Thursday, September 6, 2012

Syawal di Selatan



ooo..ooo..balik kampung!!
ooo..ooo..balik kampung!!


Salah-salah..ini bukan balik kampung..tapi ini pergi beraya :)
Macam ni lah kami tiga beranak,selalu buat plan mengejut nak ke mana-mana hihi..
Raya ke-2 kakak sulung linda dah gerak balik Batu Pahat,johor..rumah terus jadi sunyi la kalau diaorang dah balik.Cakap dengan encik hubby..
"buhsan la..sunyi saja budak-budak tu dah balik..nanti sebelum ayg sign on kita gi makan ketam ya.." 
sambil senggeh-senggeh agar encik hubby makan pujuk rayuku..
balas encik hubby..
"ok lah..nanti pack kita gi JB..singgah selalu, dengan rumah along.."
"hoyeyyy!!!.." (lompat-lompat bintang seronok)

Awal pagi Jumaat bergerak lah kami dari sungai petani ke batu pahat johor..
Haritu dah jem dari kl-kedah nak balik beraya..ini sambung jem dari kedah nk ke johor lak..kekeke best lah! 



benti rehat..sempat sarapan jap..
pastu ayah dah mula letih suh tukar driver..
ini budak pandai belakon betul bila ibu cakap "danisha lah bawa car"..
laju je duduk depan..vromm..vromm..




benti lagi kat sini..lunch pulak hihi
dan benti lagi sekali ibu+danisha mandi..
lepastu terus drive sampai melaka tukar driver balik..
kami sampai batu pahat dah lewat petang..
rehat-rehat kejap,malam tu dah mula jalan pi beraya huhu



hari sabtu kami turun JB pulak..
family akak linda gi mentakab,kami malas nak join sebab nak pi makan ketam!! yippie
masa kat highway hujan lebat selebatnya..
tu yang kami gi makan dulu baru patah balik ke JPO :)


muka happy je..padahal malam dia yang paling lewat tido
seronok ada kawan



haaaa..inilah akibatnya kekeke


dah sampai singgah selalu..
tempat fav kami ni lepas encik hubby masuk dock pasir gudang tahun 2008 dulu..
lepastu boleh kata setiap kali hubby cuti kami akan turun sana..huhu..gigih kan



bagi danisha makan dulu sebelum dia gi main-main :)
pastu baru aman ibu & ayah nak makan ketam bawah ni..


tudia..2 large crab black papper yang terbaik!! 
mujur makan dalam bilik beraircond..tidak suamiku jenuh banjir kekeke
mulut dah macam ikan hidup jatuh kat darat haha! 
adus...tiba-tiba terus ngidam pulak dah ni
mujur la jauh sangat



dah kenyang..
kami bergegas ke JPO pulak..
sebab petang tu nak pi beraya rumah kawan hubby dulu sebelum gerak balik batu pahat


tensen je..orang cakap parking dalam la
dia nak parking luar tepi jpo..
sekali ada orang tegur..
"baik parking dalam..cuba tengok semua kat luar ni dah kena saman"..
memang pun..semua yang park luar tu dah dapat surat saman
haha! padan muka hubby kena alih keta 


kami masuk dulu..
jangan marah


apahal la yang dia angkut kereta kuning anak buah linda sampai ke JB ni huhu
pastu masuk clarks letak kat rak kasut..masuk guess dia letak kat rak hbag..
masuk coach letak kat rak hbag..
pastu tanya.. "ibu..car sha mana?"
adus sabar sajalah dengan mek ni..
walaupun anak saya perempuan tapi dia tak suka pun doll ke teddy bear ke apa-apa lah yang ala-ala gegirl ni..
mainan budak lelaki yg dia sukanya


apa la yang budak ni berangan huhu
kalau gi kedai kasut,kita cuba-cuba..
dia pun dah pandai duk tepi tiru gaya kita..tapi dia buat dengan kasut dia sendiri 
grrrr!! geram je tengok


budak ngada-ngada dengan ayah



saja je kitaorang mai lawat-lawat kawasan dulu
nanti tunggu ayah baru turun kapal ajak datang lain
baru sedap nak shopping haha!
sekarang hubby dah hujung-hujung cuti ni..jangan la gatai ajak-ajak gi shopping


ok babai JPO..nanti kami datang lain ye
lepastu terus gi beraya..pekena laksa johor..sate..
dah kenyang..dah penat..kami pun balik lah 


hari isnin kami dah gerak balik kedah
ingat nak singgah KL pulak
tapi memandangkan jalan banyak tutup sempena raptai merdeka
so kami malas lah nak bersesak-sesak dalam kl




masa otw balik kedah,kami sempat singgah beraya 2rumah kat ipoh..
gi beraya rumah kawan ayah..pastu gi beraya rumah kak norli..
linda kenal kak norli masa kami ikut asben gi jepun tahun 2007 kalau tak salah
dah 4tahun tak jumpa..dapat lah lepas rindu..

elok kuar dari jelapang ayah dah mula tak sihat badan
haru!! dah la malam..hujan pulak tu..
berapa kali asyik benti RNR..last sebelum tol bukit merah linda tanya hubby
"macam mana ni?hujan pulak nk drive..ok tak?ke nak bermalam kat rnr sebelah?boleh kuar tol & patah balik depan tu?..esok lepas subuh kita balik"
tapi dah dekat dah kalau nak balik..
cuma cuaca malam tu dan hubby yang demam mengejut pulak..
tunggu-tunggu hubby tido..last-last linda gi toilet cuci muka bagi segar sikit..
"takpelah..honey try drive".. saya rabun malam sebenarnya haha!
drive lah linda non stop dan harap cepat le sampai rumah sebab sian kat orang sebelah tu..
ok lah hujan pun hanya renyai-renyai saja..sampai lah keluar je tol sungai dua..
fuhhhh hujan lebat selebatnya dengan angin kuat..dah parah..kabus!! tak nampak..
drive pelan-pelan sampai hentian tepi tikam batu kot..
hubby gagah la drive balik sebab dah dekat dah tol selatan..
alhamdulillah tengah malam tu kami selamat sampai rumah..
apa jadi dengan asben linda??
demam 2hari tak bangun..takmo makan huhu..
sakit badan lah..sakit kepala lah..loya lah..dengan cirit-birit 2beranak tu..
penat lah kita menjaga 2orang pesakit+penat gi beraya tak habis lagi..+penat buat keja sorang..
elok 2beranak tu sihat,linda pulak demam..ni tengah batuk-batuk pulak..
tak boleh tido yang bangun gigih nak siapkan entry ni jugak :)

ok lah..dah subuh dah..
insyaallah bersua lagi nanti..




Saturday, September 1, 2012

Ramadhan Kami :)


Kalau orang lain mesti sibuk nak update entry sambut Raya Aildilfitri baru ni..tapi saya sibuk nak update cerita lain dulu kekeke..gambar tak sempat nak transfer lagi..sibuk memanjang tak habis-habis :)~

Ramadhan kami kali ni istimewa la jugak sebab dah 2tahun tak berpuasa dengan encik hubby.Alhamdulillah walaupun encik hubby kena attachment kat opis lebih 2minggu ramadhan yang lepas,kami dapat jugak luangkan masa bersama.2minggu lebih jugak kami berkampung kat hotel midah huhu...ok la kan dari takde tempat nak berteduh..ada sahur cuma berbuka pandai-pandai lah cari.Untuk danisha dah bawa bekal macam-macam.Lepastu hari-hari dia mengepow kat 7E bawah hotel tu..susunan dah terterabur main upload je..meh la kita sama-sama layan gambar yang sempat amik sepanjang kami kat sana haritu :)



nak wifi free melepak kat lobby..
selalu masa nk tunggu orang kemas bilik,kami duk bawah ni jelah


tu ada budak tak puasa!! hihi
danisha tu minggu ke-2 dia dah naik buhsan..
habis semua dia dah teringat pastu hari-hari celik mata ajak balik..
asal tekan butang G lift dia cakap "nak balik ek??"


ni masa teman asben linda jumpa kawan dia kat klia..
bawa la dia main-main bagi hilang ketagih "best giant"..(playground free)
dalam kepala ibu nak makan McD je huhu


adus budak ni..dengan sejuk time malam itu yang dia nak makan


sepanjang kami kat kl aritu,2 kali bawa danisha main kat iCT..
kali ke-2 tu ingat nak perabihkan kredit dalam kad tu
tapi ngada-ngada mek ni..dah tahu tak nak main ride2 tu dah..
dia mintak nak masuk dalam bilik snow..haha! dah pandai demand2
last-last malas nak layan



lepas penat jalan-jalan,
walaupun dah lewat kami tetap masuk gak old town sebab dah lapar kekeke
biasa lah bulan posa ni time malam lah nak melantak apa pun :)


ni masa 1st weekend..
kami berbuka kat Bukit Bintang je..itu yang dekat & senang nak pergi huhu
kuih pau Pak Hailam Kopitiam memang kesukaan kami..
sedap sangat!! tak caya?? gi la try beli makan nanti..


ini model tak bertauliah :)~


hari ayah cuti kami jalan-jalan lah..
ni lepas sahur..lepas solat subuh dengan tak mandi ..syhhhhh!!
kami terus ke putrajaya




ini model-model bertauliah kekeke



ini memang port kesukaan danisha


yang baju putih tu masa besar baru sempat nak main benda alah ni..
sian betul huhu.. rosak! rosak!
sila jangan tiru aksi demikian ya



dah penat..jom balik sambung tido





BerIFTAR :)

ni masa kami berbuka kat luar..
mula-mula kat Kelantan Delight
kalau nak berbuka puasa memang sesuai sangat kat sini..
maklumlah kelantan kaya dengan beraneka menu juadahnya :)




masa berbuka mula-mula dengan manisan/yang ringan-ringan dulu..
habis segala jenis kuih muih negeri cik ct wan kembang ni kami cuba..
penuh meja sebenarnya haha!
7orang makan mau tak penuhnya..



