Wednesday, July 29, 2009

Only two of us

Petang tadi keluar gi bayar bil.Sambil-sambil tu, gi butik biasa nak usha-usha baju raya.Hip Hip Horeyy! finally dah jumpa baju rayaku..
Oleh kerana mak ada hal terpaksa lah kena heret si Danisha kuar jugak.Dah la time dia tido.Sib baik tak buat hal.Tak sampai hati pulak nak tinggal dia.Dulu mana pi bawa dia.Danisha dah teman ibu sepanjang time daddy onboard.Ibu takkan lupe semua tu.
Danisha tengok aku bersiap,dia dah panggil "ma..ma..mama..".Sayu jerk dengar..Lastly,siapkan dia jugak ler.

*Buat pengetahuan semua,Danisha dah tukar panggilan utk aku.Tidak dulu panggey "ibu"..cikalang sudah jadik "ma..ma..mama..".Untuk hubby pun dah tukar.Dulu "ayah"..cikalang "ba..ba..babah.." :)

Anyway,ibu kasik 5* untuk Danisha.Dia berkelakuan baik walaupun dah tahap mengantuk sunggoh-sunggoh.Baik anak ibu ni.Lain kali leh ibu bawa jalan lagi.


Danisha teman ibu jamu selera di Nash Donuts & Bakery.

Ini dia hasil "jalan-jalan carik makan" versi bersama Danisha sahaja.
Bukan tu saja..ada lagi yang di tapau! hehe~ Tapi terlupa pulak nak upload gambar.
Nak tau apanye?Aku tapau donut 3.. huhu~
Tamak kan?ihiks..Tapi takpe.Oleh kerana badan aku bukanlah dalam kategori senang "geMok" , so boleh la melantak-lantak banyak pun.

*Buat hubby, jangan jeles ye honey terjah dengan Danisha jerk.Nanti bee balik kita gi terjah tempat lain pulak.hihi~

Monday, July 27, 2009

"Life so Bowink without Daddy"

Hubby kena kursus pulak, 4hari di Melaka.Aku malas lah nak ikut.So terpaksa le melepak dengan Danisha di rumah.Kebetulan ada Festival Kedah Sejahtera 2009.Pergi layan je lah.Tapi bukan best pun.Buhsan gilos..sape lah yg anjurkan benda alah nih..saje nak menghabiskan duit rakyat jerk. huhu :P


*Dah takde keja tangkap gambo dengan Lembu. hahaha!
Nih bukan calang-calang lembu.Lembu nih menang tempat ke-3, BAKA KACUKAN FRIESIAN.Besor teramat-amat.Besar darik kereta kancil ! hik hik hik. Baru umuq 4 Tahun.Lembu yang nomot 1 ada..kaler putih..bersih sunggoh.Baru umuq 2tahun 5bulan, dari Langkawi.Tapi aku malaih nak upload.Apa kes nih tayang gambaq lembu banyak-banyak.hahaha! :P

Tengok..si Danisha pun dah bowink jalan kat Festival ni



Ni anak2 buah aku.Lepa ni hajat nak jumpa "Upin & Ipin"..tapi cian lepa melepas pulak. Upin & Ipin dah balik.

*sebenarnya banyak lagi pameran2..binatang2..aku jerk malaih nak upload.kalau korang tengok pun mesti bowink.Lawak pulak tengok gambar-gambar tu.Macam kat kampung jo!

Happy 8 Months Old Danisha!


  • so,there's lil princess.she kinda of stole my heart.she calls me "MoM"..

  • my life changed because of u..

  • every life is precious..

  • thank heaven for this little girl..

Friday, July 24, 2009

@ Hometown Kuching,Sarawak

Cerita kali nih semuanya di Sarawak le..Hometown suamiku..si kecik nih memang tak leh berenggang dengan mummy dia.Kalau korang perasan, kebanyakan gambar si Danisha nih dengan mummy dia.Merap dan ngada-ngada tahap melampau dia.Sampai terbawa-bawa balik Kedah..hurmm..

Meh kita jamu mata cikit time kamek di sana tuk..

Ada gaya model tak?






Ini hasil terjah "jalan-jalan carik makan" kamek di sana tuk..
Fresh nih..baru dapat tangkap.
Udang Galah (6 ekor = RM77) :P




Makai sorang sekok jak!
Nyamai amat...



Ni di gerai-gerai area Waterfront Kuching,Sarawak.
Aku beli kain batik Sarawak dgn kek lapis je.

Asal muke si Danisha itew?
Huhu..dia takmo kat daddy,dia nak mai kat mummy dia la.




Kami d tengah Bandar Kuching.









Berlatar belakangkan sungai Sarawak & Dewan persidangan menteri2 yg baru.

Time kami tengah seisi bergambar nih, sunggoh bising dgn siren-siren polis yg dok oskot para2 menteri..(sebenornya nyusahkn org awam plak..huhu)
Minggu yg cibuk sempena perasmian & mesyuarat menteri2 d Dewan baru tu.



Team tengah berlatih utk Rigata Sarawak Festizal.
Aku sik sempat lihat.Acaranya end of this months! sob sob sob...
Jom Heboh pun aku sik sempat lihat :(


@ SPRING shopping centre.






@ Pasar Tamu DBKU,Satok.
Itew lah nenek Danisha dan sis Monny.

Syurga Ikan Terbuk Masin.

First time Danisha ke pasar nih.
Betapa riangnya hati dapat tengok macam-macam.



@ Kuching International Airport.
Masa untuk pulang ke Kedah.
With Sis Dania & Sis Monny..
6 hari kamek tiga beranak di hometown daddy.Semuanya kenangan manis saat Danisha dgn keluarga sebelah sana.Harap biarpun cuma pertemuan yg seketika ini bisa merubatkan kerinduan semua org pada Danisha.. :)


Friday, July 17, 2009

Ready to Flyz again!!..


Kali ni destinasi "jalan-jalan cari makan" kami d BBQ chicken, Sunway Carnival Seberang Jaya.Promote sikit huhu... boleh tahan sedap.Lain dari yg lain rasa masakan ayam nih.Korang try la nanti nak tau sedap ke tak.




Ni air yg aku order, ice blanded chocolate..
BBQ chicken nye tak sempat nak snap gambar.
Dapat2 jer kami terus teruja nak makan sampai terlupa nak snap.
Sorry banyak-banyak ye..


Daddy with Danisha




Mummy & Danisha





My Lil Danisha

Ini destinasi terakhir "jalan-jalan cari makan" kami di semenanjung buat sementara waktu nih.Mesti korang tertanya-tanya kenapa..
Kami 3 beranak akan pulang ke Kuching,Sarawak petang ni (18hb-24hb July 09)..Nak balik rumah mertuaku.Cian..lepa semua tak jumpa lagik si kecik Danisha nih..
Salam rindu ya..Doakan kami selamat pergi & selamat pulang..DAN yang paling penting kami selamat dari H1N1.. :)

Tuesday, July 14, 2009

Wonderful Moments

Disebabkan takde apa nak entry..sesaje nak cite aktiviti "Jalan-Jalan Cari Makan" kami bertiga..So,jangan mareh erkk.. :)
Untuk daddy yang kami kasihi & cintai,thanks a lot bee for everything!

My lil Danisha sangat seronok dan sama sekali sangat-sangat teruja naik kuda tu..
Mummy dia pun tumpang gumbira sekali la.



Saja mau test aktiviti makan kami di White Coffee..
Aku makan mee kari nyonya + white coffe ice blanded.Sedappp..Tapi terlupa nak load gambar mee tu pulak.Tak dapat la nak "menteliurkan" korang.





Time nih kami baru nak p beli stroller untuk Danisha..Kira dahsiat la ibu dia nih.Sampai Danisha umur 7bulan lebey asyik carrier dia jerk.Daddy tu baru sekali & first time nak mencoba carrier Danisha.Berjasa sunggoh itu BabyJorn.Pas ni,sengket la ibu!



Order! Order!

"Lapo lah ibu..Danisha makan Julia lah cam ni.."


Haa..setelah seharian penat melilau dok carik stroller utk my lil kami.Nilah hasilnya..
MacLaren Guest Sport jerk yg ibu mampu..Kalau nak beli yang mahal2,tunggu daddy la beli nanti.Asalkan Danisha selesa dan yang penting dia mau duduk atas itu stroller la.
Cantek tak?Ok tak?
Actually,hubby dengan aku berkenan Graco Mosaic.Tapi takde stok plak.
2nd..hubby suka Quinny Zapp tapi seat tak leh baring.Cian plak kat Danisha..
Ayah cakap tunggu Danisha dah beso nanti ayah beli yg lain.Ingat tu Danisha ye,janji daddy tu! :P

Sunday, July 12, 2009

Hari2 Bersama Daddy

Nampaknya lepas nih korang terpaksa la baca cerita pasal kami dengan daddy la pulak.Nak buat camne kan..ihikss..daddy kami sudah pulang!

Danisha d Airport Alor Setar.
Seorang anak yg setia menanti kepulangan ayahnya..


Awat muka Danisha nampak tembamnye..?

Time nih kami nak jalan2..dah lama tak jalan2 dengan daddy.
Korang nak tau ke, kami nak p mana?Teka2 cepat..
Tak gi memana pun.Sebenarnya kami nak g Hospital Seberang Jaya.Ziarah orang sakit jerk :P



Si kecik Danisha nih mcm biasa lah.Masuk keta,start enjin,keta gerak,kena aircond..
mata pun pejam..

Comel kan si kecik nih?Macam mummy dia lah..hihihi :P




Daddy dengan Danisha..
Ish Ish Ish...ketara sangat ke?Korang tau ke tak?
Daddy jangan kecik ati ye!


Boleh buat cover girl x? :)



Wednesday, July 8, 2009

Berjalan Hobinya T.i.D.O


Ini cerita pasal hobi anak aku pulak..Kisahnya ke mana jua aku bawa, kalau dia nak tido..sesuka atinya dia buleh tido.Tengok tu sampai terlentok-lentok kepalanya.Tak kisah la aku tengah jalan2 ke,tengah duduk ke,dalam keadaan bergegar ke..senang cerita lah..1001 keadaan pun si Danisha nih mmg senang tidoq!



Tengah rest jap..penat bawa Danisha ni.Berat ya ampun..! huhuhu



Nih lepas abih ibu sopin2.Masuk jerk dlm keta terus shut down.
Dia pulak yg penat.Ngalahkan ibu yg usung dia ke hulu ke hilir.hik hik hik...




Kan dah cakap..hobinya tido jerk..
Nih dlm flight..pengsan sepanjang perjalanan.. :P


.KiKi. hadiah dari Hubby...

Mmm..sebenarnya aku tak tau nak story apa.Tetiba aku teringat Kiki.Aku tak penah cite pasal kiki.Cian kiki..maklumler cikalang kiki dah di "anak tiri" kan aku! hihihi..Dulu boleh la melayan 100 peratus. Sejak lahirnya si Danisha,aku dah tak layan sangat kiki..Tapi aku cayunk tau.Sebab tu adiah dari laki aku..Dulu kan kena tinggal sorang2.Tu pasal bee beli kiki kat aku.Bee cakap dia beli kiki nak bagi aku ada teman bila bee onboard..sedey plak..sob sob sob..


Terima kasih ye bee.. adiahkan kiki buat honey.
Walaupun honey terlampau bz tahap melampau la nih,
percayalah..honey tetap cayunk kan kiki!



Nih salah satu hobi kiki..Ala-ala "kucing penyiasat"..huhu..
Cantek tak bulu..ekor dia?kalau jual beso nih,mau beribu2 nih!
p/s:saya tak jual kiki ye! :P




Nih lagi hobi kiki...



Yang nih pulak masa baru beli kiki.Kami beli kiki d kedai pet dekat IPOH.So,kiki nih Ipoh mali ye!Time nih kiki baru macuk 2bulan.Cayunk tau,masa kami beli kiki..ada lagi sekor adik dia..kaler putih berseri-seri.Takkan nak beli dua kot.Sekoq saja dah berapa..huhu..



Tapi...cikalang kiki udah beso.Kejanya makan..tidow..poop!..cing cing.. hehehe..
Nanti aku cite lagi pasal kiki ye.. :)