Monday, February 28, 2011

Visit Kuching :))


Fuhhhhh..lama betul tak mengupdate blog.Mencari-cari mood yang tak kunjung tiba,akhirnya subuh ni merajinkan diri untuk update walaupun 1 entry pun tak pe la kan. Mana tau kot..kot ada pembaca setia blog linda ni..kekeke..Perasan Glamer u!! haha!! sendiri angkut bakul okies :P Bukan apa..mood tak datang2 sebab sakit hati dengan background yang tak ok2 lagi ni..dah mati akal mcm mana nak buat.Takdak ka sapa yang boleh bantu??.. :(

Ok lah..takmo sedih-sedih.Bawah ni linda nak cerita sikit pasal balik Kuching baru ni (20hb-27hb Feb 2011)..


Penang Airport
Atok sedih sebab danisha dah nak tinggalkan atok kejap..
Habis la rumah jadi sunyi kalau mek ni tak dak.
Dia lah penyeri segalanya... :)



Kuching International Airport
Alhamdulillah..2jam perjalanan kami selamat sampai Kuching.
Tengok la aksi-aksi mek ni bila keluar dari flight.huhu..


Ni masa Jalan-Jalan cari Mee Kolok..
Masa kat sana,hari-hari linda dengan encik suami makan Mee Kolok..
ya la..nanti balik semenanjung dah tak dapat makan..


Majlis Akad Nikah
Ni masa majlis akad nikah anak buah hubby..Nur Nazeyha aka Monni :)
Dah selamat jadi isteri kepada Mohd Faizal..semoga menjadi isteri yang solehah dan berkekalan rumahtangga kalian..amin..

Sepanjang yang terjadi di majlis

Hubby linda jadi wali untuk anak buah dia..
penyerahan kuasa kepada Tok Kadi untuk Akad Nikah..


Jalan-jalan di Waterfrant Kuching..
Masa untuk ibu beli ole-ole sikit :))


27hb Feb..kamek suda mau pulang semenanjung..
Tengah tunggu masa nak boarding


Budak pertama kali pekena Starbuck..
macam-macam jenis riak muka ada..hihi




Monday, February 14, 2011

Tolong bantu saya!! :(


Buntu dgn background saya :(

2,3 hari ni ada yang tak kena dengan blog linda..sebab background hilang!! nampak putih saja.. linda dah try tukar2 design lain,still macam tu jugak. Sesiapa yang pakar html/pakar blog2 tolong jap bantu linda..tqvm =)

Sunday, February 13, 2011

Ole-Ole jauh =)



saat yang dinanti-nantikan..


Alhamdulillah.. mr.hubby dah selamat sampai Airport Penang 12.40 tengahhari 12hb Februari lepas.Seperti rutin biasa..si isteri dan si anak yang comel pi jemput lah.Pertemuan dua beranak kali ni diluar jangkaan ibu.Sebab kali ni Danisha jumpa ayah lepas sekian lama berpisah..sejuk sangat mata memandang.Danisha jalan menuju ayah sambil sua tangan nak peluk dan sua tangan salam..cium ayah.Syukur mr.hubby dah selamat pulang ke pangkuan kami.
Lepas ni aktiviti mengupdate blog dah menjadi terhad sebab sibuk memBZkan diri untuk keluarga mini tercinta ini..Apapun linda akan tetap sedaya upaya mencuri masa untuk update aktiviti kami ya.. :)


Ole-Ole dari ayah yang ditunggu-tunggu..

Penuh kesabaran...
jeng..jeng..jeng


koleksi tertambah lagi.. HRD..
&
my lovely coach :))


wangi-wangian...
suka sangat!! sebab dapat DKNY new collection (apple merah) =)
apple putih pun suku tak sampai lagi dpt apple merah pulak..lepas ni apple hijau pulak ye sayang..lepastu upgrade laptop apple pulak.. gegegege..heeee


sangat-sangat suka!!
lepas ni hari-hari kena wangi-wangi lah


toys danisha & baju bajan..

danisha dah belambak gila dah toys..ayah jadi rambang mata sebab kat us toys murah-murah..semua lah murah-murah.Untung last trip masuk us dekat krismas.so sana sini sale..sale lah :))


Hobi diteruskan..

ini dah menjadi kewajipan..
setakat ni dah berpuluh jenis koleksi coca cola yang kami kumpul.
paling banyak dari jepun lah..sebab lama stay kat sana dulu


Terima kasih sayang beli banyak hadiah untuk honey dan danisha..
tak beli pun kami bersyukur..kalau beli lagi la kami bersyukur..
^_____________^




Thursday, February 10, 2011

Hatiku Riang :))



Alhamdulillah..kini mampu tersenyum lebar sampai ke telinga dah.Sebab petang tadi dapat email dari mr.hubby...

