Friday, August 28, 2009

Dah 9 Bulan!!


Pantas masa berlalu..pejam celik pejam celik si Danisha dah masuk 9bulan.Macam-macam ragam dan karenah si kecik ni.Bila tengok Danisha macam tak pecaya dia dah besar.Dah pandai macam-macam.Seronak la main time umur cam gini.Tapi fuhhh..memang penat teramat sekali melayannya.Apapun alhamdulillah..kami dikurniakan cahaya mata yang paling berharga di dunia ini.Syukur jugak danisha membesar dengan sihat.Danisha lah segalanya buat ayah dan ibu.Moga membesar dengan pintar dan solehah ye sayang...



Danisha yang ceria & mencuitkan ati !!


Sunday, August 23, 2009

Danisha dengan "Lamaze" nya!

Lamaze ni hadiah dari kak Norli.Dah lama aku simpan.Ye la,si Danisha tak reti main gi masa tu.Hadiah ni masih tersimpan elok dalam kotak.Bukannya apa,sejak akhir-akhir ni aku perati si Danisha dah mula pandai ketuk2.Tu pasal tergerak hati nak buka bagi dia main.Terhibur pulak tengok si kecik ni x-cited main "lamaze" tu.Tapi lastly yang terlebih x-cited mainnya si daddy pulak dah.hihihi~

Masa mula-mula dapat main "lamaze"
Ni yang sempat aku record Danisha main "lamaze" tu..hehehe.Chomel sungguh :)

video

Friday, August 14, 2009

Our Blossom Day!

Beberapa minggu ni amatlah sibuk sekali.Bukannya sibuk apa pun,cuma..sibuk berjalan-jalan je.hihihi~ Sampai dah takde mood nak update blog.Mana taknya..sejak hubby ku sign off ni, dia je yang dok ngadap tenet.Huhh..! Kejanya berangan! berangan! (tgk website mudah dgn lelong la!) Tak bagi peluang langsung kat bini dia ni.Ni pun aku update tengah2 pagi buta.Bee dengan danisha tengah best dok tido.Yang bee tu siap berdengkur2!! Segala macam bunyi ada nih.Macam2 ringtone dibuatnya! hahaha~

*p/s:Bee jangan marah ye!

Tapi sekarang ni danisha dah lali dengan dengkur daddy dia tu.Time baby2 dulu mau terkejut2 jugak si danisha ni tido.Last2 bee kena sepuk la dengan aku..hik hik hik~ sian bee :) ..

Jom tengok mana kami pi selama nih.Keja jalan ja kan..dah tak de keja memasing,jalan je lah..Tapi boleh dikatakan setiap hari jalannya.Bestnya tak keja..hahaha~

Ni masa balik kampung (Kota Kuala Muda).Melepak2 tepi pantai.Belakang rumah atok je pun.Kalau cuaca elok,boleh nampak Pulau Pinang dengan komtar kat belakang tu.Sekarang musim ribut,nelayan tak turun ke laut."Ombak jahat!Ombak jahat!" Tapi best oOoo kampungku..Si kecik tu bukan main seronok kena angin sepoi2.hihihi~ Semuanya dalam kenangan :)



Ni pulak kat Jeti Merbok.Asalnya petang tu nak pi pasar malam.Tapi ntah kenapa tetiba je bee ajak pi situ pulak.Dah la masa tu perut tengah lapo.Sampai sana lalu depan kedai makan,bee cakap amik bau ja.Adei! teruk toi bee ni.Bukan apa,time tu dah nak maghrib.Kalut nak balik la.Kan waktu senja ni tak elok untuk budak2 kecik.. :)




Ni aktiviti biasa la.. "jalan-jalan cari makan"! huhuhu~ Bee nak bawa aku pi makan "char keow teow Kee" di Seberang Jaya.Pusing punya pusing..tengok2 tak buka pulak.Mungkin buka malam saja kot.Penat sunggoh! Dah la mai jejauh,tutup pulak tu.Last2 pi Jusco Perda pekena di Secret Recipe. huh!~ Tapi ok la..sedappp!


