Sunday, May 20, 2012

Mari Mula Mengira



Inilah wajah-wajah kesayangan saya dunia & akhirat :)
wajah-wajah inilah yang mewarnai kehidupan saya,
wajah-wajah ini jugak lah yang memberi kekuatan kepada saya untuk mengharungi onak dan duri sehingga ke hari ini..
semoga mereka terus menyayangi saya seperti saya seikhlas hati menyayangi mereka..



tengok danisha ni..
org buli tempek sticker kat pipi kemain dia suka sampai tersenggih-senggih.. 
Sila abaikan gigi kapak dia yg dah pecah tu..tu dari masa belajar merangkak..sekali terhantuk lantai pecah sikit,sekali terhantuk kolam pecah lagi..result macam tu lah jadinya..sian anak ibu..




 gambar kenangan dengan ayah..masa holiday lepas :)


Apa kaitan tajuk entry dengan gambar-gambar kat atas tu pulak kan?huhuhu..
Hubby kat kapal dah mula terkena penyakit homesick dah..
Hatiku sudah mulai berbunga-bunga di saat ini..cewah..rasanya dah boleh mula menghitung hari kot..insyaallah bulan depan encik suami tercinta dah boleh sign off..hoyey!! 
Mood holiday dah berligar-ligar dalam kepala dah ni..sian kami asyik terperap saja kat rumah.Buhsan duk menunggu kepulangan encik hubby..sabar penuh sabar terus menantinya hingga sampai masanya itu nanti :) We Miss You Daddy!!








Ni baru betul videonya
Mari Belajar Mengira Bersama Danisha :)



Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu :)



Rasa macam dah lama tak tayang muka si comel ni..dan dah lama tak mengupdate blog.
Memang dah semakin tak aktif nak buat entry sebab mula malas+kesihatan yang berapa baik kebelakangan ni.Tapi malam ni gagah jugak sebab mood baik sikit sempena 
Hari Ibu harini :)

" A day as special as you are".. 










Ni kes tengah malam tadi sejam duk berskype dengan ayah..
Syukur hubby dapat turun Fujairah.Dah 4bulan tak tengok muka hubby..semalam dapat la masing-masing melepas rindu..
Danisha apa lagi macam-macam gelagat la dia tunjuk :)



Alhamdulillah..walaupun hanya sekadar kecil-kecilan kami berkesempatan sambut Hari Ibu bersama Ibu tersayang di teratak bonda :) 




To all mothers out there,Happy Mother's Day!! :)



Saturday, May 5, 2012

Fresh From Oven!!


Tiba-tiba teringat nak makan egg tart dengan chese tart..Mujurlah kenal kak ida (rohaida) yang amik tempahan macam-macam.So linda oderlah dengan kak ida.Lagipun dah kenal kak ida lama dah.Tak salah kita menolong sesama kita kan.Ni kira macam sambil promot bisnes dia jugak ni heeeee..
Sapa-sapa area sungai petani kalau nak buat tempahan apa-apa,boleh lah tengok-tengok 
blog beliau ya

atau fesbok kak ida










Masa pergi amik kat kedai kak ida terkejut tengok chese tart tu besar amat hihi..duk fikir macam mana nak habiskan ni..dah balik rumah esok tu cuti umum..abang dengan anak-anak buah balik...huhu tak sampai sehari dah habis..Apapun sangat-sangat sedap.Lain kali boleh oder lain pulak.Senang sekarang kalau teringin nak makan apa-apa..


Thanks kak ida walaupun sibuk dengan baby kecik sempat melayan linda dengan kak su.Siap menjamu nasi lagi..macam main masak-masak la pulak :)