" askum,yee hoo!!ayang balik.ayg tak dapat lagi flight details.tapi turun kapal esok.nanti dah dapat tiket ayg cal hny balik.love u both "

Horeyyy!! akhirnya dah seminggu lebih duk ternanti-nanti berita gembira ni..lega rasanya bila dah dapat tau si suami dapat balik.Tapi esok baru nak jejak kaki kat bumi Fujairah.ish lama lagi la nak sampai Penang ni huhu..sabar..sabar..

Rutin harian linda mula bertambah sibuk la nanti.Kami terpaksa bergegas balik Kuching sebab ada majlis kahwin..terpaksa turun pantai timur nak cari rumah sewa..sebab awal march mr.hubby kena kursus 3bulan kat Terengganu. Horeyyy!! lagik..kekeke



Ni gambar masa keluar berdating dengan danisha kat Pulau Mutiara.. :)


Makan tak ingat dunia..kempunan Mc'D ni..huhu



seronok ibu bawak jenjalan..

dah seronok-seronok..
dah kenyang..
pengsan lah dia :)


Monday, February 7, 2011

Danisha buat Ibu mau jadi RAKSASA!!


Ini dia budak yang buat linda tensen sangat harini.Habis sakit kepala sehari dengan dia.Pagi dah bangun awal,siang takmo tido langsung.Tu linda suh tido dia duk baring main-main dengan bear sambil cakap..nyanyi.. "bum..bum..bum..bum" haha aduhai.tensenya!! Ni dah malam pun tak reti-reti nak letih budak ni.Dah penin nak layan mek ni,petang tadi bawa pi Giant jap..


Gerammm dengan budak ni!!


Letih dah rupa..tapi gagah jugak..huhu



*Rasanya danisha ni hyper aktif sangat sebab dulu masa pregnant dia,linda rajin makan daging rusa dengan kijang.Ada kena mengena ka??huhu.. :P


Saturday, February 5, 2011

Happy 6th Anniversary to me =)


Syukur ke hadrat Ilahi hingga ke saat ini kami terus bahagia bersama.Sedar tak sedar 5 Februari 2005.. harini 5 Februari 2011,genaplah ulangtahun perkahwinan ke-6 kami.Alhamdulillah kami dikurniakan seorang anak,Nur Danisha..pelengkap segalanya.Syukur jugak linda bertemu jodoh dengan suami seorang insan yang sangat penyayang..bertanggungjawab..huppy go lucky!walaupun mr.hubby tak pandai nak berjiwang-jiwang tapi dalam hati ada taman jugak dia.Apapun sifat keperibadiannya..biarlah si isteri saja yang tahu.. hubby..honey love u & miss u so much! biarpun kita jauh di mata namun kita tetap dekat di hati kan sayang.. happy anniversary dear..



Wednesday, February 2, 2011

Cloth Diaper Pertama =)



comel tak bontot saye?? kekeke..

Entry kali ni pasal Cloth Diaper.Alah..semua orang dah tau kot.CD ni pun sebenarnya dah lama pames tapi linda yang baru terhegeh-hegeh nak try kat danisha.Dulu ada nak try beli jugak.Tapi masa tu hubby tak bagi sebab dia takut nanti bontot anak dia tak sesuai dengan CD ni huhu..ni dia takde,boleh la try kan.Benda ni pun bukannya membazir walaupun satu pcs tu mahal.Kira berbaloi la kan,boleh basuh pakai balik.Mamy Poko danisha pun 1pack dah RM46.88 itupun harga kalau ada promosi..huhu.. Tadi lepas beli barang dapur terjumpa satu kedai jual barangan baby,kebetulan ada satu pcs je CD.Linda pun beli lah nak try nanti.Kalau sesuai boleh la beli sikit-sikit.Lepastu mesti jadi syok nak buat koleksi kan..hihi :)


Ni sample cloth diaper brand Rumparooz..cantik kan corak ni?
mana nak cari ye..sapa ada jumpa? =)


Ni lah hasil rembatan CD pertama untuk danisha tadi.Lawa tak?
lagipun dah takde choice tadi.beli sajalah..nak try dulu kan :)
Harap-harap sesuai la dengan bontot danisha..kekeke