Thursday, October 17, 2013

cik Putih 4bulan :)


Alhamdulillah..
pejam celik..pejam celik Husna dah 4bulan..sebenarnya dah nak masuk 5bulan dah pun hujung bulan ni heeeeee...4bulan Husna dah pandai meniarap,dah pandai main-main,gelak kok kek..kok kek dah haha! teriak pun kuat..
 semua family panggil husna,sekarang panggil husna je lah .. kecuali tok wan bagi gelaran dan duk panggil Cik Putih 

Ni ada sedikit gambar masa hari Raya Aidil Adha baru ni..
kami sedang menghitung hari ayah nak balik..hoyey!! 
harap-harap ada rezeki Bintulu nanti..insyaallah..




tuuuuu.....

 caaakkkkk....















penat dah...tolong ibu!! tolong!!


kakak danisha ngusik husna..sian husna hihi


Sunday, September 22, 2013

Good Idea!! :)


Tengah-tengah pagi buta tak leh tido pulak..godek-godek jumpa resepi menarik ni. Mana tau boleh cuba buat. Tengok gambar dah rasa macam
 laju-laju nak buat. Tak tahan tengok Frozen Banana Pops tu sangat menarik..kalau danisha tengok mesti suka.
 :) Jom cuba buat..

  • CHOCOLATE DIPPED FROZEN BANANA POPS




  • FLOWER SHAPED LEMON CURD TARTS




  • MINI TORTILLA-CRUST PEPPERONI PIZZAS 




  • NUTELLA POPSICLES




  • BUNGA POTATO (nama kasik sendirik..kekeke)





  • SNOWMAN MARSHMALLOW COOKIES 





Nak godek banyak lagi refer kat link ni lah ye..
macam-macam ada selain dari makanan pun ada :)




Tuesday, August 6, 2013

Projek cup cake coklat


Heeeee..terliur ke tengok?tatau la sedap ke tidaknya..yang tukang rasa pun si danisha..
makan dah tinggal seciput nak habis baru la kuar dari mulut dia "manis lah ibu!"..
memang la manis,mana ada kek coklat masin!! :)~

Harini bangun pagi mai mood rajin nak buat cup cake..
si kecik damia pun lepas mandi pagi tido nyenyak..
boleh la membaking dan mengemas rumah sekejap..
buat sikit je untuk isi perut kami kekeke..nak rasa tunggu lain kali lah buat lain ye.
si danisha dengan mak linda suka makan kek coklat tu yang terlebih rajin nak buat tu






tak cantik mana pun..
jadilah kan untuk makan sendiri :)


Dapat la buat 2 saiz..besar dengan kecik comel 


1kotak adunan dapat satu tapawe besar tu..
entah cukup ke tak ni..anak-anak abang dengan kakak dah sampai pulak dah..
nak kuar beli tambah malas dah nak drive..sesak orang ramai sekarang ni..
kita makan je lah yang mana ada ye..rasa sorang sikit 


Akhir kata dari kami sekeluarga...



^____________________^

Thursday, August 1, 2013

Lil munchkin turn 2


Salam semua..
entry kali ni nak mengomel sikit saja sebab nak update usia si damia..


Syukur alhamdulillah Damia dah 2bulan 29hb Julai baru ni..
Ragam-ragam dah kian kurang dah..lega la sikit kan..
tapi bila kita sorang-sorang nak melayan damia dengan danisha jadi penin la jugak


Tengok tu rambut damia naik lambat betul..
tak sama macam kakak danisha yang naik cepat dan rambut lebat..
apapun terima saja asalkan damia sihat :)








Juara menangis tak surut lagi heeeee..
tengok tu mujur tak dengar suara dia
malu betul anak dara ni 



ok lah untie2 & uncle2 semua..
selamat mengerjakan ibadah di malam-malam terakhir ramadhan ini..
semoga bertemu kita dengan malam lailatul qadar..
jangan duk sibuk nak mengerjakan persiapan hari raya saja ye..heeee

.ampun maaf zahir & batin dari kami.


Wednesday, July 24, 2013

Puteri-puteri Ibu


Salam Ramadhan semua..

alamak aii..dah puasa 14hari baru berkesempatan nak ucap dan update blog ni. 
Biasa la dah masuk anak dua ni makin ligat jadinya..
Lain lah kalau encik suami tengah cuti kan :)



Alhamdulillah Nur Damia Husna pun dah nak masuk 2bulan 29hb Julai ni.
sekarang berat dah 4.3kg!! 
Kejap saja masa berlalu..dah besar anak-anak ibu..
Damia ni ragam kuat sikit dari kakak Danisha..mungkin orang cakap perangai anak nombor dua kot huhu.. iya lah tu
Apapun janji anak-anak ibu membesar dengan sihat dan cerdik,insyaallah..




Danisha pun kadang-kadang nak jugak tunjuk ragam dia.
Mungkin sebab dia jeles kot tengok ibu tak terlayan sangat kalau letih dengan adik Damia..
Tapi ibu seboleh-bolehnya selalu nak tunjukkan perhatian dan kasih sayang kat Danisha jugak..
sayang danisha :)





Haaa!! ngumpat ek..
sayu tengok gambar-gambar ni.. 
diaorang macam tengah berborak pasal ayah pulak..
tapi rasanya kalau ayah yang tengok gambar ni mesti dia lagi sedih 
tak dapat bersama waktu anak-anak membesar..
bersabarlah duhai hati...



Sekian lah dulu buat kali ini ya..
salam pelok cium dari kami semua..
Insyaallah ada masa terluang linda akan update lagi kisah-kisah kami 
yang tak berapa menarik sangat ni..

Sekali lagi Salam Ramadhan buat semua..
semoga ibadah kita di bulan yang mulia ini diberi ganjaran yang sebaiknya 
dan diterima-Nya..
selamat beribadah ya..


Friday, June 21, 2013

Cukur Jambul si gebu Damia



Syukur Alhamdulillah..
semuanya berjalan dengan lancar walaupun tanpa ayah tersayang kerana sudah jauh dilautan. Terima kasih pada mak lang tersayang, sahabat-sahabat mak yang datang tolong kami dalam majlis yang tak seberapa ni. Jadilah walaupun kecik je majlis ni tapi sangatlah bererti buat ibu. Sebab dulu masa kakak Danisha cuma sempat buat cukur jambul dan kenduri akikah saja. Lain-lain tak dapat buat sebab maklum le jatuh pada hari raya haji..mana la ada orang nak datang tolong buat itu ini.. :)

Kali ni ada rezeki buat untuk adik Damia seronok lah atok dengan ibu..
Sabar ya ayah..tunggu ayah balik nanti kita buat kenduri akikah pulak..


  • Jumaat 7hb Jun 2013 -cukur rambut


Mak sedara (mak lang) riba damia..
terima kasih sudi datang jaga kami sekejap..
sian ibu berpantang tanpa ayah 


Mak cik piah.. yang cukur rambut kakak danisha & adik damia..
rambut damia halus tak berapa lebat macam rambut kakak danisha..


 Damia yang kejanya tido..
syok kot rasa orang main-main kepala dia huhu..



adus..teruk betul anak dara ni..
dari mula sampai ke sudah..



selamat dah rambut damia..
comel kan?? huhu..


  • Sabtu 8hb Jun 2013 -majlis bacaan yasin & berendoi 


permata hati ibu & ayah..
Nur Danisha + Nur Damia Husna



sayang adik..nak tido adik..nak tengok adik..
adoi-adoi..
bila adik teriak dia cakap "adik..jangan nangis..tak baik.." 
kwuang kwuang..






si gebu Damia..
ibu tak makan ubat apa pun..inilah rahsianya kot.. :)
memang kuat minum air kelapa muda masa preggy damia ni..








tengok si damia ni..buat le apa pun
syok betul dia tido  >.< 




Terima kasih mak & mak lang..
penguat semangat ibu dalam pantang ni..
semoga diberikan kesihatan yang baik