Ada lagi ni aktiviti "jalan-jalan cari makan" kami. hihihi~ Kali ni kami nak pekena "tosei" di Kepala Batas.Dah lama aku ngidam ni, akhirnya dapat jugak.Ni makanan fav aku ni.Time ngandung dulu lagi sakan pulun.Sib baik ada rumah kakak kat area tu. hihihi~ Tapi bukan nak promot ni..banyak2 tosei yg aku dok pi makan,kat sini lah tosei yang paling sedappp! Aiyorkk! dah terliur plak.waaa..kena p pekena lagi ni. huhuhu~ :)

Ada cita best time ni.Kami buat temujanji nak makan sama2 dengan kakak aku anak beranak.Last2 kami yang sampai dulu kat kedai tu.Kami pun masuk & order.Ingatnya dah rumah lepa dekat kedai,cepat la sampai. Tup..Tup.. alamak dah nak abis makan tak nampak rupa lagi. Dah habis,tak larat nak tunggu..bee bayar kami tunggu di luar kedai.Dekat 10minit jugak la..baru nampak kelibat.Adei! adei! Apa kes ni org jauh sampai dulu,dah siap makan plak tu.. hahaha~
Dengan muka selamber nye..belakon cam tak penah mai makan tadi,kami pun serbu untuk second round plak.Caiyork la! ibu dapat makan tosei untuk kedua kalinya pulak! ke ke ke~ :)



Dah takde keja dah..tak larat nak perah ide pagi-pagi buta ni.Korang layan la gambar si kecik Danisha ni ye.Tengok aksi2 comel danisha buat menghibur hati semua.. :)



Kelas driving dengan daddy! ~


Majlis akad nikah & kenduri sebelah pengantin perempuan.

Tahniah buat sahabat bee (Syaqeer) yang dah selamat di ijab kabulkan! Kami doakan kebahgiaan buat kalian..
:)

*p/s: untuk si Nabil & Feimau- korang punya turn bila lagi?tak elok simpan lama2. hihihi~
*p/s: izzatie- walaupun pertemuan yg cuma seketika, bisa membuahkan sebuah persahabatan.Harap2 kita dpt bertemu lagi ya! :)

Saturday, August 8, 2009

Minat Sarawak Native Craft??


Ada sape2 yang berminat dengan hasil kraf Sarawak?Atau berminat nak dapatkannya??
jeng jeng jeng~
Memandangkan ibu mertuaku made in Kuching,Sarawak..dengan kerjasama beliau,kami ingin mengkomersialkan hasil2 kraf tangan yang di buat sendiri oleh beliau.
Maka di sini saya ingin memperkenalkan satu lagi blog bisnes baru kami..
Jangan segan silu untuk ziarah & selamat men jamu2 mata ye.. :)
Segala kerjasama kalian semua amatlah dihargai.

Monday, August 3, 2009

k.a.m.i VS robot

Hari ni bee punya projek gi polish keta abah.Disebabkan dia dah janji sebelum naik kapal dulu,so balik nih bee pun tunaikan le janjinya.Nak polish nih lama toi..kira-kira 2jam.Aku dengan lil Danisha malas nak ikut.Kang mesti boring giler.

*Mesti korang hairan,gambar nih takde kaitan langsung pun dengan keta yang di polish kan? hahaha~
sabar-sabar ye..

Sejam kemudian tetiba bee call.hahaha~ aku suda tau.Bee mesti boring la tu.Kesian plak kat bee nak tunggu siap lama lagi.Aku pun p la amik bee.Kami g jalan-jalan jap.Memandangkan tempat ni bee tak penah p lagi.Aku pun baru je sekali p.Korang nak tau ke tempat pe?relex lu..nanti korang tau le..hehe~



Saja mau test menu kat tempat nih.Masuk-masuk mata terpandang robot ni.Apa lagi...sempat lagik aku dengan bee snap-snap duluk.Memula tu bee tak nak bergambar.Dia malu! Aku tak kira malu dah.Bukan senang nak jumpa benda alah nih.Lastly bee pun nak join jugak.Tengok tu,dia yang lebih-lebihnya posing..hihi~


Just both of us..

Sian Danisha,dah 2 hari kena tinggal dengan atok.Nanti ibu ayah bawa Danisha jalan-jalan ye sayang.



Service diorg boleh tahan lambat jugak.Padahal takdak orang pun.Tengok tu muker bee yang boring menunggu ordernye..hik hik hik~



Jeng jeng jeng..ni lah tempat kami makan.Saja nak ngalas perut sementara nak tunggu kereta siap.Order tak banyak pun..cikit je.Siap share lagi tu.. :P




Padahal takde yang special menu pun.Ringkas je kami order.Tapi sedap laa..Yang best tu,tengok kentang goreng..banyak kan?Boleh dikatakan kami puas hati makan kat sini.Murah dari KFC plak tu..hik hik hik~