Thursday, October 8, 2009

Kisah Malam Jumaat

Hubby aku memang terkenal dengan sikap suka tolong org.Naknya pulak kalau ada saudara baru yg dalam kesusahan.Hubby mesti cepat rasa kesian..Buat pengetahuan semua..hubby aku pun saudara baru jugak.Alhamdulillah hubby cukup sempurna bagi aku walaupun ada kekurangannya.Aku bersyukur kami diberikan kekuatan untuk tempuhi semuanya. :)

Ceritanya macam ni..

Tadi bee pergi masjid utk jemaah & baca yassin.Lepas Insyak aku tunggu bee tak balik2 lagi.Lambat plak bee balik mlm ni.Mungkin singgah kedai kot.Dekat 9.30malam aku dengar bunyi motor dah balik.Macam biasa la,ingat bee dah balik nak turun p dinner la.
Tup..tup..bee mai bilik..

hubby :"honey.tadi ada pengumuman kat masjid."

aku :"awat?pasaipa?"

hubby :"minta sapa2 yang nak tolong saudara baru.kesian dia kena halau dgn orang tua..jari dah kena potong 3.tidoq kat bus stand..beg baju,duit kena curi pulak.keja orang takmo amik sebab cacat.."

aku :"Ya Allah..kesiannya dia.."

hubby :"esok dia nak p rumah kakak dia d Johor.ayang nak pi bawa dia beli tiket bas.malam ni ajak dia tidoq di rumah dia takmau.suruh dia p mandi dulu pun takmau.dia segan,dia malu..dia nak tidoq di masjid jugak."

aku :"takpalah.satgi bawa dia pi makan pa.."

Hurmm..korang rasa pilu tak kisah saudara baru ni?

Tadi bee bawa dia mai rumah dulu,aku segan nak pi jumpa dia.Satgi bertambah malu pulak.*sebenaqnya..aku yang pemalu!hik hik hik~

Bee cakap dia asal keturunan cina.Jari dia cacat sebab orang tua dia mengamuk dia masuk Islam sampaikan tergamak potong 3jari anak dia!! Sebelum ni dia keja..disebabkan jari dia cacat dia lambat buat kerja lastly kena buang keja.Hari-hari tido di bus stand.Time tengah tido,beg..baju..duit kena rompak pulak.Bee cakap keturunan cina dengan sing memang pantang sekali keluarga dia masuk Islam.Sampaikan sanggup bunuh-membunuh..
Nasib baik saudara baru ni ada kakak di Johor.Kebetulan kakak dia pun dah masuk Islam.

Alhamdulillah..lega sikit aku dengar.Moga2 dia selamat dan doakan kakak dia dapat bantu dia.

Ya Allah..ujian cukup besar yg Kau berikan utk saudara baru ni.Kau permudahkan perjalanannya dan bimbinglah hamba-Mu itu ke jalan yang di redhoi-Mu..amin..


Alhamdulillah.Thanks Allah..for given me a great husband in my life...
To hubby..honey love u so much.no words can discribe my love to you..

No comments: