Friday, February 12, 2010

Aktiviti bersama hubby ^____^

Khamis lepas linda p jemput hubby di Penang.Terpaksa p sorang sebab mak dgn ayah linda ada kerja.Sian danisha tak leh join ibu jemput ayah.Flight hubby delay sebab d Amsterdam cuaca buruk (salji tebal).Hubby sampai penang 11.30am.Lepastu kami terus gerak balik rumah.Hubby mesti letih teramat lah dah 2hari dengan tak mandi..tak makan *bab makan ni betoi ke bee??Heee..tak tido.. Syukur alhamdulillah perjalanan hubby selamat semuanya.Lepas ni mulalah sibuk.Bukan apa pun..sibuk aktiviti berjalan2.Danisha seronok la ayah dah balik.Tetiap hari ayah bawa jalan2.. ^___^
Dah sampai rumah..linda tak sabar nak tengok jejak kasih dua beranak ni.Tu bagi linda..hurmm..ayah nya lagi la tak sabar2 nak pelok2 anak dia.Ye la,hampir 4bulan berpisah.Lagipun danisha dah besar..dah cerdik.Ni kali ke-2 danisha berpisah dengan ayah.Dia budak baik.. *cewahh..puji anak sendiri lak..Heee..
Linda buka pintu..tak nampak pulak si kecik ni.Mungkin ada kat dapur kot.Hubby dah meluru kut pintu dapur..masuk tengok takdak jugak.Rupanya danisha dengar kami buka pintu depan dia lari ke depan.Kami tunggu dia patah balik kat dapur.Semua org tertunggu-tunggu apa reaksi dia kali pertama jumpa ayah.Bila dia datang dapur,bee terus amik dukung..sayang2 dia.Danisha senyum tersipu-sipu.Tapi sebelah tangan duk hulur kat ibu..huhu..anak ibu malu dengan ayah la! sweet sangat tengok time tu..syukur danisha tak teriak.Tapi orang lain yg jadi emo lak.Dia masih ingat lagi aura ayah..

Penang bridge..
Pagi tadi kami p melawat rumah.Nampaknya semua dah siap..tunggu pihak perumahan nk bagi kunci.Kami dah excited sangat ni.Tapi kalau dapat kunci pun bukannya nak masuk duduk dah.Hubby plan nak renovate dulu..dah berangan macam-macam dah ni.Ngalahkan arkitek yg handal jadinya.. hihi..
Mahligai kami...

Malam pulak tetiba hubby ajak p Giant pulak dah.Takde benda pun nak cari.Tak cukup siang,malam ajak keluar lagi.Esok ajak p Penang pulak.Atoi..atoi..atoi..minggu depan nak turun kl pulak.Pastu tadi cakap nak turun batu pahat..pastu nak ke jb..awal bulan March nak balik kuching..hahaha! apa la yg laki aku tengah fikir ni?? *___*
Apapun bee..honey dgn danisha sonok bee bawa kami jalan2..tetiap hari pun kami mau..mau!! Heeee..
Port danisha main-main...





No comments: