Thursday, July 12, 2012

Vacation Pendek :)


Ni entry kisahnya berlaku sebelum kami turun Ipoh & cameron baru ni..Lepas seminggu ayah sign off kot kami ada turun kl sebab ayah nak gi opis..Ibu dengan danisha amik kesempatan gi ronda-ronda klcc..Saja nak bawa danisha naik train.Sibuk je dengan Chunggington :) 

Dah naik train linda malasnya nak ngangkut stroller..ada anak senang naik stroller pun susah jugak jadinya.Kejap-kejap jalan "iesha sakit kaki!!" "iesha penatlah..sian iesha".."ibu dukung!!" huwaaaaa... parah la budak ni..bukannya ringan & kecik!! mek ni kalau duduk stroller tu kaki dah meleret-leret kat lantai..kalau dia tido lagi kesian tengoknya..tinggi tak tingginya dia..dapat anak baka model gitu lah huhu..perasan jap** last-last lepas ayah dah habis keja kat opis,ibu suh datang klcc lah..sila angkut budak ni balik hotel.Sia-sia saja ibu dengan ayah kelam kelibut nak pi sale clarks aritu.Rembat kasut mahal-mahal pun "iesha sakit kaki!!"..Tapi berbaloi la juga sebab kasut purple yang dia pakai tu sale tinggal RM68 shj!! rugi la kami datang last day dan dah last minit sebab banyak dah sold out :(
si crocs jugak yang dia suka layan pun..tensen kan bila dah makin besar makin banyak akal ni huhu


~KLCC








 dah letih jalan melalak minta ais krim pulak..
linda dah lama tak turun klcc sampai cari mcD tak jumpa dah haha! haru betul
mujur jumpa kfc..jadilah kfc pun



dah balik..sampai hotel..
penat betul jalan dengan danisha sekarang ni..
ibu pun tak nyempat nak shopping~

ibu nak tempek gak sekeping gambaq ibu huhu




~Mid Valley +Garden


sibuk nak bergambar dengan mickey
padahal dia geram kat patung tu..dah nak masuk kot tali tu dah huhu


 dah tengok-tengok & bergambar dengan mickey
kami masuk kedai pet jap..
pastu ingat nak makan kat foodcourt situ..sekali tutup pulak..
linda suka makan kat situ sebab agak sedap jugak..
last-last hari ke-2 lunch dengan kfc lagi.. ~


sebelum keluar balik dari mid valley,danisha sempat main game dari susu Enfagrow..
saja bagi dia join sebab tak pernah main game open macam tu..
kemain suka lak dia tapi malu-malu kucing kekeke..
dapat la buku+sticker & balon *itu je motif dia sebenarnya haha!
masa tengah duduk tunggu train tu,ayah pulak bagi pecah balon tu..
sian danisha..last pujuk lah dia main buku sticker tu.. :)
danisha memang pantang nampak balon kalau jalan-jalan..
membebel jap dia kat ayah pasal tak puas hati balon pecah tu kekeke

Sekian..cerita pendek jalan-jalan kami.

* tunggu 15hb-19hb ni..kami datang lagi PD & Sunway!! :)

No comments: