan sambil main sambil gatai2 tangan huhu..


Kejap je habis..dahaga sungguh :)


Cahaya Lilin


Tengah syok-syok mengarang email kat hubby..tup tup.. gelap gelita.Ingatnya rumah ni saja yang kena.Sebab haritu ibu api rumah ada masalah sikit.Tapi haritu ayah linda dah tengok.Ok dah kot..ayah linda ni macam TNB dan tukang Paip.Kawasan ni memang pames la ayah linda.So nanti nak masuk rumah senang la sikit..ayah sendiri ada kebolehan elektrik dgn paip2..FIL pulak ada kemahiran tukang rumah :)) Haritu rumah linda jadi macam elektrik tak cukup.Bilik linda la yang selalu jadi mangsa sebab bilik ni yang banyak guna elektrik..aircond lah,laptop lah,tv lah,player lah..etc.. huhuhu!

Kesian kami dua beranak dalam gelap gelita.Dengan lampu suluh takdak.Mujur ada hp heeee..heret la mek tu ke dapur nak cari lilin.Nasib danisha tak teriak masa gelap gelita tu.Berani jugak la mek ni.Elok dah nyalakan lilin,ayah linda balik dari masjid beli lilin.Dia ingat takdak lilin kat rumah.Ayah linda cakap 1 kampung tak dak api.Bergelap gelita lah kami sekampung malam tadi.. ^____^






Saturday, January 22, 2011

ATM tahan 7 LANUN Somalia


Sangat takut kan bila dengar berita macam ni?Tambah pulak kepada kita bini-bini/keluarga orang kapal..Hanya mampu mendoakan sentiasa semoga Allah swt terus melindungi orang yang kita sayangi di tengah lautan sana..amin...

Sebenarnya berita ni linda dah tahu awal lagi dari hubby.Hubby ada send email..tapi dia suh rahsiakan..syhhh... sekarang dah masuk news boleh la kepoh kot..

Dari cerita hubby linda..
Kapal MT Bunga Laurel ni,sebenarnya bersaing sama-sama dengan kapal hubby (Seri Balhaf) masa lalu Teluk Aden.Masing-masing navy dah hantarkan PASKAL naik kat kapal.Lepas dah melepasi area hangat lanun tu,geng PASKAL ni pun turun la nak balik ke kapal TLDM lepa. Kapal hubby yang gah besar ni pecut la dulu meniggalkan MT Bunga Laurel (MTBL) yang kecik chomel di belakang.
tub..tub..dapat pangilan kecemasan dari hamba allah yg sedang bertugas dari MTBL minta pertolongan sebab lepa dah panik tatau nak buat apa.Lanun dah serang kapal MTBL. Seri B hanya mampu bagi cadangan sembunyi dalam bilik kebal sementara nak tunggu TLDM datang. Syukur alhamdulillah kapal navy masih tak jauh,dapat lah Seri B buat panggilan kecemasan minta bantuan navy ke MTBL. Cepat tak cepat pun 2jam jugak la..
hubby cerita,semua officer di Seri B berkumpul dengar radio di bridge.Linda dah dapat bayangkan masa tu masing-masing mesti cemas..takut kan? Linda ni lagi la,kejap2 bukak email.Duk tunggu2 berita dari hubby..Syukur Seri B tak kena serang lanun.Kalau tak linda terus suruh hubby resign.patut ka? sure la risau kan..kita ni wife dia..

Semoga Allah swt terus kuatkan semangat krew2 MTBL dan ahli2 keluarga mereka..selamatkan perjalanan mereka sehingga kembali ke Malaysia..amin..


Dari sumber BH...
Berita Harian Online | ATM tahan tujuh lanun Somalia


Tuesday, January 18, 2011

Sibuk tapi Gembira !!


Pagi tadi ada hal nak dibuat kat luar, maka terpaksa la mengangkut budak ni sekali.Mak linda dah 2minggu kat Bukit Beruntung..susah betul la bila mak takdak ni.Susah nak jalan2..susah nak tengok wayang haha! Macam mana la nak pindah masuk rumah sendiri nanti ni?kekeke..

Tengah kat kedai nak faxs tiba-tiba danisha cakap "BERAK!!" sambil tunjuk seluar dia.Lepas tu dia cakap "BUCUK.." sambil buat bau busuk..haha! aduhai anak ku sayang.. Baru plan lepas setel semua nak pi Giant.Nak cari barang dan bagi dia main2 kejap.Sudah la diaper bag dia pun tak bawak.Check-check dalam keta,mujur ada 1 spare pampers.Alang-alang dah keluar kesian pulak tak bawa dia main-main.Terpaksa lah menyanggupkan diri nak basuh poo dia kat toilet Giant tu.Mujur orang takdak.Toilet pun bersih dan selesa.Cuma takdak tempat salin diaper la..Macam-macam la danisha ni :))


Buat tatapan peminat yang merindui kami..

cun tak saya??


