Wednesday, October 28, 2009

Happy 11months old Danisha!!



Syukur alhamdulillah..danisha dapat membesar depan mata ibu.Tapi kesian hubby..nampaknya banyak benda yang dia akan miss.Balik nanti ntah danisha dah boleh apa :) .Ntah si danisha ingat lagi ke tak ayah dia..Sedih memang la sedih.Tapi dah itu jalan hubby cari rezeki yg halal buat kami sekeluarga..
Satu persatu benda yang danisha dah dapat.La ni dah pandai sungguh,aktif usah cakap la.Main sampai tak ingat time tido.Ni pulak hubby dah tak dak..lagi penat la..
ni antara yang dia dah pandai setakat ni :)

  • dah pandai sebut "nenen" tandanya nak susu
  • "na nak" tandanya nak (word yg laju sebut kalau nampak makanan)
  • pandai main cak2 dan sebut "cak"
  • kadang2 dia sebut nama sendiri.."eeisha"!
  • pandai sayang ibu,ayah,atok & wan
  • goyang2 badan bila dengar muzik/zikir/mengaji
  • iklan fav, ribena :)
  • penuh gaya bila baca buku ABC.siap tunjuk2 & sebut2 (bahasa dia la)
  • pandai duplicate mcm2 (kadang2 kita "babab", dia "babab" kita balik) hurmm..
  • pantang nampak makanan kita,makanan dia dah tak nak makan
  • rajin berjalan tapi..nak kena pegang tangan sebelah

Tuesday, October 27, 2009

Ohh..really miss him

Hubby sepatutnya sign on Seri Balhaf 28hb ni,flight kl-singapore.So,27hb turun opis utk report & medical check. tup.tup..tup..semalam 26hb 2pm,opis call cakap flight ke singapore 27hb.So kena datang opis hari tu jugak. What!! Ni bukan first time.Hurmm..hubby memang dah in bad mood la kalau opis buat hal macam tu.Linda rasa kalau orang lain pun macam tu jugak.Sapa la yang tak kenal dengan kerenah2 MISC tu. Lepa tu memang suka buat hal last2 minit.Habis punah sisa-sisa masa kami yang ada.

Bayangkan kita dah excited hubby bertolak 28hb..ada masa lagi nak manja2..last2 mood jadi so bad & sooo..sad la. :( Opis memang jahat!!

Dengan perjalanan yang amat menyedihkan..petang 26hb kami p Airport Penang.Hubby dapat tiket penang-kl 9.45pm.So,masih ada sikit masa untuk kami bersama.Time hantar hubby nak masuk dah..sungguh sedih.Nyaris2 nak teriak!! terpaksa tahan sampai ke rumah.

Insyaallah kita jumpa bulan April 2010 nanti..aduss..sungguh lama sekali nak menghitung hari :(

Semoga Allah swt melindungi suamiku..sepertimana hubby selamat pergi,di doakan hubby selamat pulang nanti...

p/s utk hubby- plz take care yourself 100% ok..always remember honey & our little danisha..we love u soooo much!!

Lepas terima panggilan dari opis.
Ayah & Danisha mula terasa saat2 untuk berpisah...

Last holiday @Lumut dengan hubby.

Otw hantar hubby p Penang Airport.
Danisha yg masih tak mengerti perasaan detik2 itu..

Argghh...hidup tiada bererti tanpa ayah di sisi...
Sarapan dengan Danisha tanpa hubby adalah saat2 yang sebak sekali :(


