Saturday, November 27, 2010

Danisha 2Tahun !!



Kenangan Melahirkan Mu...
Ketahuilah setiap duka kami..
hilang semuanya pabila melihat wajah kecilmu itu..


Nur Danisha
28 November 2008 ~1 Hari~


Alhamdulillah..hari ni 28 November 2010,genaplah 2 tahun umur Danisha.Syukur ke hadrat Ilahi dipanjangkan usia untuk kami terus bersama insan tersayang.Semoga anak ibu terus membesar dengan sihat..membesar dengan bijak..dan menjadi anak yang solehah..amin..

Terkenang balik detik2 sampainya waktu nak bersalinkan danisha dulu.Sampaikan linda tak reti nak takut sebab tak tahu nak takut macam mana bersalin nanti.Sudah rasa,sudah kena barulah tahu.Peritnya nak melahirkan seorang anak.Sebab itulah Allah dah menjanjikan tergolong dalam golongan orang mati syahid & tempatnya Syurga Jannah untuk ibu2 yang meninggal dunia melahirkan anak :))

Seminggu sebelum hari melahirkan danisha...
linda dah mula rasa sakit2 pinggang yang kerap.Last medical check up boleh perut buat senak macam nak beranak.Sampai rasa macam nak pitam dibuatnya.Dah la rutin2 hari medical check up linda pi sorang.Time tu hubby tengah buat kos di Terengganu.Alhamdulillah Allah pelihara semuanya.

Malam sebelum melahirkan danisha...
Lepas Insyak rasa sakit pinggang yang melampau.Nak terkencing,terberak semua ada.Masuk toilet tengok2 dah turun tanda..keluar darah sikit.Cepat2 call hubby suruh dia bertolak balik Kedah.Kesian hubby sorang2 drive dari Terengganu.Susah hati jugak linda,sebab asben ni suka ngantok bila drive.Sebab tu selalu pi mana2 linda akan teman dia.Alhamdulillah Allah pelihara kami sekali lagi.. :)

Malam sebelum pi hospital...
Linda sempat mandi dengan bunga Fatimah kot..minum air tu..buat solat sunat,mintak hajat dipermudahkan semuanya.Sempat makan minum dan last sekali dah ready semua,linda sempat baca 3surah dan amalkan baca doa minta mudah bersalin.Sakit cuma sikit2 tapi agak kerap.Sampai dah tak tahu nak tunggu sakit macam mana,dalam pukul 3pagi ajak mak abah linda bertolak ke hospital.Sempat singgah atm dulu..dan sempat menggunyah-ngunyah buah apple huhu

Hari di hospital...
Dekat pukul 4pagi dah selesai daftar semua,linda masuk wad.Masa terbaring atas katil baru lah mula rasa sakit yang amat sakit.Mujur la mak ada di sisi teman linda sepanjang hari tu.Sempat duk fikir lagi..sempat tak hubby linda sampai nak tengok linda beranak danisha secara live ni..tup..tup.. brubbbb.. alamak mak!! apa yang basah ni?? haha lawaknya daku..air ketuban dah pecah la tu.Panggil misi,lepas linda tukar uniform..misi terus tolak masuk bilik bersalin.Masa tu baru la rasa takut ya amat.Jantung berdebar-debar dengan rasa sakit yang tak tertanggung ni.Dengannya si suami tak muncul2 lagi..entah di mana.Mulut ni setiap minit "ya Allah..ya Allah"... punya la takut last2 mintak misi panggil mak linda masuk teman.Syukur masih ada ibu untuk teman.Mak lah baca2 ayat suci..baca2 doa..Terima kasih mak!!

Dah tak tahan untuk menahan lagi..Misi2 pun mai la tolong ajar push2.Bila dah time nak beranak betul2 baru doktor masuk.Alhamdulillah..tengah2 push..nampak wajah suami tercinta sudah selamat ada di sisi linda :)) hubby tolong bagi semangat sambil pegang tangan.Walaupun hubby curi2 keluar sebab rasa nak pitam hihi.Akhirnya dah push..push...seberat 3.45kg,tepat jam 5:49 pagi,hari Jumaat lahirlah si pengerang jantung..buah hati ibu & ayah.. Nur Danisha Binti Muhammad Nukman..

Semoga suatu hari nanti bila Danisha baca semua ni,MENGHARGAI & tahu betapa peritnya ibu nak melahirkan sayang dulu..

Dan untuk hubby tercinta jugak..moga bertambah meghargai diri ini bila dah tengok secara "live" melahirkan buah hati kita itu...


Bila agaknya nak boleh sambut birthday Danisha dengan ayah??..

Boleh buat birthday party kat KFC..
tiup..tiup..lilin dengan ayah & ibu..

Makan-makan KFC sehingga makan pinggan kertas KFC ni..

Eeeee..mesti best kalau dapat semua tu :))

Permata Ibu...

Kesayangan Ayah...


4 comments:

i n n z c h u b b y said...

happy 2nd birthday danisha....

Linda Arshad said...

terima kasih sis inn.. ^___^

Lia said...

happy belated birthday danisha...

Linda Arshad said...

terima kasih untie lia..bila nak balik sp ni?