Baru masuk keta tak gerak lagi pun..dh sepah2 mainan dia..
Beli sebab nak umpan duk diam dalam troli..
budak ni kaki paww la huhu..


Baru lepas cuci poo..
tak senonoh betul anak dara ni..huhu



budak tengah seronok dapat main ^__^
.sekian dulu.



Monday, January 10, 2011

Our Pretty girl :)




Syukur alhamdulillah.. Danisha dah pun 2tahun 1bulan lebih.Macam-macam akal dah dapat. Kebelakangan ni suka berkepit dengan buku dan colour pencil.Dia pun dah kenal gambar2 dalam buku tu.Dah pandai ngadu bila sakit dan gatal.Lepas ni bahaya la kalau ibu babab danisha pi ngadu kat ayah huhu :P Biasa la kan..ibu babab2 manja kat anak :) .Bangun pagi,celik2 mata..teriak tarik tangan linda "buka..buka".. apa kebenda la mek ni.Rupanya suh buka tv.Dia nak tengok Hi5 dengan katon2 seangkatannya huhu .Dah habis tu.. "mandi..mandi" sambil duk selak baju nak suh bukak..kekeke


Rambut pun dah panjang..
rambut depan usah cakap la.Susah betul nak potong la ni.Dulu boleh la umpan macam2.Sekarang dah cerdik apa pun tak makan saman..
Bila kita buh sepit,dia tarik..
Bila ikat tocang,dia p buka habis..siap pi simpan getah dengan sepit tu..
Dendan rambut ni pun tak sampai 1/2jam,tengok2 habis bukak semua..
aduhai anak :)


.sekian.


Saturday, January 8, 2011

Lagi-lagi R.i.N.D.U


Dah tengah pagi buta mata masih tak boleh lelap lagi ni.Linda ni susah sangat nak tido awal kalau paling lewat pukul 12 tak tido lagi huhu..Bila dah tak boleh tido layan la gambar-gambar lama.Suka tengok gambar danisha masa zaman bayi.Dia sangatlah comel! *sendiri masuk lift dan sendiri tekan ya!! haha :P Lepas duk selak2 gambar lama,tengok pulak gambar hubby..terus teRINDU.Mula la nak layan perasaan tangah pagi buta ni.Update la blog walaupun entry yang tak seberapa ni.

Tup..tup..dapat pulak mms dari hubby cakap hp ada line sampai esok.Disuruhnya linda kirim mms dengan video banyak2.Bila dapat line macam tu la keja linda selama ni huhu..Rasanya Seri Balhaf tengah anchor kejap kat area Port Said kot sebelum gerak semula nak lalu Suez dan anchor di Fujairah..Kalau hubby dapat balik kat Suez..bestnya! Tak nak lah mengharap sangat.Takut jadi macam trip lepas pulak..ok lah.Meh layan gambar sikit =)


R.i.N.D.U masa danisha baby2 dulu..
danisha boleh tak jadi baby ibu balik?hihi :))


R.i.N.D.U pada hubby...


R.i.N.D.U nak berdating dengan hubby.. :(


Thursday, January 6, 2011

Permata hati & Amanah


Sejak kebelakangan ni asyik stress saja.Bukannya pasal danisha dengan hubby pun.Cuma sebab amanah yang orang berikan.Betul cakap orang..susah nak jaga anak dara zaman sekarang ni..

Takmo lah cerita panjang-panjang..macam tak baik pulak.Linda harap apa yang dia dah buat selama ada kat sini..apa yang dia dh buat membelakangkan kami dan linda,moga dijadikan pengajaran dan jgn memusuhi kami.Marah dan teguran itu tandanya kami sayang dan ambil peduli..betul kan? :) Linda pun takmo dah stress2..kemarin keluar la kejap nak mencari ketenangan balik...Doakan Allah swt sentiasa tunjuk jalan yang benar kepada kami..amin


Jom hilangkan stress tengok gambar Permata Hati kami ni.. :))


cak semua!!








Tengok danisha ni..SUPERaktif sungguh2.
Complete semua dgn kepala hangin kus-kus.. huhu :P
Turun habis dari ayah dia la tu..

Ayah cepat balik tau..sian ibu dah stress sangat2..
Nanti bawa kami gi holiday ya ^___*


*Seri Balhaf otw ke Fujairah utk anchor.Tadi dah area Gibraltar menuju ke Suez.Sudah boleh mula berkira2 hubby sign off kot..harapnya hubby sign off dlm masa terdekat ni la..amin