Monday, October 12, 2009

Danisha ngusik Ayah

Weekend lepas kami gi jalan-jalan kat Tesco Extra selatan yg baru opening.Memang ramai gile..kami p hari ke-2 dia buka.Pukul 10pg dah pi, punya takut tak ada parking.Tapi bee cakap orang tak bangun tido lagi ni.Dalam pukul 11.30 keluar nak balik tengok-tengok..
ish ish ish..parking penuh!! Apa la yang seronok sangat sampai macam tu sekali.
Masa hari opening lagi la..Tesco bagi hadiah untuk 1000pelanggan yang pertama.Buka pukul 9pagi.Aku dengan bee gagah jugak pergi nak nyibuk.Konon berangan nak dapat hadiah la.Pukul 9pagi kami terpacak..tengok dah penuh orang kat pintu masuk.Rupa pintu pun dah tak nampak ni.Punyala ramai gila.Aku pandang dari jauh la,malas nak berebut-rebut masuk.Macam esok-esok tak leh datang.
Tiba-tiba ada orang Tesco dok kat lori keluarkan voucer.Ya Allah!lagi bersesak-sesak kat lori tu pulak.Aku dah lari bawa diri tepi dinding.Takut terlemas pulak.Bee dah hilang tah kat mana ceruk.hahaha~ Lastly dengar org cakap "voucer hadiah untuk 1000pelanggan pertama dah abis.Ada yang sanggup datang beratur dari 6pagi tadi"..Terimalah hakikat..itulah "Orang Mesia" huhuhu~ End this story-aku & hubby pulang dengan hati yang kecewi.Last2 p kedai mamak :)~
Pandai pulak si Danisha ni dok geget2 belon tu.Sapa pun tak suruh & ajar.Yang lagi best tu,si ayah "ngilu" bila dengar bunyi geget belon tu.hahahaha~ kini baru ku tahu.



Thursday, October 8, 2009

Kisah Malam Jumaat

Hubby aku memang terkenal dengan sikap suka tolong org.Naknya pulak kalau ada saudara baru yg dalam kesusahan.Hubby mesti cepat rasa kesian..Buat pengetahuan semua..hubby aku pun saudara baru jugak.Alhamdulillah hubby cukup sempurna bagi aku walaupun ada kekurangannya.Aku bersyukur kami diberikan kekuatan untuk tempuhi semuanya. :)

Ceritanya macam ni..

Tadi bee pergi masjid utk jemaah & baca yassin.Lepas Insyak aku tunggu bee tak balik2 lagi.Lambat plak bee balik mlm ni.Mungkin singgah kedai kot.Dekat 9.30malam aku dengar bunyi motor dah balik.Macam biasa la,ingat bee dah balik nak turun p dinner la.
Tup..tup..bee mai bilik..

hubby :"honey.tadi ada pengumuman kat masjid."

aku :"awat?pasaipa?"

hubby :"minta sapa2 yang nak tolong saudara baru.kesian dia kena halau dgn orang tua..jari dah kena potong 3.tidoq kat bus stand..beg baju,duit kena curi pulak.keja orang takmo amik sebab cacat.."

aku :"Ya Allah..kesiannya dia.."

hubby :"esok dia nak p rumah kakak dia d Johor.ayang nak pi bawa dia beli tiket bas.malam ni ajak dia tidoq di rumah dia takmau.suruh dia p mandi dulu pun takmau.dia segan,dia malu..dia nak tidoq di masjid jugak."

aku :"takpalah.satgi bawa dia pi makan pa.."

Hurmm..korang rasa pilu tak kisah saudara baru ni?

Tadi bee bawa dia mai rumah dulu,aku segan nak pi jumpa dia.Satgi bertambah malu pulak.*sebenaqnya..aku yang pemalu!hik hik hik~

Bee cakap dia asal keturunan cina.Jari dia cacat sebab orang tua dia mengamuk dia masuk Islam sampaikan tergamak potong 3jari anak dia!! Sebelum ni dia keja..disebabkan jari dia cacat dia lambat buat kerja lastly kena buang keja.Hari-hari tido di bus stand.Time tengah tido,beg..baju..duit kena rompak pulak.Bee cakap keturunan cina dengan sing memang pantang sekali keluarga dia masuk Islam.Sampaikan sanggup bunuh-membunuh..
Nasib baik saudara baru ni ada kakak di Johor.Kebetulan kakak dia pun dah masuk Islam.

Alhamdulillah..lega sikit aku dengar.Moga2 dia selamat dan doakan kakak dia dapat bantu dia.

Ya Allah..ujian cukup besar yg Kau berikan utk saudara baru ni.Kau permudahkan perjalanannya dan bimbinglah hamba-Mu itu ke jalan yang di redhoi-Mu..amin..


Alhamdulillah.Thanks Allah..for given me a great husband in my life...
To hubby..honey love u so much.no words can discribe my love to you..