Friday, July 1, 2011

Syukur..kami masih diberi peluang..


Alhamdulillah ya Allah..Engkau melindungi kami dari malapetaka yang tak diingini dan melindungi insan-insan yang aku sayangi..syukur pada-Mu masih beri peluang kepada kami untuk terus bernafas & beramal di muka bumi-Mu ini...

Mungkin ramai yang tertanya-tanya lepas linda update sikit kat status Fesbok..minta maaf sebab linda tak mahu upload gambar dalam fesbok dan rasanya baik linda update di blog sendiri..bukan niat nak menunjuk kisah ni tapi sekadar nak luahkan kesedihan yang masih menjadi igauan dalam minda ini..


Gambar sebelum kejadian...

Baru lepas check out hotel di Brinchang,CH..

Selepas bercuti ke Batu Pahat,JB,Bukit Beruntung..otw balik Sungai Petani kami singgah dan bermalam dulu di Cameron Highland.Keesokan harinya lepas beli barang sikit kami terus bertolak nak balik Sg Petani..Lepas keluar dari simpang masuk ke CH linda bawa danisha tido di seat belakang dan tertidur pulak.Kesian hubby drive sorang kat depan..

Kereta kami terbabas masa dah hampir ke jalan Simpang Pulai..kira-kira lagi 10minit nk sampai.Kereta terbabas ke jalan sebelah dan langgar penghadang tepi jalan.Syukur sangat-sangat masa tu takdak kenderaan di belakang kami/depan kami ataupun jalan sebelah kami..tidak tak tahu nak bayangkan macam mana lagi..dah la bawah ada curam sikit.Syukur jugak sebab keta tak terlanggar dekat penyambung pembahagi jalan yang boleh mengakibatkan perkara yang teruk lagi berlaku.

Masa kejadian linda dengan danisha tengah tido dibelakang.Terkejut sebab keta tersentak kuat dan bunyi kuat.Jaga-jaga.. Ya Allah!! kenapa ni?? bermacam-macam dalam fikiran masa tu.. hubby! danisha! putih!! kami langgar apa?.. terus capai danisha dan hubby suh keluar duk tepi.Alhamdulillah anak ibu memang cekal dan baik sangat..Syukur pada-Mu jugak ya Allah kerana melindungi suamiku..



Gambar selepas kejadian...

Sedih tengok Putih...Ni masa dah tarik keluar..

benda boleh di cari ganti..nyawa mana nak dapat..Alhamdulillah kami semuanya selamat..



Nampak tak penghadang tu bengkok?
kereta terlanggar situ dulu dan terseret..



Teruk kan...




Habis tayar..pintu..lampu..


Habis patah..
bawah2 tu usah cakap la..sendiri paham mcm mana..




Sport rim pun pecah..








Lepas selamat tarik ke IPD Ipoh..buat report setelkan semua..agen workshop yang Honda hantar dah tunggu kami dan bantu semuanya masa kat IPD lagi..semua yang membantu amatlah kami hargai jasa baik kalian..Terima kasih jugak pada abang ipar & kakak linda yang sudi turun Ipoh dari Kepala Batas,Pulau Pinang amik dan hantar kami balik rumah mak di Sungai Petani..
Tinggallah Putih di workshop kat Ipoh..doakan semoga kami dapat claim insurans untuk repair Putih..anggaran dalam 10-15k untuk spare part..pintu..cat..tayar..semoga Allah s.w.t terus permudahkan semua urusan kami,murahkan rezeki kami dan terus melindungi kami selalu..amin..

kerinduan pada Putih..moga putih cepat sembuh seperti asal..
bersabarlah wahai suamiku..semua ini ujian dari Tuhan..
Terima kasih atas segalanya..

11 comments:

Lia said...

sabarlah ye dgn ujian dari Allah s.w.t ni.. Moga putih sihat spt sedia kala ek.. :)

myza said...

kak linda..teruk jgk,sampai masuk line sebelah.ingt lggr divider kiri..nsb baik xde pape.Ujian dr Allah,ada hikmah..Moga selesai scpt mgkin ye

dieha said...

linda...sabar ye...Alhamdulillah linda,anak n roby xdak apa2..skrg nyawa yg penting..insyaAllah kawan2 akan doakan...sabar byk2..ada hikmah di sebalik apa yg berlaku..

Linda Arshad said...

terima kasih semua..lia,myza,diha...kami redha dan beringat ni ujian dari Allah..alhamdulillah masih diberi peluang lagi utk hidup..syukur tuhan pelihara semuanya..linda kesian kat hubby la

Ena Mazly said...

Syukur linda sekeluarga selamat....

Linda Arshad said...

alhamdulillah..bersyukur sangat2 kak ena..semua tu Allah pelihara dan kuasa-Nya.pengalaman ngeri buat kami..harap2 tak tinggal kesan kat danisha..

ema said...

sabar linda setiap yg berlaku tu pastu ada hikmah.. DIA menguji kita untuk lebih mengingatiNya.. sesungguhnya Allah sentiasa menguji hamba yg disayangiNya

Linda Arshad said...

betul tu ema..bila kita lalai Dia mengingati kita kembali..ujian semua tu..syukur yg penting semua selamat.. :)

A.H.A.D said...

ya Allah teruk gak tengok kete tu linda.
tapi mujurla linda n family okay....alhamdulillah

tatabear said...

Syukur Alhamdulillah x de yang cedera. barang yg rosak bole diganti. Ujian Allah tanda Dia masih ingat kat kita. sabar yek. cian danisha, harap2 dia x tekejut...

Linda Arshad said...

gee..tatabear..
alhamdulillah kami semua selamat..keta mmg teruk.tengah repair kat workshop.syukur danisha tak trauma.dia siap main petik2 bunga tepi jalan tu :)