ni nasik apa tah nama..
sumbat2 je dengan lauk..tapi memang sedap sangat..
yang isi dalam tak sempat nak amik gambar..
tak tahan tengok,lapar terus habis baru sedar haha!


ni menu berat linda punya..
fav linda lah..
nasik dagang+gulai ikan kayu+ayam percik+kerabu+ulam jantung pisang+telur masin..
terbaik uols!!



iFtar 2~

lepastu ..
kami berbuka kat sini pulak..apa nama tah.kami main ikut je mana orang bawa huhu
menu steamboat.. pssssttt.. yang ni memang salah sekali menu untuk berbuka..
tak boleh masuk dengan perut lah..mungkin kat situ sama rasa yang tak berapa sedap sikit
tapi  makan je selagi boleh makan..






Shopping Raya~

tunggu ayah baca paper jap..
ibu melayan danisha


tak tahu mana nak terjah lastly kami pi mid valley
kwuang kwuang..parking penuh..manusia pun penuh
kami sempat belikan sikit untuk danisha saja
last-last cabut balik..
mana taknya..sesak sangat nak pilih-pilih barang pun tensen macam tu :(



balik solat..rehat-rehat jap..
petang tu kami gi pasar ramadhan kat Putrajaya..
fuhh..sesak la jugak kat sini..
seronok lah ini baru sempat nak gi pasar ramadhan :)




ni masa hari ayah keja..
ibu dengan danisha kuar gi jalan-jalan kat pavilion
sempat shopping sikit :)
sambil bawa danisha naik monorail kan..suka lah dia








Minggu Terakhir Ramadhan...


habis attachment 2minggu lebih kami sempat balik kedah dulu..
balik rehat 4hari..dan la berbuka puasa di rumah mak..
asben linda kena kos 3hari kat ALAM la pulak dah..

nak ikutkan plan asal linda malas nak ikut asben dah..
 sebab dah dekat nak raya mesti sibuk kat rumah kan..tapi memandangkan dia kalau drive suka bebenor ngantuk..linda tak harap lah nak lepas asben drive sorang-sorang dgn jauh lak tu..maka ikutlah lagi huhu..



berkampunglah kami 3hari kat sini pulak :)
ok lah dapat stay dalam alam..bilik pun dah macam resort suite..dengan ngadap pantai.. 
sapa yang floor atas bestlah boleh berdating kat anjung..kami floor bawah sekali,makan angin je lah huhu


1~ SATA

sempat gi pasar ramadhan kat Masjid Tanah..
best jugak menu-menu dia :)
linda biasalah bila dah sampai negeri orang ni mesti nak cuba makanan yang lain heeeee..


2~ DIM SUM

3~ Jus Buah NAGA+susu




~Last Shopping untuk IBU :)

heeeee..lepas kos 3hari kat alam..
asben linda kena interview lak kat opis..
singgah la lagi 2hari kami kat KL..

kena pulak kebetulan tarikh JV buat last batch utk Hari Raya Aildilfitri ni..
hati dah berbelah bagi..nak tuju Fareeda atau JV..
dua-dua tempat tu pergi memang Q..tapi Q kat JV sejuk sebab dalam hotel haha!
pagi tu awal-awal siap gi try terjah kat Shang Ri La..
ingat nak lah rembat design baru untuk raya..
jangan harap la nak dapat kalau turn dah lepas tengah hari..
syukur je dapat rembat mana yang ada :)


syukur anak ibu baik sangat-sangat

JOVIAN

rezeki kami..
takyah nak berebut-rebut ke..malu ke..orang tengok ke apa..
masa ni 2-3ptg diaorg stop rehat kejap..
habis orang dah takde..tapi linda dengan 2,3orang kawan ada situ..
kebetulan lak..Jovian kuar kat pintu depan kami
apa lagi kan :)


Jovian memang sporting habis..tak sombong..ramah pulak tu..

letih dah anak ibu..sian dia

dah pukul 3lebih..ingat nak amik teksi je balik hotel
sebab sian kat danisha nak berjalan..
teksi punya lah senggal..nama je tempat "TEKSI"
tahan satu pun tak hingin nak benti..danisha dah mula letih..mintak susu..
sandar kat linda..tub-tub..tido lak dia.. huwaa!! mcm mana nak balik ni??

asben kebetulan cal..
cakap lah dia dah lepas interview..tengah buat medical check up siap-siap..
pastu tanya linda dah balik belum..
membebel lah linda cakap tahan teksi tak nak benti..tau lah jalan bukit nenas tu kang kalau lewat mula lah jem..nak tak nak terpaksa lah encik hubby datang jemput puteri-puterinya haha! sebab danisha pengsan atas riba ibu dengan kerusi senggit tah apa2..dengan sejuk angin hujan renyai-renyainya..
dari pukul 4-sampai dekat pukul 6petang!!!  



Esoknya..jumaat terakhir ramadhan
kami meninggalkan ibu kota...


untuk pulang ke kampung halaman..
syoknya...sama-sama harung jem balik raya hehehe!